CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Tanya Tentang Jodoh, Pekerjaan, Umur Serta Zuriat Kepada Seseorang

6-10-2023 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12258| Komen: 109

PETALING JAYA – Jodoh, pekerjaan, umur serta zuriat adalah empat perkara sensitif dan elakkan bertanya tentangnya ketika bertemu dengan seseorang.

Penceramah, Ustaz Yaakub Yusra menerusi hantaran di TikToknya berkata, pertanyaan seperti itu seolah-olah tidak sesuai dan boleh mengguris perasaan seseorang.


Foto: TT

“Mengambil contoh keperibadian Nabi SWT, baginda tidak akan sekali-kali bercakap benda yang boleh menyakitkan seseorang itu. Jangan menggunakan perkataan-perkataan yang boleh membuatkan orang berkecil hati dengan kita.

“Sebab itu saya sebut bila kita berkomunikasi dengan orang, kita berjumpa dengan orang, jangan tanya empat benda.

“Yang pertama, jangan tanya orang soal umur dia. Ada sebut dalam kitab-kitab ulama tasawuf, bila jumpa seseorang jangan tanya umur. Yang kedua, jangan tanya pekerjaan dan pendapatan dia. Yang ketiga jangan ditanya soal jodoh orang. Yang keempat jangan tanya tentang zuriat,” pesannya.


Tambahnya, ramai yang suka bergurau sehingga terlupa berjaga-jaga dalam bercakap.

“Kadang niat kita hanya nak bergurau tetapi terguris tanpa sedar, sebab tu nabi pesan jika kita bermasyarakat jangan ditanya empat soalan ini,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 6-10-2023 09:10 AM
ya, betullllll...

kalau time raya, iols sanggup elak jumpa pakcik iols yang kepochi tu sebab asik tanya soalan sama je yihhhh kowser. Alah anak dia ada anak luar nikah tapi pandai pulak dia senyap2, padehal orang lain dah lama tau pon
Quote Buritan 6-10-2023 10:21 AM
Hahahaha... tak sedo diri no
Quote Buritan 6-10-2023 10:23 AM
Satu lg aku tak tanye result anak org dan masuk u mana..

Kakak somi aku punya kepoci laa.. anak aku amik akaun.. dah itu yg dia dpt.. dia ckp ni mesti aku yg suh amik akaun... aku anak dia tau plk dia malu.. ambik anak kawin dgn ofis boy jee
Quote Decaffeinated 6-10-2023 10:41 AM
Sesuai peredaran masa people are getting more private now.

Zaman dulu2 orang2 kampung bila keluar pekan boleh sembang dengan strangers sampai boleh tau susur galur tengok2 sedara.

Zaman now minta no tipon je
Quote kemaruk 6-10-2023 10:46 AM
video ustaz ni selalu lalu dekat tiktok dan youtube bangkem

seronok tengok dia hentam trader2 forex hahaha
Quote Tinot7 6-10-2023 10:50 AM
Jaman now ada ka org tanya2 sumer ni lagi? Org dah tak berinteraksi sgt jaman now..
Quote elnor_81 6-10-2023 11:02 AM
Tinot7: Jaman now ada ka org tanya2 su ...

Ad je...
Quote adm7 6-10-2023 11:09 AM
Take note forumer² bangsat yg suka kutuk andartu/antertu.
Quote TomyamPuteh 6-10-2023 11:20 AM
Yg suka tanya gred dgn gaji ni lagi rengsa. Yihhhh.
Quote syamzana 6-10-2023 11:36 AM
iols tak suke tnya benda2 remeh gitu kat org even fmly members pun iols malas nak tnya perihal gaji. alaa tau2 sendiri la tgk depa menapak dlm kerjaya tu.
iols sejak tersebar dah totally resign jaga anak and anak plak homeschool bila blk kg je kene perli bljr jauh2 tggi2 punya la lama ujung2 dok umah je. lg hangsuang dok ckp anak iols x bljr sbb homeschool. bila weols holiday tak folo cuti sek, lagi la sakan memerli.
nak je aku ckp jadi ibubapa terpaling ni kene la ajar anak sendiri kat umah, motip nak berasak2 holiday time cuti sek????
Quote honam 6-10-2023 11:42 AM
ramai yg suka tanya janda, bila nak cari penganti baru
Quote Firenzza 6-10-2023 12:08 PM
Ramai yg tanya menang hari ni bila minyak nk toron?
Quote gam_gajah 6-10-2023 12:09 PM
Sebelum raya aritu aku dah brief mak aku, mak jangan tanya org keje apa, gaji, bila nak kawen, bila nak beranak, tambah anak etc. Jgn sebut orang nampak kurus ke gemuk ke. Jaman dedolu mungkin takpe soalan mcm tu, tapi org skrg hidup banyak tekanan, soalan mcm ni org tak suka nak dgr. Gitteww aku bagi guidelines nak beraya kat mak aku haha. Senyap je org tua tu
Quote edayildiz 6-10-2023 12:53 PM
i pun dh strt kena tnya bila nk berlaki
begini rasanyaa..xsuka bethol..
mslhnyaa bf haku dorg xberkenan suruh cari lain blabla..pastu utk pertama kalinya ayah i ckp cpt cpt la kawen..
Quote sufi^_^ 6-10-2023 12:57 PM
Tupun ada yang suruh budak2 bertenang bila dapat soalan2 bodoh menceroboh privasi macam ni, kononnya acik2 tu saja je nak cari bahan berbual. Budak2 pulak yang dikatakan sensitip sangat, padahal memang sensitip dan soalan yang tak beradap.
Quote sufi^_^ 6-10-2023 12:59 PM
kalau ada anak dah habis belajar dan dah kerja, tak dapat tanya kat anak, ditanya pulak ke emak ayahnya...bila nak terima menantu?

Memangnya tak reti nak berbual pasal benda lain ke selain jodoh, zuriat?
Quote sufi^_^ 6-10-2023 12:59 PM
kalau ada anak dah habis belajar dan dah kerja, tak dapat tanya kat anak, ditanya pulak ke emak ayahnya...bila nak terima menantu?

Memangnya tak reti nak berbual pasal benda lain ke selain jodoh, zuriat?
Quote nadie90 6-10-2023 02:32 PM
Selalu tgk ustaz ni dalam Tanyalah Ustaz.....tgk dia bagi jawapan dari soalan2 yg amik dari FB nampak rasional, ada empati....org kata x menghakimi atau jatuh hukum....berdasarkan pemerhatian saya
Quote honam 6-10-2023 03:38 PM
sufi^_^ replied at 6-10-2023 12:59 PM
kalau ada anak dah habis belajar dan dah kerja, tak dapat tanya kat anak, ditanya pulak ke emak ayah ...

kalo dah kahwin ditanya pula bila nak dapat anak, dah dapat anak lelaki, ditanya pula bila nak dapat anak perempuan, bila dah ada anak laki dan perempuan, ditanya pulak bila nak dapat anak ke-3 dan seterusnya sehingga anak ke-11

pandai plak, tak tanya soalan bila nak bermadu, dah kahwin 2 ditanya pula bila nak menikah yg ke-3 dan ke-4

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.090781 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top