CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Walau Sibuk Urus Keluarga Dan Bisnes, Tya Ariffin Berjaya Tamat Pengajian Universiti

5-10-2023 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7223| Komen: 31

Tya Ariffin berjaya menamatkan pengajiannya di universiti walaupun sibuk menguruskan rumah tangga dan perniagaan.

Tya atau Nurtria Wulandari, 29, memberitahu dia berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di sebuah universiti swasta dan akan bergraduasi tidak lama lagi.


Selepas tamat sekolah menengah dia tidak menyambung pengajian kerana memilih untuk bekerja terlebih dahulu.

Foto: IG

"Salah satu impian (saya) untuk sambung belajar dari tahun lepas. Sedikit lagi tercapai (untuk graduasi).

"Selepas Tya selesai sekolah menengah, sebenarnya Tya harus kuliah (belajar) tapi ketika itu Tya tunda kerana pilih untuk ambil peluang yang lain iaitu berhijrah ke Jakarta untuk bekerja.

"Situasi ketika itu, ibu bapa Tya boleh membiayai kuliah, tapi Tya fikir peluang yang Tya buat (kerja) saat itu mungkin akan meringankan keluarga," katanya di Instagram.




Seronok melihat rakan-rakan menamatkan pengajian, Tya bagaimanapun berkata dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya untuk bekerja.

"Perasaan lihat kawan-kawan yang sudah graduasi sangat seronok ya.



"Tapi Tya gembira dengan keputusan yang Tya buat saat itu, dan sampailah berkahwin dan dah ada anak dua.


"Dan terfikir lagi, memang selepas kawin, Tya memang set untuk penuhi impian, harus sambung belajar," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 5-10-2023 02:38 PM
Terpaling bekerja.

Hujung2 video semua selit Mak Iti, anak mak Iti... haha
Quote LadyCarefree 5-10-2023 04:41 PM
Uni mana tu? Sijil ke? DL ke? Beli ke?
Quote NazRysha 5-10-2023 04:50 PM
ow ni ke yang dulu dengan laki gundu beliau ada 10 hinggit dlm acc
Quote rayna_raynes 5-10-2023 08:48 PM
suka tgk org yang dah beranak pinak pun gigih belajar. sebab tak senang. tahniah tya!
Quote Suchi 5-10-2023 11:24 PM
Best bila ada duit byk leh sambung belajar, mak iti taknak ke?
Walaupun kaya raya tp acik porem akan asik ungkit pasal dia cuma SPM
Quote doubleA 5-10-2023 11:26 PM
Gigih sungguh dia kerja live, event sana sini laki gundu sebalik tabir je ke? Maintain lifestyle hobi brg2 mewah tung la lahir dulang emas. Propariah duit tinggal rm20 makan nasi goreng bagai, kalau ko lapar sgt pun pergi jela rumah makiti makan. Lepas kawen pun dapat hadiah rumah sebijik dari bapak propa tak berduit pigidah
Quote Suchi 5-10-2023 11:27 PM
rayna_raynes replied at 5-10-2023 08:48 PM
suka tgk org yang dah beranak pinak pun gigih belajar. sebab tak senang. tahniah tya!

Kan..
tp atleast dia takkan hadap masalah angau bercinta
susah nak fokus dlm pelajaran kalau asik pikir pasal cinta.
Lelagi bila ada minat kt org ke apa, pikiran tu asik menerawang je
Quote Tunan 5-10-2023 11:31 PM
Indonesia ni susah nak cari kerja gaji mahal
Elok gak dia kerja lepas sekolah sementara masih muda..
Quote makcun14 5-10-2023 11:31 PM
sedih jadi tya. ingat kan kawin anak orka dapat la hidup senang duit berkepok kepok mampu sambung study, anak diasuh bibik.. tapi dikerah bekerja juga. so tak banyak beza ngan orang susah yindon berhijrah ke malaysia cari rezeki.baik la si tya kawin konglomerat hartawan yindon at least tak perlu
berjauhan sangat ngan family.
rupa pun ada .
Quote NEmma 5-10-2023 11:36 PM
prince_marhaen replied at 5-10-2023 02:38 PM
Terpaling bekerja.

