Susulan kenyataan isteri Mawi, Ekin Rahmat terhadap sebuah gerai menjual makanan laut yang dikunjungi bersama keluarga baru-baru ini, pemilik gerai berkenaan tampil memberi kenyataan. Pemilik Dol Mat Seafood, memperincikan menu yang telah dipesan oleh Ekin untuk 20 orang makan, termasuk pecahan harga bagi setiap lauk yang dipesan selain dua ekor ikan.
“Assalammualaikum, Mak Cik owner gerai No. 14 Dol Mat Seafood. Tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan. “Pada 30 September, waktu petang mereka datang ke kedai Mak Cik dalam 20 orang termasuk kanak-kanak. Di sini Mak Cik ingin senaraikan makanan yang di makan,” katanya. Nasi putih 4 hidang, 1 hidang untuk 5 orang makan (RM10) x 4 = RM40 Baby Kailan 3 hidang, 1 hidang untuk 3 orang makan (RM18) x 3 = RM54
Pari Bakar 3 hidang, 1.8 kilogram, RM9 setiap 100 gram = RM162 Siakap Tiga Rasa 2 ekor, 1 ekor RM48 x 2 = RM96 Siakap Stim bernilai RM48 Wanita itu turut membidas kenyataan Ekin yang hanya memesan dua ekor ikan sahaja. “Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja, sebenarnya total makan 6 hidang,” ujarnya. Berikut merupakan sambungan menu yang dipesan oleh Ekin: Udang Butter 3 hidang, 1.6 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM14 = RM224 Sotong Tepung 3 hidang, 1.6 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM9 = RM144 Ketam Cili 1 hidang ada dua ekor, berat 1.5 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM9 = RM135 Ketam Telur Masin 1 hidang dua ekor, berat 1.5 kilogram, setiap 100 gram bernilai RM9 setiap = RM135 Telur dadar 5 hidang, 1 hidang 3 biji RM6 = RM30 Siput Gonggong satu pek RM30 Minuman dan otak-otak = RM162 Perincian harga membawa jumlah yang dibayar Ekin iaitu RM1,260. Sebelum mengakhiri videonya, wanita tersebut berkata: “Ini adalah details harga makanan yang dimakan pada hari itu. Kalau belum jelas boleh datang jumpa Mak Cik,” tutupnya. -CARI Sumber: Gempak
|
BellaThePrinces replied at 5-10-2023 10:25 AM
bagus makcik ni..elok aja dia terangkan..takde cari gaduh pun..
kan menteri dah pesan jangan makan ...
Dolmat replied at 5-10-2023 02:23 AM
Retis.. pakai berbranded sampai jatuh nama branded tu. Bab makan jadi darah daging berkira! Aper ny ...
vanillaninja replied at 5-10-2023 10:57 AM
Branded apanya. Bukan authentic pun
menjad replied at 5-10-2023 10:45 AM
lor sebut 2 ikan jer. ni siap binatang lain pun ada
ketam, sotong nih semua binatang harga mahal kot ...
epiquecity04 replied at 5-10-2023 10:37 AM
lerr..satu kepala RM63 ok la tu...dah la makan ketam. ingat ketam murah ke? minum nak manis2 aje. ma ...
ADVERTISEMENT