CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Sebak Tengok Pasangan Warga Emas Jadi Rider Hantar Makanan

4-10-2023 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8600| Komen: 81

PETALING JAYA – Orang ramai sebak melihat kegigihan sepasang warga emas menunggang motosikal menjadi rider menghantar makanan.

Si isteri dilihat membonceng motosikal suaminya dan menunggu dengan tenang.




Seorang pengguna media sosial @SeRRA, menyatakan, 

“Saya kenal pak cik ini. Mereka selalu bersama dan suaminya itu sering memakaikan topi keledar kepada isterinya."

“Di TikTok ini boleh lihat kesulitan untuk kelangsungan hidup yang dihadapi rakyat Malaysia. Semoga mereka dikurniakan rezeki yang tidak putus seperti air zam zam,” komen seorang netizen.


Bagaimanapun, video berdurasi 11 saat itu juga memperlihatkan netizen meluahkan rasa berang membiarkan orang tua itu menunggu lama.


“Kita ni kalau membuat pesanan Grab, turunlah awal untuk ambil makanan. Kadang-kadang kesian juga penghantar pesan Grab tunggu kita lama,” komen netizen.

“Walaupun kosong, tapi bag Grab tu berat tau,” kata seorang lagi pengguna. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 4-10-2023 04:52 PM
iols kalau terturun lmbt or at least 5mins lmbt and rider kena tggu, iols jadikan habit utk bagi tips and keep saying sorry. semoga makcik pakcik dikurniakan kesihatan yg baik.
Quote dua_chzy 4-10-2023 04:55 PM
Mentalnya rakyat Malaysia benda gini pun nak sebak. Masa kecik2 tak pernah tengok orang tua kerja mebanting tulang di bendang ke? Dah tu acik cleaner kat opis kau yang dah tua tu, kau tak rasa sebak tengok dia kerja? Ntah hapa2 la menda tular sekarang ini.
Quote krustykrab 4-10-2023 05:15 PM
dua_chzy replied at 4-10-2023 04:55 PM
Mentalnya rakyat Malaysia benda gini pun nak sebak. Masa kecik2 tak pernah tengok orang tua kerja me ...

Tu lah. Bila org tu mengemis tau pulak nk kecam. Org tua tu buat keje halal dok pi rakam pulak, sebarkan muka. Kalau aku jd orgtua ni saman je ratus ribu. Senang tak payah dh jadi rider.
Quote prettyuglybabe 4-10-2023 05:47 PM
selagi ada kudrat biar la dorang kerja..
kira bagus la tu dorang rajin cari duit sendiri..
dari minta duit or harap anak-anak je tanggung segala, kena kata dek anak menantu pulak..
Quote LesterCoulsons 4-10-2023 05:49 PM
I agree about the cheese with krustykrab
Quote vespa_oren 4-10-2023 07:09 PM
Pernah terfikir jiks usia dah 60+, kwsp dah habis atau tiads kwsp, mcm manalah nk terus hidup, jika kerja ada org nk k
Nie pensngan tgk finsncisl faiz lah ini
Quote Skuau 4-10-2023 07:11 PM
Edited by Skuau at 4-10-2023 07:15 PM

dah pakcik makcik ni zaman belia remaja drng...bukan zaman gaji minima.Kerja 8 jam mcm bdk sekrang  pon..(8 jam bersamaan 1 jam tu 60 minit@dulu dan skrng sama jer)tetapi kadar upah sgt berbeza iaitu.... rm800++ di semenanjung,rm450 di Sabah dan Swak.
                        
Quote edayildiz 4-10-2023 07:15 PM
i kalau order mkn since i dk tingkat 18..so i akn ckp kt rider letak je kt meja dpn guard..guard ada kt lobi..so nnti i akan turun slow sikit so xsempat jmpa pun dorg
Quote renko 4-10-2023 07:55 PM
Tah2 org tua tu yabg sebak tengok kau oder makann biasa2 je
Silap2 dia lagi kaya dr malaun sikit2 sebak ni
Quote brego 4-10-2023 09:01 PM
10 tahun akan datang,
ini akan jadi pemandangan biasa

uncle dan atok2 jadi food rider
epf tak cukop tampung belanje
Quote brego 4-10-2023 09:02 PM
Edited by brego at 4-10-2023 10:08 PM
dua_chzy replied at 4-10-2023 04:55 PM
Mentalnya rakyat Malaysia benda gini pun nak sebak. Masa kecik2 tak pernah tengok orang tua kerja me ...

