Khai Bahar bina badan untuk kepuasan dirinya sendiri. Katanya dia menyedari dunia kecergasan kini sudah menjadi gaya hidupnya untuk lebih sihat. “Sebenarnya untuk diri sendiri saja, pergi ke arah positif. Saya nak sihatkan diri sendiri, untuk diri saya juga. “Ia satu kepuasan bila saya buat badan,” katanya kepada Melodi.
Disoal apakah masih lagi tiada insan yang mendekati dirinya, penyanyi asal Perlis ini segan silu menjawab seolah-olah menyerahkan kepada takdir. “Jodoh tak tahu lagi…besar macam mana pun kalau jodoh tak sampai, tiada juga. “Tiada siapa pun yang mendekati, kesian saya,” seloroh Khai.
Biarpun penampilan Khai kini yang semakin sasa, pastinya menarik perhatian ramai gadis-gadis. Namun, ada juga kaum lelaki yang turut tertarik kepada bentuk tubuh badan pelantun lagu Bayang ini. Kata Khai, dia menganggap perkara itu sebagai inspirasi buat lelaki di luar sana yang idamkan bentuk tubuh badan yang ‘sado’.
“Mereka cuma tertarik sahaja, sebab dahulu orang selalu cakap saya ‘keding’. “Bila dah berubah mungkin mereka terinspirasi. Tak tahulah apa mereka fikirkan, mungkin mereka rasa mereka juga boleh buat badan, saya boleh buat mengapa tidak bagi orang lain kan. “Kita fikir positif saja okey, jangan fikir lain-lain, otak kena fikir yang bersih-bersih."
Terdahulu, Khai juga turut aktif memuat naik foto dan video dirinya bersenam di media sosial sehingga menarik perhatian ramai. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|