Nama Kilafairy jadi bualan hangat gara-gara pemakaiannya yang dikatakan kurang sesuai dengan imej sebagai wanita bertudung. Baru-baru ini dia meraih perhatian ketika menghadiri pelancaran haruman wanita yang berlangsung di Bangkok, Thailand.
Pada majlis yang dihadiri ramai selebriti terkenal itu, Kilafairy, 31, mengenakan blaus dan skirt labuh rona hitam, lengkap tudung warna serupa. Di Instagram, ada dalam kalangan netizen menegur baju digayakannya yang agak sendat terutama pada bahagian punggung. Bagaimanapun pengikut setianya memuji gayanya yang didakwa penuh ‘class’.
|
ADVERTISEMENT