CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mak Wan Latah Didekati Suami Orang, Tak Nak Berkawan Elak Kontroversi

8-10-2023 12:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2543| Komen: 20

Pelakon veteran yang mesra disapa sebagai Mak Wan Latah mendedahkan dirinya pernah didekati beberapa lelaki bergelar suami orang yang ingin berkenalan di media sosial.

Enggan timbul sebarang kontroversi, Mak Wan meletakkan prinsip untuk tidak berkawan dengan suami orang kerana tidak mahu timbul masalah berbangkit.



"Memang ada yang mahu berkenalan lebih-lebih lagi di media sosial tetapi saya cepat-cepat block dan jauhkan diri. Saya tidak mahu berkawan dengan suami orang.

"Kita sudah ada 'nama' (kontroversi)... nanti jadi lebih besar pula masalah yang perlu saya tanggung," ujarnya.

Dalam pada itu, Mak Wan turut mendedahkan dia menerima pandangan sinis dan layanan buruk daripada jiran tetangga.

Mak Wan atau Halimatussa'diah Mohd Daud, 62, memberitahu salah satu tuduhan paling berat yang diterima adalah apabila dirinya disangka seorang penyondol dan mungkin merampas suami mereka.


"Macam-macam tuduhan yang saya terima... ada juga wanita yang takut kalau saya merampas suami mereka.

"Kadang-kadang kalau saya lalu dekat kawasan rumah, saya boleh dengar sendiri ada segelintir jiran-jiran yang bercakap belakang fasal saya.

"Sampai ada yang kata takut suami mereka disondol oleh saya... saya pun ada anak menantu, takkanlah saya nak buat begitu," katanya kepada mStar.

Tahun lalu, nama Mak Wan diheret dengan kontroversi apabila bekas suaminya iaitu Husain mendedahkan aktres berkenaan mempunyai akhlak yang tidak baik.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan, Mak Wan turut terpalit dengan dakwaan seorang wanita di laman Twitter yang mendakwa pelakon itu melakukan sihir kepada neneknya kerana cemburu.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 8-10-2023 01:13 PM
Bersara ajelah
Rehat2 kat rumah
Quote umbut 8-10-2023 01:14 PM
Botox ke??
Quote chilly 8-10-2023 02:15 PM
Halah halah halah dia pon nak jugak
Quote Belibis 8-10-2023 04:38 PM
Ini baru wow shop...[em:3:]
Quote cikperiukkera 8-10-2023 07:14 PM
Ada ke laki org berkenan kat sheols? Kang x pasal2 kena tendang time gadoh2
Quote nolya 8-10-2023 08:10 PM
Begitulah asam garam hidup Mak Wan... Tau kalau orang dah pandang serong kat kita, Mak Wan kenalah seratus kali berjaga2 dn berwaspada. Tentang dikata orang, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia ni payah. Sabar aje le.  Kalau pun  betul ada suami orang yg berkenan kat Mak Wan, berikan syarat minta isteri atau keluarga dia datang  meminang. Itu baru betul.  Berani ke?
Quote telracs 8-10-2023 08:15 PM
Shu tercabar tak?
Mak wan pun still ada yang nak dekat..
Quote debab_78 8-10-2023 08:20 PM
Bagusla kalau ada yg nak.. sheols pun takde job kan.. at least ada org yang jaga
Quote Dolmat 8-10-2023 08:20 PM
Dah pulok!!!! Mak Wan nyer naik sheikh sewaktu karaoke buat lelaki fikir 50 kali nak buat bini...

Quote Kentot_Wangi 9-10-2023 12:36 AM
Ak teringat acik ni dlm kmpg kalut. Xtau la mmg watak kena cm tu or ape.. Menggeliat, menggelitik kemain lg. Hahahaha...
Quote kitty_lynne 9-10-2023 12:53 AM
Tak da rasa malu or segan ke dok gebang cite cam ni.. klu muda takpa jg.. aduiiiii
Quote EncikRhoma 9-10-2023 09:23 AM
Nak bersara pun payah. Kalau bersara nak makan apa? So orang2 muda tu kalau boleh simpan la duit elok2 dari sekarang untuk simpanan di hari tua. Kalau tak, terpaksa la kerja sampai kertu macam mak wan latah ni demi sesuap nasi. Nak harap anak2 pun tak boleh jugak. Nanti diviralkan pulak menyusahkan anak2
Quote caprisonne 9-10-2023 09:27 AM
Super yawnnnn
Quote bedahmenjuyah 9-10-2023 09:31 AM
Dolmat replied at 8-10-2023 08:20 PM
Dah pulok!!!! Mak Wan nyer naik sheikh sewaktu karaoke buat lelaki fikir 50 kali nak buat bini...

...

Cerita apa ni aiols tertinggal mrt
Quote KamikuP 9-10-2023 03:12 PM
Ceh mak wan ni pon nak jugak nyelit.. tak pbuat upacara sihir dlm bilik kah?
Quote nur_firdaus 9-10-2023 03:36 PM
seram lah tengok mak wan ni
Quote Dolmat 9-10-2023 04:07 PM
Edited by Dolmat at 9-10-2023 11:14 PM
bedahmenjuyah replied at 9-10-2023 09:31 AM
Cerita apa ni aiols tertinggal mrt


Mak Wan berhibur di karaoke sambil menyanyi joget tak ingat dunia...

Mungkin dia hafal skrip in character, berlakon method kot joget nyanyi sampai naik minyak ..

Quote bedahmenjuyah 9-10-2023 10:28 PM
Dolmat replied at 9-10-2023 04:07 PM
Mak Wan berhibur di karaoke sambil menyanyi joget tak ingat dunia...

Mungkin dia hafal skrip in  ...

Oh ada yg merakam ek. Nasib badan....
Quote sayurmayur88 10-10-2023 01:22 PM
kadang tengok mak wan ni muda, kadang nmpak berumur.. pandai mekap kot

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051817 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top