CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Ramas, Meraba Ketika Pemeriksaan Keselamatan Dibangkitkan

25-11-2015 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5405| Komen: 17

Oleh Adib ZA

Persidangan Dewan Rakyat semalam berlangsung dengan gamat apabila isu 'meraba' dibangkitkan oleh Datuk Dr Marcus Mojigah (BN-Putatan).

Mojigoh antara lainnya bertanya mengapa pemeriksaan keselamatan terhadap penumpang sebelum menaiki pesawat dilakukan menggunakan tangan? Seharusnya prosedur tersebut dilakukan menggunakan pengimbas badan. 

"Saya tidak faham, mengapa pemeriksaan dilakukan menggunakan tangan? Seolah-olah pegawai keselamatan yang membuat pemeriksaan itu mempunyai tangan ajaib yang boleh mengesan bahan letupan.

"Kita ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak setiap minggu menaiki pesawat dan maknanya setiap minggu kami semua kena raba," katanya, memetik laporan The Malaysian Insider.

Mojigoh juga menyatakan prosedur serupa tidak diaplikasikan di negara maju lain seperti Amerika dalam proses memastikan keselamatan di lapangan terbang. - CARI Infonet



Baca selanjutnya: The Malaysian Insider

(sumber foto: themalaymailonline)

10

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skyreds 25-11-2015 12:44 AM
"Saya tiada masalah kena raba. Cuma saya ingin tahu konsistensi mengenai tali pinggang di mana ada lapangan terbang perlu tanggalkan, tapi ada lapangan terbang tidak perlu tanggalkan," katanya.
  

Semua airport kene tanggal tali pinggang untuk scan check ... even kat malaysia pun, cuma bila di negara sendiri .. tali pinggang nie kira bonus la buat local flyers, nak tanggal boleh x nak pun xpe   

kalau x nak kena raba ... jangan pakai seluar jeans lagi2 levi's 501
Quote mbhcsf 25-11-2015 01:03 AM
well...tak pulak masa nak boarding kena raba?? tak ada memory pulak .
hmm...interesting.

cuma masa nak masuk ke lounge boarding tu for international flight kena lakukan pemeriksaan keselamatan.

tak ada isu pun.

memana airport pun ada jantina sama. so kat mana isu ?
Quote din_atos 25-11-2015 01:08 AM
Ada pernah kema raba ternaik pulak
Quote mikasa 25-11-2015 01:30 AM
Takda isu lagi penting ker nak dibincangkan ?
Quote alesandra 25-11-2015 01:34 AM
mikasa replied at 25-11-2015 01:30 AM
Takda isu lagi penting ker nak dibincangkan ?

kalo mp bn bahlol tanya pada mp bn bahlol yg lain isu ini la yg kita dapat
Quote Al-Patih 25-11-2015 05:46 AM
tahap montri kito bercakap.....topik yang tak mengugat keselamatan negaro
Quote gaara_X 25-11-2015 07:29 AM
entah laa.....apo nak jadi.....beli je scanner cam obersea tue.....settle....
Quote haruslah 25-11-2015 08:44 AM
arwah bapak aku nak gi langkawi
masa umo 6+ dulu (x penah naik flight kan)
brp kali kena ulang alik letak jam, wallet, belt dlm bekas tu utk scan

yg tukang raba pon x agak2 jugak

ntah la susah nak ckp diorg2 nih

yg best nye pelancong bla keluar kena raba bagai
tp bla sampai (arrival)
relax jer xde scan2 body bagai
Quote harimau76 25-11-2015 09:09 AM
SMALL MATTER macam ni pun nak kecoh ker.. haiyooo.. bawak la isu2 penting skit...
Quote GhostWalking 25-11-2015 09:11 AM
Puhlezzzzz la dekkk
Quote ocho 25-11-2015 09:18 AM
iols ke US ... ada je buat pemeriksaan badan  . siap buka kasut, belt, semua...
Quote kluangman 25-11-2015 09:27 AM
Bongok la MP ni. Sekarang kan ada threat 3d printer. So kena both manual dan machine search.
Quote -electrifying- 25-11-2015 10:23 AM
alesandra replied at 25-11-2015 01:34 AM
kalo mp bn bahlol tanya pada mp bn bahlol yg lain isu ini la yg kita dapat

Betul tu... Sedangkan byk lg isu yg lebih penting...
Quote R2D2 25-11-2015 10:29 AM
'Ustaz pun kena raba'


Kuala Lumpur: “Ustaz pun kena raba, dia tak kira rupanya,” kata Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata demikian selepas Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) bangun semasa isu ‘meramas’ dan ‘meraba-raba’ dibangkitkan pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 peringkat Kementerian Pengangkutan oleh Timbalan Menterinya Datuk Abdul Aziz Kaprawi di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Perkataan ‘meraba-raba’ dibangkitkan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) sehingga menggamatkan sidang dewan dan menarik perhatian beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang.

Beliau mempersoalkan prosedur pemeriksaan keselamatan membabitkan perbuatan ‘meraba-raba’ badan di lapangan terbang oleh anggota keselamatan bertugas.

Beliau turut merungut berkaitan prosedur itu kerana ia tidak berlaku di lapangan terbang lain di seluruh dunia.

“Kecuali di lapangan terbang Malaysia, setiap minggu saya ‘diraba-raba’ sekurang-kurangnya dua kali sedangkan mesin pengimbas sudah ada.

“Adakah MP (Ahli Parlimen) ini membawa bom,” katanya sambil Ahli Parlimen lain bersorak.

Tidak mahu ketinggalan dalam topik itu Khairuddin bingkas bangun mencelah dan memberitahu bahawa beliau pun turut diraba-raba.

Katanya, semua penumpang diperiksa dengan cara itu tanpa mengira latar belakang mereka.

“Ya, sama sahaja. Tiap-tiap minggu saya kena ‘raba-raba’ yang sama,” katanya lagi.

Abdul Aziz kemudian cuba menjelaskan bahawa isu berkenaan tidak timbul sama sekali kerana penumpang lelaki akan diperiksa oleh anggota lelaki.

Katanya lagi, manakala penumpang wanita diperiksa oleh anggota wanita dalam kawasan tertutup.

“Pemeriksaan itu tidaklah sampai kepada alat sulit,” katanya lagi.
Quote dabai 25-11-2015 11:32 AM
Isu yang dibawa mencerminkan tahap pemikiran ahli MP itu sendiri.
Quote DayangKirana 25-11-2015 11:43 AM


dia kena raba?
raba jantan..tua plak tuh, ingat boleh naik syok ke?



Quote hijrah8 25-11-2015 06:01 PM
Isu raba lebih penting Dari Isu gst, 1mdb, ke susahlaa rakyat.. Penat aku ngundi.. Dapat menteri bodo

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.257511 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top