CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tom Pernah Bekerja Lebih Teruk Sewaktu Hamil- "Saya Menyanyi Lebih 25 Lagu Di Kelab Sambil Memakai Kasut Tumit Tinggi"

4-10-2023 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4864| Komen: 22

Kandungan masuk lima bulan, Tom dan suaminya Fuad Rahman semakin teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka.

Tom kata dia masih lagi mengalami alahan tapi tidak seteruk sebelum ini.


Foto: IG

"Alahan sepatutnya sudah habis. Tapi tiba-tiba datang balik tapi tak seteruk dulu. Dulu memang muntah lebih 10 kali. Sekarang muntah sehari sekali, kadang-kadang tak muntah langsung.

"Tapi kalau makan saja akan tersekat di dada, jadi 'heart burn'. Itu yang paling azab, kan hamil selalu kena macam itu. Saya pun memang ada gastrik. Bergantung macam-macam ubatlah di rumah," katanya kepada Harian Metro.



Fuad atau nama sebenarnya Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, mengakui dia paling teruja selepas sekian lama tidak merasai momen menjadi bapa. Mengenai jantina bayi, mereka belum mengetahuinya.

"Memang terujalah. Sudah lama sangat, 18 tahun (tak timang anak). Persiapan kami sasarkan bila (kandungan) enam bulan, saya mula beli barang-barang bayi semua.

"Kami tak kisahlah (jantina), apa yang Allah berikan, kami terima seadanya. Asalkan sihat saja," katanya.



Pasangan itu bakal berentap dalam program Famili Duo musim ketiga (FD3) yang bermula 15 Oktober di TV3. Menurut Tom, dia yakin masih ada kekuatan bertanding meskipun sedang hamil.

"Sebelum ini saya pernah bekerja lebih teruk sewaktu hamil. Saya menyanyi lebih 25 lagu di kelab sambil memakai kasut tumit tinggi. Jadi, saya percaya mampu lakukannya untuk program ini juga," katanya.



Fuad dan Tom bernikah di Batam, Indonesia pada 26 Februari lalu.

Tom sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan itu dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 4-10-2023 02:38 PM
Tom sekarang dah tai tai, dapat sauk laki kaya

Kikis habis-habis ye tom, perangai kaki kikis tu jgn tunjuk sangat
Quote jlo 4-10-2023 02:39 PM
fuad tu kaya eh
Quote pembacagosip 4-10-2023 02:42 PM
masih x faham
knpe tb3 amik couple ni
Quote bulalof 4-10-2023 02:46 PM
masih tinggal di sphere, prima damansara kah?
Quote bulalof 4-10-2023 02:46 PM
masih tinggal di sphere, prima damansara kah?
Quote manehnya 4-10-2023 02:57 PM
dewi_rina replied at 4-10-2023 02:38 PM
Tom sekarang dah tai tai, dapat sauk laki kaya

Kikis habis-habis ye tom, perangai kaki kikis tu jgn ...

kaya ke laki tu...
Quote alieyrina 4-10-2023 03:22 PM
Kessah pulakkk
Quote chekacheku 4-10-2023 03:23 PM
Ada vibes2 IK la tom ni
Quote dewi_rina 4-10-2023 04:04 PM
bulalof replied at 4-10-2023 06:46 AM
masih tinggal di sphere, prima damansara kah?

Masih, selalu berjalan bawah rumah..
Quote dewi_rina 4-10-2023 04:05 PM

Kaya chuols, lepas show singapore terus berjalan serata singapore
Bawak duit sana masuk sini lagi kaya.. Kira kaya lah lagi2 sejak join ifa pukpuk
Terus dari kete sewa myvi terus tukar kereta merc
Quote Hoshhi 4-10-2023 09:26 PM
Aku tengok couple ni rasa geli lah
Quote Carcosa 4-10-2023 11:19 PM
Kemain gambar yg 1st tu edit flawless muka masing2. Pdhal muka sebenar sekor2, mcm penyapu lidi. Geli tgk diorang ni mcm tak mandi
Quote Hoshhi 5-10-2023 12:20 AM
Carcosa replied at 4-10-2023 11:19 PM
Kemain gambar yg 1st tu edit flawless muka masing2. Pdhal muka sebenar sekor2, mcm penyapu lidi. Gel ...

Penyapu lidi terus ya chuols
Quote Lula2 5-10-2023 12:43 AM
dewi_rina replied at 4-10-2023 04:05 PM
Kaya chuols, lepas show singapore terus berjalan serata singapore
Bawak duit sana masuk sini lagi  ...

Singapore tu besar mana sangat lah. Day trip pun habis pusing.
Quote Perawankota 5-10-2023 02:15 AM
Kaya Sgt ke FR ni?
Quote September14 5-10-2023 03:20 AM
Mcmne la kepom leh gedik dgn fuad nih
Quote Burong_Hantuk 5-10-2023 08:20 AM
so what?????
Quote maharani_gebu 5-10-2023 09:20 AM
September14 replied at 5-10-2023 03:20 AM
Mcmne la kepom leh gedik dgn fuad nih

Fuad ni stok bad boy lar...
Quote maharani_gebu 5-10-2023 09:20 AM
September14 replied at 5-10-2023 03:20 AM
Mcmne la kepom leh gedik dgn fuad nih

Fuad ni stok bad boy lar...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.069683 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top