CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Insiden Tembakan Di Siam Paragon: Suspek Dengar Bisikan Suruh Tembak Orang

4-10-2023 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5907| Komen: 26

Suspek insiden tembakan di Siam Paragon Bangkok, pada petang Selasa mendakwa dirinya terdengar bisikan yang memberitahunya supaya 'menembak orang'.

Ketua Polis Negara, Jeneral Torsak Sukvimol berkata, suspek yang merupakan seorang remaja berusia 14 tahun itu juga kelihatan berada 'dalam keadaan keliru' ketika disoal siasat di Balai Polis Pathumwan.


Menurut Torsak, remaja bawah umur tersebut pernah menjalani rawatan kesihatan mental di Hospital Rajavithi.

Foto: The Sun Daily

Siasatan polis mendedahkan, remaja itu memasuki pusat beli-belah Siam Paragon melalui BTS Link pada pukul 3.35 petang (waktu tempatan).

Rakaman daripada kamera keselamatan menunjukkan suspek membawa beg sandang semasa berjalan ke tingkat M dan lima minit kemudian masuk ke tandas.

Bunyi tembakan kedengaran dari tandas pada pukul 4.10 petang, dan remaja itu kemudian keluar dan terus melepaskan tembakan.


Pada pukul 4.25 petang, dia naik ke tingkat dua sambil melepaskan tembakan dan menuju ke tingkat tiga.

Suspek berjaya ditahan polis di dalam kedai perabot di tingkat tiga.

Suspek merupakan pelajar di sebuah sekolah swasta di Bangkok dan ibu bapanya merupakan tenaga akademik bergelar Profesor.

Ketika polis menggeledah bilik di kediamannya, polis menemukan beberapa peluru termasuk 49 peluru 9mm dan 15 kelongsong peluru pelbagai saiz.

Hasil pemeriksaan telefon bimbitnya, polis menemui video dia berlatih menggunakan senjata api.

Insiden tembakan tersebut mengorbankan dua nyawa, masing-masing merupakan wanita warga China dan warga Myanmar. -CARI

Sumber: mStar/Bangkokpost

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 4-10-2023 12:11 PM
Bisikan sore sore halus...

Mohon @MatDeghem masuk mengadap utk beri sepatah dua kata....

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote asamfish 4-10-2023 12:28 PM
budak ni org thai or an expat?
Quote KirazMevsimi 4-10-2023 01:03 PM
tak padan ngn mukaaaa eh. umur pun baru 14. yang bukan bukan kau dikkk. mohon dijauhkan. seram dengan kejadian camni

tapi tula, dah ada rekod rawatan mental kat hospital. mak bapak pun kerja elok. dugaan
Quote KirazMevsimi 4-10-2023 01:03 PM
takziah buat semua yang terlibat. mesti trauma
Quote Lolalala 4-10-2023 01:07 PM
Aiyoooo 14y dah boleh dapat pistol. Mana ko dapat dik??
Quote kucingitam 4-10-2023 01:13 PM
stress kena belajar ke dik
Quote Despacito 4-10-2023 01:18 PM
Lolalala replied at 4-10-2023 01:07 PM
Aiyoooo 14y dah boleh dapat pistol. Mana ko dapat dik??

Byk jer org jual pistol kat Bangkok tu, kat pasar tu ada kedainya.
Quote tumpanglalu74 4-10-2023 01:48 PM
kucingitam replied at 4-10-2023 01:13 PM
stress kena belajar ke dik

76108979-12588011-image-a-132_1696333137405.jpg

Pengaruh videogame lattew..
Quote batu kikir 4-10-2023 01:51 PM
Buat apa lah tangkap dan bicara budak tu
Lepaskan satu peluru kat kepala dia ada juga faedahnya.
Quote AbukRokok 4-10-2023 02:48 PM
mcm sama je mcm kat mesia
Quote babelina 4-10-2023 02:51 PM
senang jer ko dpt senjata bagai..
Quote honeybee1802 4-10-2023 03:02 PM
tumpanglalu74 replied at 4-10-2023 01:48 PM
Pengaruh videogame lattew..

Depression due excessive gaming addiction hagak ya...dah merebak ke bdk siam plak peel...
Quote stingergrumpy 4-10-2023 03:08 PM
honeybee1802 replied at 4-10-2023 03:02 PM
Depression due excessive gaming addiction hagak ya...dah merebak ke bdk siam plak peel...


Aku harap timoh patah al kejong pun dikawal masanyer dgn ipad...walau tika ini takda isu gaming sekadar menonton bideo ....kerana acapkali sesambil makan pun dak timoh asyik dgn ipad dan apak pulak sibuk dgn hp...

Scary.....

Ini bukan fitnah tapi realiti dan sekadar peringatan....

@MatDeghem
Quote sharlenetexas 4-10-2023 03:41 PM
tumpanglalu74 replied at 4-10-2023 01:48 PM
Pengaruh videogame lattew..

Ingatkan beksin.

Quote jazaa100 4-10-2023 04:18 PM
batu kikir replied at 4-10-2023 01:51 PM
Buat apa lah tangkap dan bicara budak tu
Lepaskan satu peluru kat kepala dia ada juga faedahnya.

Kannn....

Kesian dua org yg mati tu...
Anak hilang mak.....mak hilang anak

Org ncm dia ni mati, tak de org yg terkesan pun
Quote antikorok 4-10-2023 04:20 PM
Haaaa, inilah dia Siam tempat pojaan hati ummah porum dan ummah tanah ayer huntok cikcur berjalan makan angin healing2 gaytuhhh

B*noh sana, b*mb sini, temb*k situ, biasa gaytuhhhh
Quote fazzrules 4-10-2023 05:22 PM
Banyak sangat layan first person shooter game budak ni..dandan dgr suara suruh tembak org..saka nangnak merasuki jasmani ko dek?
Quote doridori_hi 4-10-2023 05:35 PM
Dah tersebar video dia berlatih menembak, mcm dah pro jah...
Quote nadie90 4-10-2023 06:38 PM
Budak ni pernah tgk filem Police Story 2 ka....kejadian menyerupai filem tu sgt

Takziah buat keluarga mangsa2 tembakan

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.314700 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top