CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

3 Kontrak Siti Nordiana Dibatalkan Gara-Gara Kena Kecam Dalam 'Live'

5-10-2023 09:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11316| Komen: 92

Kuala Lumpur: Saksi kedua yang juga pengurus kepada Siti Nordiana selaku plaintif, Mohammad Al Anas Osman, 39, berkata, antara kontrak iklan komersial dibatalkan serta dua lagi tidak disambung sebagai duta produk.


Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu siaran langsung Instagram memburukkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias menyebabkan artis itu dikecam orang ramai dan kontrak iklan dibatalkan serta tidak disambung sebagai duta.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili defendan pertama, kedua dan ketiga, Mohammad Al Anas mengakui surat pembatalan kontrak diterima selepas Siti Nordiana selaku plaintif memfailkan saman terhadap lima defendan itu.


"Surat pembatalan kontrak bertarikh November 2020 diterima selepas ikatan dokumen diserahkan pada hari saman," katanya.

Dalam pernyataan saksi, Mohammad Al Anas berkata, ejen pencari bakat ada bertanyakan situasi Siti Nordiana terhadap siaran langsung Instagram selepas nama selebriti itu diburukkan oleh lima defendan berkenaan.


"Kesan paling utama nama baik plaintif dalam kalangan masyarakat terjejas teruk kerana siaran langsung Instagram melalui rakaman YouTube mencecah ratusan ribu penonton sehingga ke hari ini.

"Kesan buruk jangka panjang pula membabitkan kontrak komersial yang sedang berkuatkuasa kerana pengusaha komersial ini secara umumnya meletakkan syarat am bahawa personaliti tajaan mereka hendaklah seorang yang tidak mempunyai isu kontroversi dan sentiasa berkelakuan baik," katanya.

Saksi itu yang menjadi pengurus kepada plaintif sejak 2010 berkata, dia menerima banyak mesej merujuk kepada siaran langsung Instagram yang memburukkan nama penyanyi itu.

"Semua mesej yang diterima itu ialah pada awal pagi 21 Julai 2021 melalui laman sosial Facebook.

"Mesej daripada peminat plaintif (Siti Nordiana) terlalu banyak. Tetapi intipati mesej itu merujuk kepada siaran Instagram Live yang memburuk nama plaintif secara siaran langsung," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim John Lee Kien How @ Mohd Johan bersambung 30 Oktober ini.

Siti Nordiana, 39, memfailkan saman fitnah menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021.

Penyanyi yang dikenali sebagai Nana itu selaku plaintif menamakan Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isterinya Nur Sheila Hassim, 36, Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali Syura, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek artis, Razidah Ahmad Senusi, 42, sebagai defendan pertama hingga kelima.

Pada Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan dua daripada lima individu yang disaman penyanyi Siti Nordiana untuk memindahkan prosiding perbicaraan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai 2021, melalui siaran langsung yang dikendalikan Nur Sheila dan disertai empat defendan lain, menerusi akaun Instagram masing-masing menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeowPARSI 5-10-2023 09:16 PM
Makk aii,, 3 bantal kontrak.. Impak love tak bermoral
Quote rayna_raynes 5-10-2023 09:37 PM
Action proven. Damages proven. Tunggu berapa amaun je sekarang
Quote woven11 5-10-2023 09:49 PM
Orang len buat pasal, org len tanggung akibat. Go nana
Quote bungarose 5-10-2023 10:06 PM
Patutler
Pity you nana
Quote Purplehaz 5-10-2023 10:22 PM
Kalau xde batal kontrak sekalipun..malu dan trauma la ..kwn baik buat mcm tu...tu pun dh bole kne Saman.
Go nana..all the best to you.
Quote cmf_shya 5-10-2023 10:25 PM
Moga kemenangan berpihak pada nana..go nana go
Quote fadz84 5-10-2023 10:27 PM
Iklan n duta apa tu? Produk timbang kilo ke?
Quote MidoriHijau 5-10-2023 10:29 PM
Moga kemenangan buat nana. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kasi hajar anjing2 menyalak tu
Quote cikperiukkera 5-10-2023 10:43 PM
Good luck nana…biar melingkup team2 yang buat fitnah tu semua
Quote genUmi 5-10-2023 10:44 PM
semoga berpihak ke Nana
Quote pavlovachoc 5-10-2023 11:16 PM
Pengurus nana ni bujang ke .
Quote Nham22 5-10-2023 11:26 PM
Uit sampai 3 company batal.... Dasyat nye... Bukan nana yg bermulut puaka... Ermm betol ka ni
Quote a5h91 5-10-2023 11:33 PM
Nham22 replied at 5-10-2023 11:26 PM
Uit sampai 3 company batal.... Dasyat nye... Bukan nana yg bermulut puaka... Ermm betol ka ni

Naik court mestilah betul, mesti surat pembatalan ada tunjuk kt hakim. Mana boleh pakai air liur je
Quote Rogue98 5-10-2023 11:38 PM
Sian Nana...sure dia sedih ada kawan2 macam tu.
Patutlah dah lama tak nampak dia kat mana2 event. Ntah apalah yang diaorang dengki sangat tu....nak saman pun diaorang ni pun sengkek.
Quote blueberry12 6-10-2023 01:18 AM
Klu tgk kredibiliti lawyer 3 sekawan tu rasanya xde lah mudah2 nana nk menang ni. Dr soalan tu nampak lawyer 3 sekawan cuba nk twist balik. Kontral batal sbb kawan mengumpat atau sebab nana dh terkait kes mahkamah menyaman orang?
Quote blueberry12 6-10-2023 01:23 AM
Tp lambt betul la kes ni. Dr haritu br side pendakwaan nana. Belum masuk pon lagi side pembelaan 5 sekawan. Nk dengar jgk mcm mana 5 orang tu nk defend diri
Quote Zack8hunter 6-10-2023 02:47 AM
nk kene buktikan juga kontrak tu dibatalkan atas sebab benda live tu ke or atas sbb2 lain.. walapun kebetulan terjadi pd tempoh yg lbh kurang sama
Quote mawarika 6-10-2023 03:03 AM
Zuraidah ok tak tu?
Quote MatDeghem 6-10-2023 05:57 AM
MidoriHijau replied at 5-10-2023 10:29 PM
Moga kemenangan buat nana. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kasi hajar anjing2 menyalak tu



bukan main kan toxic2 ini.....bodoh pulak.



#toxic+bodoh=saka


Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.097237 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top