New Delhi: Selepas beberapa tahun mendiamkan diri dan langsung tidak membalas spekulasi kematian isterinya, Sridevi, Boney Kapoor akhirnya mendedahkan punca kematian primadona Bollywood tersebut.
Menurut Boney, kisah di sebalik kematian wanita yang menjadi pujaan peminat itu sangat tragis. Bintang filem Nagina itu pergi ke Dubai bersama suami dan anak perempuannya untuk meraikan majlis keluarga, dan ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas di dalam tab mandi. Boney mengatakan Sridevi meninggal dunia sewaktu melakukan ‘crash diet’. Tanpa berselindung, Boney juga mendedahkan Sridevi kerap pengsan dan kelaparan hanya kerana mahu kekal kelihatan langsing dan cantik, sejak awal perkahwinan mereka. “Sridevi selalu kelaparan untuk kelihatan cantik. Dia mahu memastikan semuanya (tubuh) berada dalam keadaan sempurna, jadi apabila muncul di layar kaca, dirinya kelihatan cantik.
“Sejak awal kami berkahwin, dia kerap pengsan dan doktor mengesahkan dirinya mengalami masalah darah rendah,” kata Boney kepada New Indian. Penerbit dan pengarah berusia 67 tahun itu juga mendedahkan kematian Sridevi bukan kematian semula jadi tetapi sebuah kemalangan. “Saya memutuskan untuk tidak bercakap mengenainya kerana telah disoal siasat sehingga 48 jam. Saya juga melalui pelbagai ujian termasuk ujian penipuan,” katanya mengenai tindakan berdiam diri beberapa tahun sebelum ini. Sridevi meninggal dunia pada usia 54 tahun, 24 Februari 2018 di Dubai. Sridevi memulakan karier seninya pada usia empat tahun sebelum menjadi aktres paling berpengaruh di India. Pada 2013, kerajaan India menobatkannya dengan anugerah Padma Shri iaitu anugerah keempat tertinggi yang diberi kepada orang awam di India. Sumber: Utusan
|
kucingitam replied at 6-10-2023 10:56 AM
pelakon paling cantik zaman itu..tgk gambar atas tu, dah tua pun cantik juga
lasagna replied at 9-10-2023 12:14 PM
ye ke sbb dia berdiet mati dlm keadaan suspicious?
iols speku lain sbb hati hitam mengatakan kemati ...
haifawehbe replied at 11-10-2023 03:55 AM
Org India ckp mendiang kena bunuh dgn lakinya sebab insurance.. katanya lakinya dah muflis..
virgocircus replied at 10-10-2023 02:33 PM
Zaman iols kecik2 tgk citer dia ni pasal movie ular. Mmg femes citer ular acik ni. Mcm femes Suzana ...
hidet replied at 10-10-2023 09:40 PM
haruslah she ada alter muka jugak.tapi she mmg cantik la dri muda sampai tua
ADVERTISEMENT