Penceramah bebas, Ustaz Ariffin Ayob menceritakan kisah seorang wanita yang tidak pernah berkahwin, tidak pernah adakan hubungan dengan lelaki, berzina mahupun dirogol didakwa mengandungkan ‘benih’ jin disebabkan angkara sihir.
Kisah benar yang berlaku di Terengganu itu didedahkan menerusi satu klip video ceramahnya. Jelasnya, wanita terbabit hanya mengandungkan benih jin hanya selama empat jam sahaja selepas bermimpi seorang lelaki yang memujuknya untuk menjaga anak lelaki itu. “Saya diberitahu oleh jiran wanita tersebut di sebuah kedai kopi, kami ke hospital dan pihak di sana bertengkar sebab buku merah wanita itu tiada. Saya kata uruskan dulu nanti saya akan cerita kemudian. “Ajaibnya wanita itu hanya mengandung selama empat jam sahaja, asal seperti telur ayam kemudian membesar di perutnya. Dia lahir juga sungguh mudah, darah sedikit sahaja keluar,” jelasnya.
Tambahnya lagi, ujian DNA turut dilakukan oleh seorang pakar di sebuah hospital di Kuantan dan ternyata selepas dinilai darah bayi itu bukan dari kategori darah manusia. “Bukan darah B, bukan B+ ataupun O, darah budak itu tadi bukan darah manusia, pakar di Kuantan yang telah sahkan perkara ini. “Apa yang nak diceritakan di sini sebenarnya, ketika zaman nabi Isa A.S, maknya Mariam juga seorang wanita yang mengandungkan baginda tanpa suami dan tanpa melakukan hubungan intim, ini semua kuasa Allah dan ingin buktikan tentang mukjizat. “Namun dalam zaman ini, ia bukan satu mukjizat tetapi definisinya adalah dunia akhir zaman, ini tanda akhir zaman, tidak mustahil bagi Allah untuk tunjukkan kisah ini,” jelasnya. Sumber: Kosmo! Online |
DayangKirana replied at 16-11-2023 03:39 PM
nak merepek pon agak2 la..