CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Clear Dengan Harga, Tanya Depan-Depan,"-Linda Beego Bengang Dengan Ekin Mawi, Pertahan Makcik Owner Kedai

6-10-2023 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10719| Komen: 34

Linda Hashim mengulas tentang isu Ekin Mawi yang kesal dengan harga sebuah kedai makan.

Di Instagram, Linda kata Ekin sepatutnya bertanya terlebih dahulu dengan pemilik restoran itu apabila timbul rasa ragu-ragu dengan harga makanan yang dikenakan.


Foto: IG

"Katanya tak nak menjatuhkan perniagaan sesiapa, tapi siap buat live tu… kesian peniaga sekarang, naik harga je kena kecam. Ingatkan artis saja selalu kena kecam.

“Lain kali kalau tak berapa clear dengan harga, boleh je tanya depan-depan. Bukan curi-curi ambil video orang okay. Tak baik, kesian mak cik tu," kata Linda.


Linda turut membalas salah satu komen dengan mengiyakan pemilik Restauran itu adalah mak saudaranya.

Sebelum ini kecoh di laman sosial apabila Ekin mendakwa harga makanan yang dikenakan sebuah kedai makanan laut yang dikunjunginya di Johor Bahru terlalu mahal iaitu berjumlah RM1,260.


Sementara itu, pemilik kedai tersebut tampil menjelaskan Ekin datang ke gerainya bersama hampir 20 orang ahli keluarga beserta kanak-kanak pada petang 30 September yang lalu.

Tambahnya, Ekin dan keluarganya telah membuat pesanan kurang lebih 11 jenis makan yang berbeza seperti siakap tiga rasa, udang butter, siput gonggong, sotong goreng tepung, ikan pari bakar dan beberapa lagi.



Malah, pemilik kedai itu mengatakan dia bersedia untuk bersemuka dengan Ekin dan Mawi bagi menjernihkan situasi.-CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 6-10-2023 09:52 AM
Silalah bergasak bangsa j. Even kalau mak sedara ko pun jgnlah iyakan sebab obviously and naturally akan bias. Komen in general dah le.
Quote Belibis 6-10-2023 11:01 AM
Takkan la raja sms takde duit...
Quote aemon 6-10-2023 03:13 PM
Sazreena replied at 6-10-2023 09:52 AM
Silalah bergasak bangsa j. Even kalau mak sedara ko pun jgnlah iyakan sebab obviously and naturally  ...

even aku 01, aku sendiri pon x suka dgn bangsa J ni.dah mcm kelantan aku tengok.berasabiyyah.
Quote ainonymous 6-10-2023 03:43 PM
dua2 sendu kepammm so terpaksa menggunakan makcik restoran sebagai proxy untuk menaikkan nama semula di persada internesyenel.
Quote snowater 6-10-2023 03:48 PM
Patutla nk bg statement jgk, mak sedara rupenye
Quote minahmanja 6-10-2023 05:40 PM
Rasanya ekin ade ckp dia tnye brape rm per gram , pastu kedai ckp tkpe mkn dlu, nanti kira.
Quote Skyline_84 6-10-2023 05:46 PM
aemon replied at 6-10-2023 03:13 PM
even aku 01, aku sendiri pon x suka dgn bangsa J ni.dah mcm kelantan aku tengok.berasabiyyah.

kan
Quote sleepandream 6-10-2023 05:56 PM
bagi iols dgn harga mcmtu makan 20 orang... masih berpatutan...
jgnla kau kira kos bahan mentah je... org tu nak bayar pekerja, sewa, bil, mentenance, gaji sendiri lagi...

kalau tak mampu tak payahla ajak 20 orang makan kedai seafood...
Quote LembingDayanti 6-10-2023 06:01 PM
mawi tu jutawan 20 tahun lepas. sah lah duitnya dah habis. bukannya dia ada kerja pun. ibarat bewak je kut jaman now.
Quote scarflicious 6-10-2023 06:09 PM
Berpatutan je harga makanan tu kalau sejenis melantak mcm mawi laki bini.
Quote hyie 6-10-2023 06:12 PM
putih nya gigi diorang, putih yang macam mentos ala2 gigi mk k-klik
Quote winky1 6-10-2023 06:16 PM
Dalam interview, ckp masa masuk tu menu tak ada, resit tak ada..
.kalau dah budget ngam ngam, jangan masuk..cari yang ada menu dan boleh produce resit...masa makan ok pulak masa bayar baru  nak question.

Saya ada kalanya perlukan resit....tak pernah bila tanya owner kedai atau servis mereka ckp mereka tak akan produce resit atau tak boleh issue resit....some sellers ask, Do you need the resit...sbb mereka pun nak paperless atau jimat paper roll tu
Quote winky1 6-10-2023 06:20 PM
minahmanja replied at 6-10-2023 05:40 PM
Rasanya ekin ade ckp dia tnye brape rm per gram , pastu kedai ckp tkpe mkn dlu, nanti kira.

Patut dia tak makan dulu ....sebab dia jenis nak tahu tak ada salah nya nak tahu...perkara mcm ni dah berlaku di Langkawi....jadi confirm dulu. Tak baiklah bawa family belanja lepas tu jadi isu mcm ni...terasa adik beradik...rasa nak tercekik pun ada ...salah sendiri.
Hal makan ni mmg kena pasti.
Quote Rogue98 6-10-2023 06:21 PM
Dah jatuh miskin kut diaorang ni. Kalau aku lah nak belanja famili ke kawan2 ke tak kisah pasal harga. Dah makan, dah kenyang, puas hati..sedap ..bayar jer lah. Bila dia bising2 camni orang yg dia belanja tu pun mesti rasa x syok n serba salah.
Quote rainbowrainz 6-10-2023 06:26 PM
Mawi mana mawi .silalah Sila Komen ye
Quote blue_blur 6-10-2023 07:01 PM
semoga operator kedai seafood yang lain, ikut macam restoran yang proper, timbang dulu, bagitau harga tanpa masak ni harga nya, masak apa, ni harga nya... kalau boleh, sila bayar dulu, baru kami masakkan..nak elak jenis manusia dia ingat asalkan gerai warung murah2 sudaaaaahhhh...

Quote Sazreena 6-10-2023 07:02 PM
Edited by Sazreena at 6-10-2023 07:06 PM
aemon replied at 6-10-2023 03:13 PM
even aku 01, aku sendiri pon x suka dgn bangsa J ni.dah mcm kelantan aku tengok.berasabiyyah.

Fil aku bangsa J. Kengkawan aku, dorm mate aku bangsa J and yet aku still rasa rengsek ngan bangsa J especially BOS. Ni semua salah katik jamaica la buat aku erghhh ngan bangsa J. Aku mmg kenot go ngan dia. Nak plak kalau tgk plate on the road. Cam teybeh sangat.
Quote kucing_gebu 6-10-2023 07:32 PM
Lain kali kalau xdak duit or berkira jgn angkut satu tongkang pi makan restoran2 mcm tu. Order pulak ikut sedap tekak.
Quote edayildiz 6-10-2023 07:34 PM
kalau berkira sgt jgn mkn kedai..btw i rasa xmhl pun 12++ 20 org mkn..
i mkn dlm 4-5 org..mkn ketam..ikan bakar..sotong salted tu pun pernah cecah rm800..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.077781 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top