CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kurus Sebab Rajin Hiking Bukan Tertekan, Kes Amang Seksual Tak Halang PU Azman Terus Aktif Beri Ceramah

4-10-2023 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4550| Komen: 21

Walaupun sedang berdepan pelbagai tuduhan jenayah seksual, PU Azman masih bergiat aktif memenuhi undangan program ceramah.

Katanya dia masih menjalani kehidupan seperti biasa termasuk membuat perkongsian berkaitan hal agama di media sosial miliknya.



Foto: mStar

"Perkembangan terkini seperti biasa... Saya masih menerima jemputan ceramah.

"Kebanyakan program ceramah dilakukan di Perak dan saya juga masih buat content di media sosial seperti biasa.

"Dalam situasi seperti ini, saya dah tak fikirkan apa-apa," katanya kepada mStar.

Azman berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sebutan kes amang seksual melibatkannya di Mahkamah Sesyen Ampang pada pagi Rabu.

Fizikalnya kelihatan kurus bukan disebabkan tertekan dengan kes dihadapinya tetapi aktif melakukan aktiviti fizikal seperti mendaki bukit dan gunung.

“Selebihnya saya melakukan aktiviti-aktiviti bersifat peribadi seperti hiking... itu yang nampak kurus sikit,” ujarnya.

Pada sebutan kes tersebut, Hakim Norhazani Hamzah menetapkan pertuduhan kes amang seksual melibatkan Azman di Mahkamah Sesyen Klang dibicarakan serentak dengan kes di Mahkamah Sesyen Ampang.

Mahkamah menetapkan 8, 9, 23, 29 dan 30 Mei 2024 sebagai tarikh perbicaraan.

Untuk rekod, Azman menghadapi 12 pertuduhan iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, empat kes di Mahkamah Majistret dan Sesyen Klang, satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ampang serta dua kes di Mahkamah Shah Alam. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 4-10-2023 01:42 PM
Kulit tebal lattew namenye..
Quote beautifulorchid 4-10-2023 01:47 PM
Geli weh.... 12 pertuduhan.. ko dgn tak malu masih tayang diri
Quote syamzana 4-10-2023 01:56 PM
ade ke org pggl ceramah lagi??? ape ke ngok org yg pggl tu, dok dlm hutan or husnudzon tahap tertinggi???
Quote silampumeja 4-10-2023 01:58 PM
Tu mungkin salah satu cara dia jugak melawan kehendak yg salah dalam diri tu
Quote salimrock 4-10-2023 02:17 PM
dulu masa asrama, ada budak kantoi bawa majalah blue...

pasti warden sound,

sapa ada buat benda ni, korang baik buang, sebelum kena tangkap...

budak yg kena tangkap tu tobat tak buat,( kt asrama ), pelajar2 yg tak kantoi ada yg masih buat sebab tak kantoi dan ada yg stop sebelum kantoi..


dia ada 12 pertuduhan

maksud nya dia tak berhenti melakukan nya selagi tak kantoi..

bayangkan kalo tak kantoi, buat lagi, buat lagi...( kalo betul dia melakukan nya la..)

kalo ada pihak fitnah dia, pihak itu lah yg berdoza
Quote dua_chzy 4-10-2023 02:21 PM
Waaah reallllyyyy aaaaahhh

How fakap our world is.
Quote dua_chzy 4-10-2023 02:22 PM
So gais, learn from this. Kalau kau jantan, kau buat hal, apa2 hal la - potensi terlepas 100% ok. No one cares.

Cer kalau kau pompuan kau buat gini. Terus banned for life!
Quote rospinki 4-10-2023 02:29 PM
skrg jadi trend hiking
org pegi hiking sbab nk raso2 jah bukan nk tiap minggu berhiking
baik duk umah goyang kaki smbil lek2
Quote rospinki 4-10-2023 02:29 PM
oo sapa ni? muka mcm sempundal jah
Quote margo20 4-10-2023 03:03 PM
Eleh kalau berani buka la komen dkt ig
Quote Burong_Hantuk 4-10-2023 03:12 PM
muka tu dah hampir sama mcmk sotong
Quote darkness 4-10-2023 03:30 PM
Dia nak buat mcm ebit liew la tu. Dgn harapan lama2 org lupa
Quote LoveSungmin 4-10-2023 03:34 PM
eeewwww sungguh tak malu dia ni
Quote apalancut 5-10-2023 12:25 AM
saja nak tanya, dalam hal ni, dia masih layak ke nak berceramah???
Quote prince_marhaen 5-10-2023 09:53 AM
Biasalahhhh....trend nonok-nonok sekarang....hiking sambil-sambil cuci mata tengok body solid molid hikers lain kan....taktik lama la che'man..... kakak-kakak denial begitulah... ponen kena berbadan langsing gittew.. hahaha
Quote IvyGorgon 5-10-2023 12:36 PM
Ehhh macam mana org boleh selera nak panggil dia ceramah lagi? Come on lah weiii jgn indenial sgt boleh takkk
Quote IvyGorgon 5-10-2023 12:37 PM
apalancut replied at 5-10-2023 12:25 AM
saja nak tanya, dalam hal ni, dia masih layak ke nak berceramah???

Itulah kalau nak berceramah kan kena ada tauliah, negeri mana lah yang bangang abadi niii
Quote SweetRehan 5-10-2023 12:41 PM
Taggal je la kopiah tu ... jijik menengoknya
Quote Suchi 5-10-2023 01:41 PM
Dia ni dulu sekolah asrama ke?
Anak2 kena ehem2 kat asrama, mesti nnt akan ehem2 anak org lain plak
Begitula kitaran ni akan terus berterusan.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.033673 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top