CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Tak Minat Artis, Nabila Huda Yang Kejar Dan Tackle

5-10-2023 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3546| Komen: 4

Nabila Huda mendedahkan dia dan suami, Mohd Izwan Johar bercinta selepas kahwin.

Pada awalnya, suaminya itu tidak berminat untuk berkenalan dengan dirinya disebabkan statusnya sebagai seorang selebriti.


Foto: IG

“Semasa perkenalan saya dengan suami, dia bukannya suka dekat saya pun. Jujur dia cakap dengan saya yang dia tak minat sangat dengan saya lebih-lebih lagi saya pula seorang selebriti. Dia tak minat nak berkenalan dengan artis.

“Namun, saya yang mula mendekati dia. Saya berkawan dan berkenalan dahulu kemudian, saya bawa dia berjumpa dengan anak saya,” kongsinya kepada Kool 101 pada pagi Khamis.



Katanya lagi, hatinya makin tertarik selepas melihat layanannya suaminya itu terhadap anak perempuannya, Keisha.

“Bila kita bergelar ibu tunggal, perkara yang paling penting adalah sama ada lelaki pilihan kita itu boleh terima anak kita atau tidak. Kalau tak boleh terima, dia boleh pergi dari hidup saya.



“Jadi, saya lihat dahulu bagaimana reaksi mereka. Bila dia datang berjumpa Keisha yang susah nak rapat dengan orang, saya nampak Keisha jatuh cinta terus.

“Melihat caara dia pegang Keisha, saya tahu dia seorang pencinta kanak-kanak yang senang rapat dengan budak-budak. Saya jadi jatuh cinta dengan dia terus pada ketika itu."

Hal tersebut membuatkan dirinya nekad untuk menjadikan Izwan sebagai suami meskipun terpaksa menunggu selama dua tahun.


“Saya cakap dalam diri yang lelaki ini mesti kena jadi suami aku. Saya tak kira dia nak atau tidak, saya akan cuba sampai dapat. Saya akan cari mak bapak dia dan cari tahu kampung dia di mana.

“Selepas itu, saya bertanya kepada dia, bila dia nak kahwin dan dia jawab lagi dua tahun. Jadi, saya bagitahu yang saya akan tunggu dia. Dia tanya saya ni gila ke? Ye betul saya gila.

“Kemudian, saya tunggulah dia. Selepas dua tahun, dia terus bagi saya tarikh dan tempat nikah. Lalu, kami berkahwin. Semasa berkahwin barulah kami bercinta,” kongsinya lagi.



Sekadar informasi, Nabila dan Izwan telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Disember 2015.

Nabila pernah hamil sebanyak dua kali, namun, mengalami keguguran pada April 2019 dan Oktober 2020.

Sekadar info, Nabila dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun hasil perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 5-10-2023 05:31 PM
Seben abil ni memang baik...yang aku nampak laaa. Pernah makan kat restoran dia dulu b4 dia kawin ngan abil. Friendly dan tak poyo.
Quote Purplehaz 5-10-2023 10:26 PM
Suami x minat sbb mak J kot.

Apapun dh takdir jodoh kan..abil nmpk bahagia..tp cuma x dpt bg zuriat lg utk suami ni.
Quote Sazreena 6-10-2023 09:50 AM
Bukan sebarang mak j..mak j ngan kejadian dot dot dot..
Quote orangbiasaje 6-10-2023 10:37 PM
Sazreena: Bukan sebarang mak j..mak j ng ...


Tak paham...?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.047830 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top