CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ammar Titan Dah Lama Tak Dapat 'Offer' Berlakon, Tak Malu Jadi Ejen Insurans

6-10-2023 02:18 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10251| Komen: 7

Pelawak, Ammar Titan mendedahkan dia kini kurang mendapat tawaran berlakon dan kali terakhir beraksi di televisyen adalah sebelum Ramadan lalu. 

Pemilik nama sebenar, Azizul Ammar itu bagaimanapun tidak cemburu tatkala melihat rakan seperjuangan yang lain berjaya mengekalkan diri dalam industri hiburan.



"Kalau dari segi tawaran berlakon mungkin berkurangan. Saya percaya dalam bidang seni ini adalah industri bisnes.

"Saya tidak cemburu melihat kejayaan artis lain malah saya lebih suka menjadi orang yang bangga melihat kejayaan mereka. 

"Mungkin itu rezeki mereka, rezeki saya dilambatkan sedikit. Kadang-kadang, dalam satu pertandingan, bukan sebab kita kalah tetapi Allah melambatkan kemenangan kita," katanya.


Dalam pada itu, Ammar yang bakal beraksi dalam pementasan teater bangsawan Dang Anum juga tidak malu untuk mengakui kini menjadi ejen insurans sepenuh masa bagi menampung keperluan keluarga.

"Saya sekarang menjadi ejen insurans sebagai kelangsungan hidup. Saya sedar tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada dua orang anak.

"Walaupun ini merupakan bidang baharu tapi saya fikir kenapa saya mahu menangguhkan masa untuk mencari rezeki. Orang yang kurang upaya pun boleh bekerja.

"Jadi, apa alasan saya untuk tidak bekerja? Walaupun orang kata apa jadi ejen insurans tapi saya tak kacau oramg, saya hanya mencari rezeki," katanya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tukul.Besi 6-10-2023 06:30 AM
Lepas kes dgn Watson Nyambek terus flop mamat ni
Quote ezyezyezy 6-10-2023 06:48 AM
Apa nak malu. Ramai yg I kenal, dah kerja yang stable spr engineer, cikgu , executive …berhenti kerja masuk dalam insurance industry
Quote Perawankota 6-10-2023 08:40 AM
Asalkan bekerja...
Quote KamikuP 6-10-2023 08:53 AM
Tu la kutuk lagi Watson Nyambek pastu merintih takde job padahal lawak puaka tak lawak langsung
Quote mizruncing 6-10-2023 09:24 AM
tak minat langsung dia ni. retis sendu ni dah tau takde job pi la cari keje lain melambak lagi kot. tak paham aku memekak bagitau takde job. tak kisah la ejen insurans ke ape. knp klu kau dah retis mmg tak boleh tukar keje lain ke
Quote adeqbun 6-10-2023 11:20 AM
pelik2 retis ni bile amik keje mcm org biasa kene justify tindakan tu...terpaling sgt ke korg smpi keje2 org biasa yg normal ni umpama bleh jd memalukan atau sbgnya
Quote drivethru 6-10-2023 11:40 AM
- dia nak bagi tahu yg di jual insurans. Nanti artis yg bersimpati boleh ambil dgn dia.
- tak berlajar dari kesilpan lama. Bercakap tak berlapik walaupun bergurau.
- masa dia jadi calon dj hotfm ' fizi mencari jodoh ' dorang tanya dia. Kenapa nak jadi dj hotfm (sebelum ni pernah jadi dj hotfm ). Dia boleh jawap, dia nak sailang tempat fizi, pastu nak masuk geng brekpes hotfm. Mmg ko cari maut lah.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.034855 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top