Seorang lelaki sanggup merogol rakan niaganya di tempat terbuka gara-gara berang cintanya ditolak. Kejadian di kiosk penjaja di Bandung Indonesia itu berlaku ketika operasi perniagaan sedang dijalankan.
Menurut pegawai penyiasat Badung, Aris Setiyanto, pada awalnya kedua-dua individu tersebut bermain di tempat berniaga mereka bagi mengisi waktu lapang kerana ketiadaan pelanggan. "Dalam permainan tu, pihak yang kalah perlu melakukan gerakan sit-up. "Mangsa telah kalah dan ketika sedang buat sit-up, suspek bertindak memegangnya termasuk mencekik sehingga dia tidak dapat melawan," ujarnya. Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek kemudiannya melarikan diri ke kampung halamannya di Jawa Timur. Bukan itu sahaja, dia juga mengancam mangsa supaya tidak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Mengulas lanjut, Aris berkata, suspek sudah lama menyukai mangsa namun cintanya telah ditolak. Pun begitu, mangsa menjadi pelabur bagi bisnes bakso yang dijual suspek. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT