Aliff Aziz dan Bella Astillah sering melakukan perbincangan, khususnya apabila melibatkan kerjaya masing-masing dalam bidang seni. Antaranya termasuklah kekerapan Bella bergandingan dengan pelakon lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.
“Saya juga seorang pelakon and I know how it is. Jadi kita berdua memang banyak berbincang soal kerja. “Apa sahaja yang saya kurang senang, saya akan share dengan dia. Dan apa sahaja yang dia kurang senang, dia akan share dengan saya. Insya-Allah doakan yang baik-baik,” katanya kepada Gempak.
|
ADVERTISEMENT