entah nya

otw balik tadi nampak aunty cina tolak basikal kat taman perumahan
nampak kotak2 atas basikal
masih kerja jam 8 malam lebih

ini jaman majority org ramai jer struggle
Quote Suchi 4-10-2023 09:04 PM
Edited by Suchi at 4-10-2023 09:10 PM

Iols nnt umur gini pun kena keja lagi sbb loan umah mana la abis lagi.
Moga masih sihat ler, ada susuk lutut ke weh
Jujurnya iols takut nak hadap hidup sbg warga emas nnt
Lainla malaysia ni byk duit leh bg elaun pada warga emas.
Rasa mcm nak pergi awal je,pergi masa masih ada pekerjaan, masa masih cukup mkn minum.
Pergi sama2 ngn anak2 semua.
Quote felinecat 4-10-2023 09:27 PM
Kira ok la bekerja.. Dari org muda kt media sosial sekarg senang je minta duit
Quote JunkMail 4-10-2023 09:51 PM
Suchi replied at 4-10-2023 09:04 PM
Iols nnt umur gini pun kena keja lagi sbb loan umah mana la abis lagi.
Moga masih sihat ler, ada sus ...

Lain macam ni kaka..nak pergi dgn anak anak sekali.
Anak² tu biarlah meneruskan hidup. Kita dah tua harap mati cepat takyah terlantar menyusahkan orang cukuplah.
Quote gam_gajah 4-10-2023 09:53 PM
Suchi replied at 4-10-2023 09:04 PM
Iols nnt umur gini pun kena keja lagi sbb loan umah mana la abis lagi.
Moga masih sihat ler, ada sus ...

Iols mmg tak doa umur panjang sbb takut bila hidup lama, duit makin byk nak guna, badan makin tak sihat & akan makin bergantung pada anak. Wpun ada epf & insuran tapi masa depan mana kita tau kan. Harapnya sebelum umur 60 iols dah padam ler. Tgk warga2 emas surrounding iols mmg menguji hidup spouse & anak2 dgn kesihatan diorang makin melarat & perangai pun makin mencabar caretaker
Quote dua_chzy 4-10-2023 10:24 PM
Edited by dua_chzy at 4-10-2023 02:26 PM
brego replied at 4-10-2023 01:02 PM
entah nya

otw balik tadi nampak aunty cina tolak basikal kat taman perumahan


Masa aku remaja dulu ada sorang lelaki Cina di daerah aku travel berkilometer2 sehari on foot semata2 untuk kumpul besi buruk dan tin kosong. Tiap hari aku akan nampak dia masa aku otw pi sekolah jalan kaki turun naik bukit kat area pekan daerah aku. Lebih 5km juga dia jalan kaki ulang alik aku rasa.

Masa kat U, aku biasa tengok orang Cina sebelah pagi kerja di food court A, sebelah petang hingga ke tengah malam, kerja di food court B. Bila masa ntah dia rehat, aku pun tak tau.

Dari dulu lagi ramai manusia struggle nak hidup. Antara kita perasan ja atau idok.
Quote ninja boy 4-10-2023 10:42 PM
kalau ada org tua2 niaga aku beli je, sbb majikan susah ambil org tua bekerja,
Quote jfq 4-10-2023 10:57 PM
Sikit2 sebak
Sikit2 sebak
Quote FlexyFox 4-10-2023 11:02 PM
Suchi replied at 4-10-2023 09:04 PM
Iols nnt umur gini pun kena keja lagi sbb loan umah mana la abis lagi.
Moga masih sihat ler, ada sus ...

Jgn cakap macam tu Suchi, cakap nak pergi dan dgn anak2 tu sekali. InsyaAllah, you beringat dari awal ni tak apa2 nanti. Kerja elok2, tawakkal, ingat Allah selalu, Dia akan permudahkan. You'll be fine, insyaallah.

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.053380 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top