CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Letak Rate Sebenar Tak Mampu Mereka” - Fasha Sandha

7-10-2023 12:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5745| Komen: 39

Pelakon Fasha Sandha tidak meninggi diri untuk memilih sebarang tawaran lakonan yang diterima walaupun sudah 18 tahun bergelar anak seni.

Kata Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, bidang lakonan adalah minatnya dan bukan semua perkara yang dilakukannya kerana wang ringgit semata-mata.


Berpegang kepada prinsip itu, Fasha memberitahu dia tidak menolak untuk bekerja dengan pengarah Haizul Anafer Ali dalam filem Cerana Biduk Bu Merah biarpun hanya dibayar dengan kadar rendah.


"Hazrul ni dah lama dalam industri, dia cakap minta tolong tu sebab filem ini bajetnya tidak besar... jadi saya tidak boleh caj dengan rate saya.

"Ada perkara yang kita buat kerana duit tetapi ada juga perkara yang kita lakukan kerana minat iaitu cinta kita pada bidang lakonan.

"Filem ini boleh dikategorikan sebagai filem bajet rendah dan saya lakukan ini adalah kerana minat saya dalam lakonan," katanya kepada mStar.


Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Cerana Biduk Bu Merah yang diadakan di TGV Aeon AU 2 Keramat, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Diminta mengulas mengenai segelintir pelakon yang enggan menerima tawaran sekiranya tidak menepati kadar bayaran mereka, Fasha berkata perkara itu subjektif dan terpulang kepada individu.


Baginya, selain soal bayaran dia juga mengambil kira perkara lain termasuk pengalaman bekerja dengan orang lama dalam industri.

"Saya bukan artis seperti itu... banyak perkara yang saya ambil kira seperti pengalaman bekerja dengan orang lama jadi sebab itu saya tidak berkira.

"Bayaran ini sebenarnya sangat subjektif. Setiap artis akan menjaga rate masing-masing. Kalau kita bekerja kena ikut bajet penerbit tersebut.

"Mereka ini hanya ingin berkarya tetapi nak berkarya harus menggunakan bajet jadi saya faham perkara itu... kalau saya letak rate sebenar memang tak mampulah mereka nak bayar," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikperiukkera 7-10-2023 12:41 PM
Berapa la rate sbnr fs ni? Muka dr awal tahun sampai nk dekat habis tahun kluar masuk tv..
Quote noor2 7-10-2023 12:43 PM
Cantik betul muka dia ni kat thread topik post 1 ni...
Quote noor2 7-10-2023 12:44 PM
Teringin nk mekap mcm artis ni..tapi x reti.....takat sapu bedak dgn lipstick jela gitu2
Quote LadyCarefree 7-10-2023 01:58 PM
noor2 replied at 7-10-2023 11:44 AM
Teringin nk mekap mcm artis ni..tapi x reti.....takat sapu bedak dgn lipstick jela gitu2

Kaka sekali sekala upahlah professional mua mekap kan.  Memang ada beza. Siap buat rambut ok. Cubalah. Cari yg baguslah bukan jenis mekap 5kilo pastu kening shinchan.
Quote penmerah 7-10-2023 02:05 PM
Fasha ni cantik sungguh
Masa zaman anak Dara berpuluh laki Kaya nak ngorat tapi sangkut pulak dgn family prominent

Work ethic mmg bagus
Berpuluh tahun Masih she kerja tak jadi Tai tai
Mmg her passion lah Tu
Moga she dah kumpul harta banyak2 Dan tak.merempat Di Hari tua
Quote Manusiabesa 7-10-2023 02:10 PM
LadyCarefree replied at 7-10-2023 01:58 PM
Kaka sekali sekala upahlah professional mua mekap kan.  Memang ada beza. Siap buat rambut ok. Cuba ...