Hujung2 video semua selit Mak Iti, anak mak Iti... haha

Skrg TikTok dia up balik video2 lama dgn Mak Iti..
Quote elzy 6-10-2023 08:29 AM
Kalau bukan sebab Mak Iti, siapakah dia?
Quote prince_marhaen 6-10-2023 09:59 AM
NEmma replied at 5-10-2023 11:36 PM
Skrg TikTok dia up balik video2 lama dgn Mak Iti..

khensss... laki gundu dah tak berani lepas kena hencap 7 petala langit dengan ponen zoners masa reveal muka apiyah & afwa baru lahir.. hahaha
laki gundu dah bertohankan zizang semang mickey mouse, jenis berniaga tak nampak benda... hujung2 bini masing2 ngan maktiri terpaksa kerja keras buat live menjual sampai tengah malam..


Quote epal_putih 6-10-2023 10:01 AM
NEmma replied at 5-10-2023 11:36 PM
Skrg TikTok dia up balik video2 lama dgn Mak Iti..

Mujurla ada mertuo tiri hok glamouressss
Quote de_ikea 6-10-2023 10:22 AM
doubleA replied at 5-10-2023 11:26 PM
Gigih sungguh dia kerja live, event sana sini laki gundu sebalik tabir je ke? Maintain lifestyle hob ...

Iols tertengok kat tv. Rancangan masak2 apa ntah bbrapa tahun dulu. Buat nasi goreng daging guna daging wagyu. Termenung kaka. Org kata ni mmg gitu eh level nasi goreng diorg
Quote de_ikea 6-10-2023 10:25 AM
Tahniah tia. Bab mrmajukan diri kaka sokong. Tp legit kan? Bukan mikimaus kan?
Quote doubleA 6-10-2023 01:27 PM
de_ikea replied at 6-10-2023 10:22 AM
Iols tertengok kat tv. Rancangan masak2 apa ntah bbrapa tahun dulu. Buat nasi goreng daging guna d ...

Buat rugi jah wagyu buat nasi goreng. Pakai daging biasa pun sedap. Tu la level deme kot
Quote AmandaRollins 6-10-2023 01:37 PM
Sibuk memanjang…sian..ingatkan leh jadi tai tai
Quote Nizleen86 6-10-2023 11:09 PM
Asik guna makmertuatiri jadi konten. Tengok izara laki pun bewak rsnya tapi takde la nak menyelit makiti sepanjang masa. Sheols cari duit sendiri buat live walaupun merapu tapi ramai suka kata lawak. Entahlah janji ko tak menyelit dgn makiti buat konten mcm si gundu dan bininya.
Quote jargon 8-10-2023 12:36 AM
rayna_raynes replied at 5-10-2023 08:48 PM
suka tgk org yang dah beranak pinak pun gigih belajar. sebab tak senang. tahniah tya!

Klau ntijen biase ye aku pon suka dan kagum sbb slh satu kelik aku fly sana sini tp partimer open universiti smpai setel degree and sheol pon dah brlakikan pilot jugak..tp utk retis seleburiti ni mcm membongak nk bg wow je lebih..tu haa tin yentan yg baru kwen tu kemain acik porem kagum yach study beauty brain la hape la pose pon konon ala2 ulat buku sambung loyer skrg kemana dah?jah lop tu double degree skrg kemana dah?trpaling ingt si anjuling beberapa tahun lepas cerai dia canang dia bakalan msuk kolej sambung belajar blm lg sem 1 dia dah menghina org sana sini konon dia la trpaling educated msuk kolej buat dip..skrg kemana dah..klau retis seleb ni xpyh laa wei nk kagum..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062713 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top