Bercakap tentang lirik dua lagu yang ditukar, Awie berkata, dia tidak kisah dengan tindakan segelintir netizen. Malah Awie juga menganggap itu ruang promosi yang bagus untuk lagu-lagu lama yang diberi ‘suntikan’ lebih segar.
“Tak ada masalah pun. Baguslah, boleh promosi lagu-lagu penyanyi lama kan. Adakala saya sendiri pun turut nyanyi sama bila ada lagu tular. “Tetapi kalau nak tanya pasal lirik yang ditukar, itu kena tanya penulisnya lah. Saya faham, mungkin ada kala boleh jadi sensitif tetapi tak apalah. “Saya pun tengok TikTok, terhibur dengan video-video mereka. Sebab itu saya pun buat sekali. Ikut trend katakan,”ujarnya. Sebelum ini, lirik lagu Nurnilam Sari yang ditukar kepada Pinjam 100 tular di media sosial sehingga mendapat perhatian Awie sendiri. Ketika ditanya adakah dia juga sedang menuntut hutang daripada mana-mana pihak pada masa ini, Awie hanya berkata perkara itu biarlah rahsia.
“Alamak, biarlah rahsia," katanya. Selari dengan video tular lagu Tragedi Oktober dan Nurnilam Sari yang ditukar lirik bertemakan hutang, Awie bagaimanapun tidak mahu membuka pekung atau aib mana-mana pihak. Sumber: Utusan
|
noor2 replied at 6-10-2023 07:48 PM
Teringin nk tgk awie masuk GV.....dgn Amy, Ella, Ziana zain, CT...huhu
SalenaGomez replied at 6-10-2023 08:43 PM
Jap x faham kenapa tanya tok wie …dia penyanyi utk lagu tu je kan. Patut tanya penulis lirik, dato ...
alesandra replied at 6-10-2023 08:48 PM
Penulis lirik lagu ni arwah loloq.nak tanya mcm mana?
SalenaGomez replied at 6-10-2023 08:53 PM
olaaaaa ye ke…ingatkan m.nasir yg tulis. But boleh je kalau nak tanya mnasir sebab dia compose la ...
alesandra replied at 6-10-2023 09:14 PM
Probably m.nasir x heran nak layan benda2 remeh mcm ni.lagipun lirik lagu tu hanya troll sebari ...
alesandra replied at 6-10-2023 09:14 PM
Probably m.nasir x heran nak layan benda2 remeh mcm ni.lagipun lirik lagu tu hanya troll sebari ...
alesandra replied at 6-10-2023 08:48 PM
Penulis lirik lagu ni arwah loloq.nak tanya mcm mana?
ADVERTISEMENT