Penyanyi, Ariff Bahran menepis tanggapan penyertaan dalam musim ketiga program realiti, Famili Duo (FD3) berpasangan dengan sepupunya, Haqiem Rusli, sebagai usaha menggilap semula nama yang semakin 'sendu' di persada seni.
Selain pujukan Haqiem, Ariff atau nama sebenar, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari memberitahu, keputusan menyertai FD3 didorong atas keterujaan untuk kembali ke pentas pertandingan. "Tidak pernah terfikir hendak masuk program ini sebab itu (sendu). Saya sibuk menguruskan perniagaan sebelum ini. "Haqiem hubungi saya bertanya apakah berminat untuk menyertai program itu. Dia pujuk saya supaya usah berhenti menyanyi dan teruskan perjuangan . "Saya hanya setuju selepas Haqiem yakin dengan saya dan terima kelemahan saya. "Lagipun, kali terakhir saya sertai program realiti adalah kira-kira lima tahun lalu. Saya anggap ini adalah rezeki dan peluang untuk saya tonjol kreativiti di atas pentas," katanya kepada BH Online.
|
ADVERTISEMENT