CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Stres Kena Hon Sepanjang Jalan, Rupanya Kena 'Prank' Hari Jadi

4-10-2023 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5032| Komen: 32

Kuala Lumpur: "Hari ini hari jadi saya. Sila hon tiga kali untuk ucapan hari jadi," tulisan pada nota yang ditampal Siti Nur Izzah Anuar, 25, untuk membuat 'prank' terhadap rakan sekerjanya, Dewi Idayu Husain, 41, sempena ulang tahun kelahirannya.


Izzah berkata, nota yang ditampal di belakang kereta Idayu itu adalah perancangan saat akhir bersama seorang lagi rakannya, Wahidah.



"Awalnya nak sambut di pejabat saja. Kami nak lekatkan gambar dia (Idayu) dekat pintu pejabat, jadi nanti kakitangan akan bagi ucapan. 'Prank' hon ni cuma 'plan B', tak sangka Wahidah pun okay dan suka.

"Pada mulanya takut kalau tiada siapa hon atau orang beritahu dia ada kertas di belakang kereta. Mujur sewaktu saya tampal tu, Idayu dah dalam kereta. Masa di parkir lagi ada orang yang dah mula hon.

"Jadi, saya dan Wahidah minta Idayu untuk pusing jalan jauh sebelum sampai tempat kami nak sambut di Secret Recipe, Aeon Seremban 2. Kami bagi alasan nak singgah kedai di Centrio Seremban 2," katanya.


Sepanjang perjalanan ke destinasi dituju, Idayu yang memandu berasa tertekan kerana dihon banyak kereta dan motosikal.

Menurutnya, Idayu tertanya-tanya adakah tayar keretanya bermasalah atau ada perkara lain.

"Dia memang tak suka kena hon dan dia pun tak suka hon orang. Itu yang dia 'stress' bila orang asyik hon dia. Dia tanya tayar dia kenapa? Kami jawab okay saja, sebab sebelum tu saya letak barang di bonet kereta. Selepas tu saya kata mungkin tali beg komputer riba terkeluar.

"Dia kemudiannya nak berhentikan kereta, tapi kami cakap tak perlu. Sebenarnya risau juga kalau dia berhenti awal sangat, sebab masa tu tak banyak lagi yang hon.

"Jadi, setiap kali dapat hon, dia marah. Masa tu juga saya cakap jangan marah sebab alasan nak buat video vlog sempena hari jadinya," katanya.

Menurutnya, Idayu hanya mengetahui dirinya menjadi mangsa 'prank' setibanya di lokasi dituju.

"Bos kami, Sahrol Nizam yang tunggu di situ pun tergelak melihat reaksi Idayu. Apa pun, 'prank' kami berjaya dan tak kantoi," katanya.

Video yang dimuat naik sejak semalam di akaun TikTok Izzah itu sudah mencecah 2.3 juta tontonan.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 4-10-2023 02:09 PM
Bidio mana bidio????
Quote KamikuP 4-10-2023 02:26 PM
Nak tau kawan dia lekat tu guna gam apa? Tak tercabut cat ke nanti? huhuhu
Quote seri_mawr 4-10-2023 02:28 PM
rakyat malaysia mmg sporting....

Quote bulalof 4-10-2023 02:29 PM
prank bodoh.
Quote tungkai 4-10-2023 02:59 PM
Tolong jgn normalize kan benda2 prank ni boleh tak?
Quote ketupatnasi 4-10-2023 03:05 PM
bonet...bonet...bonet..bonet.
kalau tade gambar muskil gak mikior....takan tak nampak kalo tampal kat bonet. pastu cemana nak hon plak masa potong.
Quote Burong_Hantuk 4-10-2023 03:11 PM
dah x ada benda lain ke nk buat??
Quote Sazreena 4-10-2023 03:28 PM
Dibuatnya jenis melatah..xke naya.
Quote Cyempaka 4-10-2023 04:21 PM
Kwn attention seeker. Kenakan kwn demi content. Semoga aku dijauhkan dr kwn bodo2 begini.
Quote jejaka_hensem 4-10-2023 04:28 PM
Best ada member camni,xde la stress 24jam mcm acik2 forum
Quote antikorok 4-10-2023 04:29 PM
Video prank itteww

[tiktok]7285658333137112321[/tiktok]
Quote acikhan 4-10-2023 04:36 PM
best nyer, tingin Ade member wat cmnie...oh next months besday haku
Quote BoongaKertas 4-10-2023 05:15 PM
hahaha! kalau iols yg kena, iols hon balik. pastu bila dh tahu kebenaran, aku akan malu sendirian lepastu. tlg lah jgn buat prank ni gais.
Quote tumpanglalu74 4-10-2023 08:45 PM
Prank ke kes trafik?  @PDRM
Quote noor2 4-10-2023 09:32 PM
Dah kawin ke belum idayu ni....selamat hari jd ke 41
Quote ChildrenOfBodom 4-10-2023 09:34 PM
Siti nur izzah annuar,

Sialnya nama, lenkali buat la prank liwat2
Quote limesherbet 4-10-2023 10:20 PM
Kalau org yg buat camtu suami i, i dah jatuhkan talak 3......ehhhhh
Quote dua_chzy 4-10-2023 10:41 PM
jejaka_hensem replied at 4-10-2023 08:28 AM
Best ada member camni,xde la stress 24jam mcm acik2 forum

Setuju. Kalau memba aiols buat gini aiols blanja dia makan sampai pinsan.
Quote che-cikL 4-10-2023 10:47 PM
Prank macam ni mmg menyakitkan hati, boleh hilang mood mengamuk.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.064639 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top