Peminat drama Korea yang ingin bercuti di Korea mesti teringin nak merasai pengalaman berada di kawasan itu kan? Jom, ini 8 lokasi K-Drama yang wajib korang lawat! 1. Plaza Sewoon
Lokasi ini sangat glamour dalam drama “Vincenzo” lakonan Song Joong-ki. Plaza Geumga merupakan Plaza Sewoon yang terletak berdekatan dengan Stesen Jongno 3-ga di Seoul. Plaza ini merupakan pusat beli-belah yang popular suatu ketika dulu dan masih lagi ada beberapa restoran yang beroperasi seperti biasa. 2. Cheongjin 3 (sam)-ri Fishermen Welfare Center Ingat tak Klinik Gigi Dr. Yoon dalam drama “Hometown Cha-Cha-Cha”? Disebabkan drama tersebut, klinik ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dan menjadi tumpuan para pelancong luar. Nama sebenar bagi klinik gigi ini adalah Klinik Green Dental dan lokasinya berhadapan dengan pelabuhan nelayan. Di situlah, Hong Du-sik selalu berjumpa dengan Yoon Hye-jin. 3. Pocheon Art Valley Dengan pemandangan yang cantik seperti zaman Joseon dalam drama Korea, lokasi ini mampu membuatkan pelancong terpegun dengan keindahannya tersendiri. Lebih mengujakan apabila kawasan ini telah diiktiraf sebagai ruang kesenian dan kebudayaan di Korea disebabkan pemandangannya yang tenang dan cantik. Tempat ini juga merupakan lokasi penggambaran bagi drama “Scarlet Heart Ryeo”, di mana watak Hae-soo (IU) menyelamatkan seorang budak lelaki yang hampir lemas dan secara tidak sengaja menyebabkan dia kembali ke zaman dahulu. 4. Jumunjin Breakwater Kepada peminat drama “Goblin”, ini adalah peluang bagi korang untuk melakonkan semula babak yang viral di mana Ji Eun-tak dengan Kim Shin berjumpa di tebing laut. Lokasi itu dipanggil sebagai Jumunjin Breakwater yang terletak di pinggiran pantai Gangwon. 5. Mokpo Modern History Museum Kalau sebut pasal “Hotel Del Luna”, sudah semestinya pintu masuk hotel itu dalam ingatan para peminat drama Korea. Untuk pengetahuan umum, bangunan tersebut adalah Mokpo Modern History Museum yang terletak di daerah Mokpo. Pun begitu, hanya bahagian luar bangunan itu yang ditonjolkan sahaja sebagai tanda mercu drama “Hotel Del Luna”. Disebabkan bangunan yang tersergam indah dengan reka bentuk dan warna yang menarik, ianya membuatkan para penggemar drama Korea teruja untuk melihatnya sendiri. 6. Noksapyeong Overpass Kepada peminat drama “Itaewon Class”, Noksapyeong Overpass merupakan tempat yang wajib dikunjungi bagi melihat pemandangan menara dan juga keindahan gunung Namsan. Menikmati pemandangan matahari terbenam merupakan salah satu aktiviti yang wajib untuk korang cuba kerana waktu golden hour di tempat itu akan membuatkan gambar OOTD nampak lebih cantik dan menarik. 7. Garden Of Morning Calm “Garden of Morning Calm” ini merupakan lokasi bagi penggambaran untuk drama “Love in the Moonlight” yang telah dilakonkan oleh Park Bo-gum. Ianya menjadi pilihan popular buat para pelancong kerana kecantikan bunga yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk. 8. Hantangang Sky Bridge Ingat tak episod 7 drama “What’s Wrong with Secretary Kim” di mana Lee Young-joon dan Kim Mi-so bercerita tentang zaman kanak-kanak mereka? Jambatan Hantangang Sky inilah yang menjadi lokasi bagi babak tersebut. Jambatan ini baru saja dibuka pada Mei 2018 dan ianya terletak di Pocheon. Kepada sesiapa yang suka pada ketinggian, jambatan ini mempunyai ketinggian setinggi 50 meter dari tanah dan panjangnya adalah sepanjang 200 meter. J Selain drama “What’s Wrong with Secretary Kim”, jambatan ini juga merupakan lokasi bagi drama “Crash Landing on You” yang telah dilakonkan oleh pasangan suami isteri Hyunbin dan juga Son Ye-jin. -CARI Sumber: Kimchidaily/Imagine Your Korea
|