CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Liza Hanim Kesal Anak-Anak Pun Kena Hina

6-10-2023 09:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 21636| Komen: 82

Penyanyi, Liza Hanim meluahkan rasa kesal apabila anak-anaknya juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa kritikan sebahagian warga maya.

Bengang dengan perkara itu, pemilik nama sebenar, Haliza Hanim Abdul Halim, 44, meminta individu berkenaan tidak menganggu anak-anaknya.



Malah dia juga memberitahu tidak akan memaafkan perbuatan individu berkenaan kerana dianggap keterlaluan.

"Ngata aku sorang saja sudah. Tak payah kacau anak-anak aku.

"Aku tak maafkan! Merangkaklah kau cari aku nanti," katanya.

Liza berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada malam Jumaat.

Sebelum ini, penyanyi terkenal dengan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu pernah meluahkan rasa kesal apabila ada individu mempertikaikan rupa parasnya yang dikatakan tidak cantik.

Meskipun komen itu keterlaluan, Liza berkata perkara itu sama sekali tidak menjatuhkan semangatnya.


Dia juga menganggap kritikan sedemikian bagaikan sudah biasa sepanjang 26 tahun bergelar anak seni.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 6-10-2023 09:56 PM
Apalah yg jaki sgt ngn kak Liza ni... aduyai.. xde life betul..
Quote mojarean_X 6-10-2023 10:14 PM
Sepanjang ingatan iols liza ni x pernah lah ada negative vibes dari dulu. Elokk je.
Quote silampumeja 6-10-2023 10:27 PM
Astarghfirullah . Hentikanlah.. sian dia...
Quote Bonger 6-10-2023 10:31 PM
Ibu mana yg tak sakit hati bila anak sendiri di kecam wehh.mmg xde life betul org yg mengata tuuu.rude!!!!
Quote ezacbee 6-10-2023 10:44 PM
Mental la korang ni..

Cermin la diri korang..

Quote nazriatie 6-10-2023 10:50 PM
Bodoh betul netizen ni
Quote shida81 6-10-2023 10:53 PM
Sllu yg hina2 org ni.. Dia yg gemok kepam..
Quote AWEKSAMURAI 6-10-2023 11:03 PM
LH ni x silap aku bapak dia dlu saudagar kapal dia ank tunggal perempuan adik badik x ramai ..dia ank org have2 cuma muka je desa tercinta sket ... dia kwen pun laki bukan lah muka dini janna tu .. muka desa jgak ..so ank menjadi desa lah jgak..... banyak je artis ank x lawa pun hahah muka mak pak helok ank x lawa pun ada ..
Quote ashilalat 6-10-2023 11:05 PM
Liza dah macam aina bendul plak, asyik main kad kena hina je.
Quote jihyomelly 6-10-2023 11:06 PM
kesiannya..bukan la LH tu buruk hodoh pun..nak kait dgn anak2 dia pulak..pada2 la..
Quote Nizleen86 6-10-2023 11:15 PM
Tang mana hodohnya LH ni?? Manis bila senyum nampak gigi dia tu. Suara pun still power lagi banding dgn penyanyi bernombor. Tang dia rap masa gv dulu mantap ye. Arwah kak dib je boleh lawan. Bagi kat penyanyi bernombor kalah cirit la. Habis la sis kena kecam nih.
Quote cikperiukkera 6-10-2023 11:22 PM
Netizen bodoh ni pun x pyh la sampai ganggu ank LH… Xde nya hodoh LH ni..manis je iols tgk..
Quote Tunakimchi 6-10-2023 11:24 PM
Netizen yg kata tu pun muke macam selipar jamban.
Quote kechikchomel 6-10-2023 11:28 PM
AWEKSAMURAI replied at 6-10-2023 11:03 PM
LH ni x silap aku bapak dia dlu saudagar kapal dia ank tunggal perempuan adik badik x ramai ..dia an ...

Iolss ingat lagi. Duluuu la, iolss tengok satu magazine ni tunjuk rumah LH ni (tak tak la rumah dia atau rumah parents dia). Dia punya guest room macam master bedroom. Besau. Kalau master bedroom besau mana pulak kan?
Quote ghalibboy 7-10-2023 12:12 AM
Orang yang mengata rupa orang ni tak takut ke satu hari nanti dapat keturunan hodoh. Bagaimana perasaan jika ada ada anak yang kurang rupa dan di ejek2. Saya nampak ramai mak cantik, anak kurang. Tak ada sesiapa yg nak rupa kurang , tetapi dah itu kurniaan Allah. Tak perlulah diejek2.
Quote Ayda89 7-10-2023 12:28 AM
Dia boleh tahan cun jumpa depan2 masa anak dara dulu. Sekarang tengok pun steady je lagi.

Anak dia pun okay je, dah ikut muka mak ayah dia rupa gitu la takkan nak suruh ikut muka zahirah mcwilson pulak halahhh netizen nihh
Quote hollahop 7-10-2023 01:05 AM
I tgk muka LH ni ok ja. Standart muka org melayu awam ja la. Xhodoh xpulak cantik sgt. Muka garang tapi dia senyum manis ja. Anak2 dia standart ja muka mcm anak2 lain kat sekolah kebangsaan tu. Xde yg pelik.

Netz yg dok menghina ni muka tah below par. Muka xda bakat pun xda. Atleast LH suara sedap.
Quote Lampuled 7-10-2023 01:43 AM
Jd org terkenal mmg terpaksa hadap la mulut2 org ni. Tok ti pun mcm2 gak org kata ke anak dia tu. Kesian retis2 nii..sembunyi anak pun org ngata, tunjuk anak pun org ngata. Mesti akan ada lovers and haters.
Quote doubleA 7-10-2023 02:04 AM
Losernya takda benda nak attack, attack fizikal pula. Biorla anak2 dia bukan retis, maknya yg penyanyi. Kalau LH ni korang anggap tak lawa shelop tu level apa plak

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.048055 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top