CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rumah Tangga Dulu Ribut Taufan Tsunami Akhirnya Harmoni - Alyah

7-10-2023 03:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3752| Komen: 23

Penyanyi Datin Alyah berpendapat untuk memperoleh keharmonian dalam rumah tangga, seseorang itu perlu menukar niatnya daripada mencintai pasangan kepada mencintai Allah.

Menurut Alyah, dia bersyukur apabila bahtera perkahwinan yang dibina bersama maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS yang awalnya diuji dengan pelbagai dugaan akhirnya menemui kebahagian selepas dia menukar niatnya.


"Saya sentiasa berdoa dan siapa sangka rumah tangga yang mulanya dibina penuh ribut taufan, tsunami dan pelbagai lagi, tetapi akhirnya Allah bagi kegembiraan dan kehormanian rumah tangga.


"Kerana apa? Pertama sekali mesti niat berkahwin untuk mencintai pasangan kan, tapi diuji dengan banyak sangat masalah, itu sebenarnya tanda dari Allah untuk datang kepada-Nya.

"Tukarkan arah itu, daripada mencintai suami bagai nak mati, perlu lebih mencintai Allah. Jadi saya ubah arah itu, setiap hari saya mendengar dan membaca untuk tambahkan ilmu dan kurang main media sosial. Akhirnya bahagia," katanya.


Alyah berkongsi mengenai pendapatnya itu sewaktu menjawab pertanyaan daripada netizen ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelantun lagu Kisah Hati itu berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak selalu berkongsi mengenai hal rumah tangga dalam media sosial.

Menurut Alyah, tidak semua orang akan menyukai apa yang dikongsikannya.

"Saya tahu bila banyak sangat berkongsi tentang rumah dalam media sosial tidak semua orang akan suka, akan ada orang yang tidak berpuas hati. Keharmonian dalam rumah tangga itu lebih penting.

"Tidak perlu beritahu semuanya pada orang, saya sendiri pernah buat kesilapan itu. Kesilapan itu yang buat saya belajar, tidak boleh buat sebegitu lagi apatah lagi umur semakin meningkat," katanya lagi.

Untuk info, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia. Hampir sedekad perkongsian hidup, pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 7-10-2023 03:57 PM
Marriage paling useless.... bertahun2 berantakan..semua nak cerita kat media....anak pun takde..romantic pun tak....sorang musician director...sorang penyanyi tapi tak hasilkan apa2 yg kebabom.....semak jer kat forum...
Quote eely_shana 7-10-2023 04:04 PM
Alhamdulillah. Moga bahagia selamanya tokram n datin.
Quote sukacactus 7-10-2023 04:16 PM
Sepuluh tahun dah ye
Teringat kisah tinyah hentam audi tok ram dl ni
Sian kete kena langgar
Quote noor2 7-10-2023 07:36 PM
Apa dia sebut tu betul...letak Allah no.1
Quote sleepandream 7-10-2023 07:46 PM
bila tokram nak buatkan sheols satu konsert solo?
nak harapkan sheols masuk pertandingan nyanyian memang tak la... habis reputasi tokram nnt
Quote jargon 7-10-2023 09:29 PM
Knp aku rasa tinyah syg lebih tokram brbanding tokram syg dia..
Quote shahirakay 7-10-2023 10:14 PM
sleepandream replied at 7-10-2023 07:46 PM
bila tokram nak buatkan sheols satu konsert solo?
nak harapkan sheols masuk pertandingan nyanyian me ...

tinyah pernah la masuk pertandingan the masked singer
Quote Burong_Hantuk 8-10-2023 08:11 AM
         
Quote PeNaMeRaH 8-10-2023 01:09 PM
suka tgk tom ram dan alyah.. ye nmpk tok ram mcm dingin tp ada masa2 nya dia juga suka menyakat..
Quote umbut 8-10-2023 01:13 PM
Macam kahwin terpaksa asal berlaki
Quote scarflicious 8-10-2023 01:32 PM
Tok ram syg lah dgn tin yah ni. Kalau tak, takkanlah kereta kena hentam pun masih lagi bersama.
Quote pichee 8-10-2023 02:47 PM
nper kawin kt indon yea
Quote newyork 8-10-2023 03:32 PM
Mcm tadak kemis ja tgk..
Quote annadonna 8-10-2023 03:34 PM
jargon replied at 7-10-2023 09:29 PM
Knp aku rasa tinyah syg lebih tokram brbanding tokram syg dia..

Kata kata mcm ni lah asasnya fitnah nokkk.. Yg meminang tu lelaki. Lafazkan akad tu lelaki. Celah mana tak sayangnya? Ke ko nak kata tokram kena kawin paksa?
Quote awenda507 8-10-2023 03:38 PM
Tokram jenis x showoff syg bini kot. Lain org lain cara kn
Quote primarikey 8-10-2023 06:08 PM
awenda507 replied at 8-10-2023 03:38 PM
Tokram jenis x showoff syg bini kot. Lain org lain cara kn

Ye la tu.
Tgk je la cite ape tu..yg bapak2 pegi jepun tu
Kt situ pn dh bole nmpk tok ram org yg mcmane
Tp tok ram memg stylo la dlm rncgn tu
Quote likilu 8-10-2023 06:11 PM
Ko pehal sampai ke indon kawennya

Kat rumah xde masjid dekat dekat ke
Quote AWEKSAMURAI 8-10-2023 06:18 PM
Pemuzik n ahli muzik mmg mcm ni dia punya sweet bukan mcm laki lain nak tunjuk bagi bunga beli 916 buat suprise bagai ... mimpi lah dorang x reti lah nk buat suprise kat isteri tp dorang caring lain ye ... romantic dorang tu hanya isteri je faham.... paling kuat mmg kena sabar jgn harap laki ko buat suprise ... tp sekali dorang buat suprise ko akan ingat sampai mati hahah... dorang takkan ckp dgn ko elok2 .. tp x sampai maki hamun ko .. nampak mcm x syg tapi dorang sebenarnya care.. mcm aku pakai baju senteng sket habis lah laki aku akan kejap2 tegur kejap2 tegur rasa nk bukak baju kat situ jgak .jeles nk mampos ye .
Quote Moyangkucing 8-10-2023 06:29 PM
Sebenarnya yg berantakan dan bermasalah ni apa sebabnya? Apa masalah diorang berdua ni sebenarnya... maaflah iols betul2 tak tahu.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.275304 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top