CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"...Oleh Seseorang Yang Sepatutnya Menjaga Saya"- Anak Afdlin Shauki Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Seawal 6 Tahun

6-10-2023 07:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 23182| Komen: 35

Pelakon, Mia Sara Shauki mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual seawal usianya enam tahun dan kejadian tersebut berlaku di kediamannya sendiri.

Katanya, individu yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut adalah individu yang seharusnya menjaga dia pada ketika itu.



"Gangguan seksual pernah terjadi di rumah saya sendiri ketika saya berusia enam tahun oleh seseorang yang sepatutnya menjaga saya.

"Saya rasa sangat sunyi ketika itu tapi semuanya akan baik-baik saja. Ia adalah menyakitkan dan sukar tetapi hidup adalah lebih daripada apa yang orang lain telah lakukan kepada kita," katanya.

Menerusi perkongsian di IG miliknya, aktres tersebut juga mendedahkan pernah menjadi mangsa gangguan seksual sebanyak tiga kali ketika menjalani penggambaran bersama beberapa syarikat produksi.

Anak kepada Datuk Afdlin Shauki itu juga memuat naik bukti perbualan mesej bersama individu tersebut yang seakan sudah jatuh hati terhadapnya.




Mia menerusi projek baharunya, dia membawakan watak mangsa gangguan seksual sekali gus menggamit kembali peristiwa pahit yang pernah berlaku kepadanya.

"Ada beberapa masa saya broke down di set penggambaran sebab banyak babak yang kami lakonkan adalah perkara yang pernah saya lalui sebelum ini.

"Masa skrip reading juga kami terpaksa stop dalam beberapa episodes sebab topik ini sangat berat.

"Dipendekkan cerita, di produksi yang lain beberapa tahun lalu saya melalui peristiwa yang membuatkan saya rasa tak selesa oleh seseorang yang lebih berkuasa.


"Mereka terlalu menyayangi saya (mereka sudah berkahwin) dan pada akhirnya saya terpaksa melalui terapi selama setahun dengan tanda-tanda PTSD.

"Saya rasa pernah menerima gangguan seksual sebanyak tiga kali daripada tujuh syarikat produksi yang saya pernah bekerjasama.

"Pada saya, pengalaman ngeri itu sangat banyak lebih-lebih lagi untuk artis baru seperti saya. Masih ada orang buat lawak lucah pasal saya, depan saya," katanya.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 6-10-2023 07:58 PM
terawal pulek
Quote menjad 6-10-2023 08:18 PM
Sapo pulak ... org terdekat, ahli kluarga?
Quote rayna_raynes 6-10-2023 08:45 PM
menjad replied at 6-10-2023 08:18 PM
Sapo pulak ... org terdekat, ahli kluarga?

boleh jadi abang, bapak, datuk, bapak saudara, abang sepupu dan sebagainya

Quote likilu 6-10-2023 09:39 PM
Sounds like creating the hype untuk drama baru dia je
Quote hironakamura76 6-10-2023 09:48 PM
likilu replied at 6-10-2023 08:39 PM
Sounds like creating the hype untuk drama baru dia je

    yes.....somethings fishy

    masa puteri balqis dulu dia senyap jer . kalau same thing happen why not voice out then?
Quote mojarean_X 6-10-2023 10:15 PM
Sape ni? X kenal
Quote syamzana 6-10-2023 10:20 PM
knp suka sgt bergambar terjelir-jelir gitu??
hodoh dan bodoh laa...
Quote hironakamura76 6-10-2023 10:22 PM

anak perempuan Afdlin Shauki yg jadi actress
Quote printercomel 6-10-2023 11:03 PM
Yihh. Xsuka dia ni spesis suka pakai corset kt luar baju.
Quote dua_chzy 6-10-2023 11:05 PM
Uuuu ayat Mia - YOU GO GIRL! CRUSH HIM GOOD!
Quote AWEKSAMURAI 6-10-2023 11:06 PM
Mengundang spekulasi ni
Quote doubleA 6-10-2023 11:17 PM
Tak perlu kontroversi, jual bakat dah la. Takut backfire balik plak
Quote alieyrina 6-10-2023 11:24 PM
Cerita apa tu riot. Nampak kat vod tp tak rasa nak tekan pun
Quote heythere123 6-10-2023 11:30 PM
harap budak ni kurangkan kekepaman sheols
Quote ouch! 6-10-2023 11:33 PM
By the way sapa mak tiri baru dia?
Quote Ahriman 6-10-2023 11:37 PM
Hazabnya fesyen..ke fefeeling non binary ummah amerika..
Quote slyfynx 7-10-2023 12:17 AM
Ni nk create hype untuk drama ke hape ni?
Quote DeLuna85 7-10-2023 01:54 AM
Sukarnya nak percaya
Quote nazzse 7-10-2023 08:14 AM
Terpaling lah… btw semua buruk dlm gambar tu

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.156326 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top