Acah2 pndai. Phui. Bodoh. Looser!! Geli aku nengok kau ni memandai2 dok ajar org. Mcm la diri tu lawa dan bijak sgt padahai anak luar nikah.
Quote JahLupa 7-10-2023 02:12 PM
Lawo eh dia ni.. kadang tgk gambar kemain putih.. kadang mcm x berapa putih pulak.. lagi kurus ni lagi kemahen she promot diri sndiri..all out
Quote MilanAdelynn 7-10-2023 02:16 PM
Lantak yg gadoh2 bangang kat atas tu. Siapa tau mana dia buat putihkan kulit ni? Kulit aku sama cam kulit dia tahun 2000. Gelap2 manjahhh skrg dia dah melepakkk ye
Quote innocentsangat 7-10-2023 02:19 PM
Masa gemuk, isu pelakon dtg lmbt dia petik.
Masa kurus, isu bayaran dia petik. Haha. Good job.
Quote rainbowrainz 7-10-2023 02:24 PM
Tapi ade satu drama tu iols tengok dia berlakin yang fauziah nawi meninggal part last tu memang rare arr die berlakon..iols rasa drama tu je yang die berlakon best..terkesan pulak iols tengok drama tu .good job pasah..
Quote ina_na 7-10-2023 02:33 PM
noor2 replied at 7-10-2023 12:44 PM
Teringin nk mekap mcm artis ni..tapi x reti.....takat sapu bedak dgn lipstick jela gitu2

Biasa tgk kat Mac,Sephora dia org buat make up tuk customer..X tau la bayo atau free..atau kalo ade kawan yg gayah2 mintak dia org tlg make up kan..ckp x nk tebal sgt..nk setakat merasa... geng2 gayah ni kalo bab make up,memasaK,menjahit lawa kejadian nye
Quote syamzana 7-10-2023 02:53 PM
ina_na replied at 7-10-2023 02:33 PM
Biasa tgk kat Mac,Sephora dia org buat make up tuk customer..X tau la bayo atau free..atau kalo ad ...

yg ni kalau u beli produk depa kat kaunter tu tadah je muka tadaaaa cun melecun keluar mall kalau kene yg pro mekap la
iols dulu selalu jugak p tadah muka time org tak ramai mmg depa melayan je.
tapi stakat beli lisptik sebatang dipandang sepi je la.
Quote conget 7-10-2023 02:59 PM
My friend keje di station pernah bagitau Fasha is one of the highest paid actress.Berbakat dan displin bagus
Quote fadz84 7-10-2023 03:03 PM
FS ni pernah mng award Terbaik ke? Kalau award berdasarkan populariti byk dia mng masa ABPBH dulu2 kan
Quote fairy_fairy 7-10-2023 03:40 PM
Lawa jelita sangat Fasha ni lepas lost weight. Iols pun pandang tak jemu
Quote Rogue98 7-10-2023 03:47 PM
Lawa tapi keluar suara jer fail. Ntah berapa lah rate sebenar dia tu. Rate budget rendah pun ntah berapa. Tapi kalau tiap2 minggu ada jer keluar TV takde lah exclusive mana. Terpaksa terima rate rendah sebab suami pun takde job sangat.
Quote sharlenetexas 7-10-2023 04:13 PM
syamzana replied at 7-10-2023 02:53 PM
yg ni kalau u beli produk depa kat kaunter tu tadah je muka tadaaaa cun melecun keluar mall kalau  ...


Dedulu beli produk lancome rm150 dapat free make over. Sekarang x tahu ada lagi ke tak. Sempatlah merasa tadah muka kat MUA yg glamer tu. MUA Zamri zainol tu rasanya dah gi kat Chanel ke Dior. Masa estee lauder model search pun best gak.
Quote makadek 7-10-2023 04:16 PM
noor2 replied at 7-10-2023 12:44 PM
Teringin nk mekap mcm artis ni..tapi x reti.....takat sapu bedak dgn lipstick jela gitu2

Kaka main je pilter tt bold glamor aku sendiri terkesima dgn muka aku herlokkk... Lau guna thai look muda 20tahun best oo
Quote missbigrockstar 7-10-2023 04:19 PM
Features dia mmg dah lawa so mekap lagu mana pun tak lari mana tetap menarik.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.040159 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top