CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Badrul Muhayat, Isteri Kenal Sebab Kopi

8-10-2023 08:52 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6548| Komen: 39

Pelakon Badrul Muhayat memberitahu kehidupannya kini berubah selepas mendirikan rumah tangga dengan Norhayati Zulkaply.

Menurut Badrul atau Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, salah satu perubahan ketara ialah berat badannya naik selepas berkahwin dengan Norhayati, 50.



“Saya dulu selalu sibuk dan badan pun agak kurus. Bila ada isteri ini kehidupan berubah. Makan terjaga, baju ada orang gosokkan... itu sebab berat badan saya naik sedikit.

“Saya pun dah ada kawan. Dulu saya duduk rumah seorang diri, adik setiap minggu datang ke rumah untuk lihat sama ada saya okay atau tidak.

“Mak pun telefon setiap hari tanya khabar... anak-anak pula tinggal jauh daripada saya.

“Jadi apabila sudah beristeri, saya boleh bercinta, bergaduh, berkasih-sayang dengan dia... kiranya isteri adalah kawan paling rapat saya sekarang,” katanya kepada mStar.


Badrul berkongsi mengenai kehidupan baharunya itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Cerana Biduk Bu Merah yang diadakan di TGV Aeon AU 2 Keramat, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Berkongsi detik pertemuan dengan isteri, Badrol berkata perkenalan singkat itu bermula hanya kerana kopi.

Malah, pelakon drama Meh Sandar Pada Aku ini juga tidak menunggu lama untuk melamar Norhayati bagi mendirikan rumah tangga.

“Sebenarnya saya kenal isteri saya ni bermula kerana kopi... jiran saya cadangkan satu kopi ini dan saya suka.

“Saya beli kopi itu dan dia (isteri) salah seorang pengedar kopi. Daripada situ kami berkawan dan membuat keputusan untuk berkahwin.

“Dalam masa sebulan kami sudah buat keputusan untuk bernikah. Semua ini kuasa Allah. Kadang-kadang berkawan tiga, empat tahun pun belum tentu kahwin,” ujarnya.

Ditanya mengenai perancangan untuk mengadakan majlis resepsi, Badrul berkata dia dan isteri merancang untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan pada Disember ini.

“Majlis resepsi insyaAllah kita akan buat hujung tahun ini. Saya ni sibuk dengan komitmen kerja. Selain shooting, saya ada banyak program dan event yang perlu dihadiri.

“Sepatutnya kami nak buat majlis pada September lalu tetapi ditunda pula bulan Oktober... insyaAllah dalam masa terdekat ini mungkin Disember nanti.

“Kita pun dah berumur... mungkin buat secara kecil-kecilan sahaja,” katanya.

Pada 18 April lalu, Badrul mendirikan rumah tangga dengan Norhayati.

Tarikh pernikahan itu dipilih sempena memperingati ulang tahun kelahirannya.

Enggan berkongsi lebih terperinci mengenai wanita pilihannya itu, Badrul memaklumkan isterinya merupakan bekas graduan Universiti Liverpool, England.

Untuk rekod, Badrul pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali namun berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan itu, dia memiliki dua orang cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun yang kini menetap bersama bekas isteri.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 8-10-2023 08:55 AM
hidup perlu diteruskan…Selamat Pengantin Baru….
Quote SalenaGomez 8-10-2023 10:21 AM
Lambat juga dpt anak ya. Umur 39 baru dpt anak pertama
Quote newyork 8-10-2023 10:25 AM
Kelako betul mention bini grad mana..
Quote sukacactus 8-10-2023 10:27 AM
Ko jgn buat perangai muda ko je sudah
Dgn mendadih + naik tangan
Kalau dah taubat, bagus la dah boleh hidup aman2
Quote bioessence 8-10-2023 10:34 AM
Tumpang kesenangan isteri
Baik nya isteri
Jgn sia2 kan pula
Bercukur selalu
Quote Lampuled 8-10-2023 10:57 AM
Nk kena tggu berbini br baju bergosok ke?
Ok lah drp acik jerri tak tahu bila.
Quote jas7512 8-10-2023 11:02 AM
Awat bini dia kahwim dgn badrul....bini dia blh dpt yg lebih baik lg dan berduit..tapi klu dah jodoh dan suka..apa nak dikata..ya tak
Quote ketambangkang 8-10-2023 11:19 AM
dh menua dh ye...jd kegilaan suatu ketika dlu
Quote Burong_Hantuk 8-10-2023 11:22 AM
Edited by Burong_Hantuk at 8-10-2023 03:31 PM

jantan keparat,,,kes dia bunt*ngkan sorg prmpn dulu terus senyap...x mengaku bagai!!!
Quote winky1 8-10-2023 12:37 PM
Abang Jeri memilih sangat dan nak buat besar2 jadi kena tunggu dana tak cukup lagi.  SPB  dah tua jgn duk bergaduh lagi. Tak ada benda yg nak direbut sangat.
Quote winky1 8-10-2023 12:38 PM
jas7512 replied at 8-10-2023 11:02 AM
Awat bini dia kahwim dgn badrul....bini dia blh dpt yg lebih baik lg dan berduit..tapi klu dah jodoh ...

Dia tak cari duit nak companionship yg muka yg sedap dipandang. Tua pun tak apa jika sihat
Quote vender 8-10-2023 12:40 PM
SalenaGomez replied at 8-10-2023 10:21 AM
Lambat juga dpt anak ya. Umur 39 baru dpt anak pertama

Anak pertama dia dah tua dah pun.
Dia pernah kawen dulu first wife namanya yati jugak kalau tak silap. Before dia jadi pelakon lagi. Hairan bila mcm takde yg tahu je pasal ni..
Quote umbut 8-10-2023 01:18 PM
Bad kerja apa, bini grad liverpool tanggung ke?? Dia buat hal, acik halau je
Quote SalenaGomez 8-10-2023 02:32 PM
newyork replied at 8-10-2023 10:25 AM
Kelako betul mention bini grad mana..

Kira ni paling educated. Kawen pon usia byk dah
Quote NazRysha 8-10-2023 03:48 PM
dah tua pun encem
Quote becir 8-10-2023 03:55 PM
Dulu disabled ke apa? Takleh gosok baju sendiri, prepare healthy food utk diri. Kesian bini heols tak
memasal ada baby tua utk dijaga
Quote sharlenetexas 8-10-2023 03:58 PM
Lampuled replied at 8-10-2023 10:57 AM
Nk kena tggu berbini br baju bergosok ke?
Ok lah drp acik jerri tak tahu bila.

Boleh je hantar laundry. Tak yah susahkan isteri seterika baju tu.

Quote bottombikini 8-10-2023 04:03 PM
nak jugak sebut psl kopi...
Quote downiey 8-10-2023 04:04 PM
selamat pngtin lama

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051170 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top