Pelakon, Datin Seri Noniswara tampil membidas dakwaan yang mengatakan dirinya tidak pernah menjaga suaminya iaitu Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad ketika terlantar sakit di hospital.
Nonis menjelaskan dia sentiasa di samping suami sejak hari pertama diserang penyakit sehingga ke akhir hayatnya. "Orang kata saya tidak ada dan tidak jaga awak semasa sakit, sedangkan saya orang yang sentiasa ada di sisi dari hari pertama hingga ke akhir hayat awak. "Cuma balik tidur sahaja sebab unit rawatan rapi (ICU) tidak boleh tunggu. Allah saja yang maha mengetahui," katanya menerusi Instastory pada Ahad. Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik video memperlihatkan dirinya menemani suami ketika berada di wad sebuah hospital. Sementara itu, Nonis berkata dia tidak berkongsi mengenai perkara itu kerana dia tidak sempat merakam momen menjaga suami di wad.
"Saya disitu tiada pula orang nak ambil gambar. Video ini pun saya tidak perasan di ambil dari seorang sahabat (yang) hantar pada saya," ujarnya. Dalam hantaran berlainan pula, aktres ini turut meluahkan rasa sedihnya apabila Sheikh tidak lagi dapat mempertahankan dirinya apabila dilemparkan fitnah dan kata-kata negatif. "Banyak sungguh fitnah yang dilemparkan pada saya dan awak. Dulu kalau orang kacau saya, awak mesti pertahankan saya. “Sekarang awak sudah tiada, tiada siapa yang nak pertahankan saya. "Masa awak ada, tidak berbunyi dan tidak berani. Sekarang awak dah tiada, baru nak berbunyi. Allah saja yang tahu," katanya. Pada Ahad lalu, Sheikh menghembuskan nafas terakhir akibat strok otak kira-kira pukul 10.18 malam di sebuah pusat perubatan swasta Kuala Lumpur. Jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Ampang, Selangor dan dibawa ke Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk dikebumikan. Untuk rekod, Sheikh juga merupakan bapa mentua kepada penyanyi MK K-Clique. Sumber: mStar
|
exclusive_vvip replied at 8-10-2023 03:17 PM
Bulan lepas lalu kat TikTok, ada sorang pompuan(jadi bini no 2) kat Singapore..pasal kubur suami dia ...
asfaz replied at 8-10-2023 03:21 PM
Kubur dia tinggi pstu ada Allah Muhammad paras betis,siap ada kipas kecik tu lagi. Kubur lain elok ...
syamzana replied at 8-10-2023 03:22 PM
biasa yg byk bunyi ni mmg membongak je lebih. kalau betul2 buat koser nak melayan fitnah org, lagipu ...
edoraixora replied at 8-10-2023 03:26 PM
Benganglah tu anak tiri berbunyi....anak tiri tu menjawab kekeliruan jer & membetulkan fakta.
Apak d ...
Pak.dolla replied at 8-10-2023 03:47 PM
betol ke acik ni kakak fizo?
sharlenetexas replied at 8-10-2023 08:03 AM
Adik beradik tiri.
exclusive_vvip replied at 8-10-2023 03:29 PM
yg portray lebih2 tu yg buat iols skeptikal sikit..dulu ada sedara camni..bukannya dia menjaga pun ...
makita replied at 8-10-2023 04:29 PM
Hahaahah betul chuols kata. Dulu masa atok meols masuk spital, cousin meols ni amek gmbar kat spit ...
ADVERTISEMENT