CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bad Indigo Terpaksa PJJ Sebab Kekasih Di Oversea- "Kami Masing-Masing Setia, Tak Pernah Bergaduh Atau Ada Salah Faham"

4-10-2023 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14825| Komen: 157

Bad Indigo, 48, mengakui dia dan kekasihnya, RDM masing-masing tabah mengharungi perhubungan cinta jarak jauh.

Kata Bad kekasihnya yang berusia awal 30-an itu menetap dan bekerja di luar negara dan keadaan itu menyebabkan kedua-dua mereka jarang bertemu muka.


Foto: IG

“Siapa kata dia tak ada, ada. Cuma tak ada di sini sebab dia berada jauh di luar negara. Kami menjalani hubungan cinta jarak jauh jadi pada kebanyakan masa memang hanya berbual menerusi panggilan telefon atau video sahaja.

“Mak, kakak dan anak-anak saya pun macam itu, berbual dengan si dia menerusi panggilan video sahaja.

“Sebelum ini adalah juga kami berjumpa bila dia ada di sini, tetapi jumpa pun rahsia-rahsia. Saya memang tak mahu dedahkan siapa dia, sekurang-kurangnya pada waktu ini,”katanya kepada Utusan.



Menurut Bad lagi, meskipun dia berjauhan dengan kekasih, namun itu bukan penghalang untuk kedua-dua mereka setia.

Kata Bad, sepanjang setahun lebih usia perkenalan mereka, dia dan teman wanitanya itu tidak pernah bergaduh atau berselisih faham.



“Alhamdulillah kami ini tak pernah bergaduh. Biasanya orang kata kalau cinta jarak jauh ini akan ada banyak pergaduhan, tetapi tak terjadi pada kami.

“Kesetiaan juga tiada masalah. Sebabnya begini, senang saja, kalau saya setia, saya boleh rasa sama ada pasangan itu pun setia atau tidak. Kalau tak setia, dan hubungan asyik dengan tanda tanya, itu bermakna kita pun buat perkara yang serupa.

“Kalaupun berlaku perihal tak setia itu, kita fikir positif sahaja. Itu bermakna Allah SWT sayangkan kita dan mahu melindungi kita daripada perkara yang tak sewajarnya,”katanya.


Menyifatkan RDM sebagai wanita terbaik untuknya buat masa ini, jelas Bad, dia tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti wanita itu pada khalayak umum sehingga hari bahagia mereka tiba kelak.

“Orang cakap saya halusinasi sebab tak pernah tunjuk siapa kekasih saya. Sekarang ini, jujurnya hanya segelintir orang terdekat saya sahaja yang tahu.


“Biarlah kami bercinta sembunyi-sembunyi dulu, sebab saya tak mahu dia kena kecam. Iyalah, saya ini tua, cacat, orang kata dia lebih layak dengan orang lain dan sebagainya. Itu tohmahan yang diterima dia walaupun tidak saya tunjukkan siapa dirinya.

“Bayangkan kalau orang tahu dan kenal dia? Lagi banyak kecaman datang rasanya. Tak apalah, biarlah orang nak cakap apa pun nanti bila tiba hari bahagia kami, saya akan dedahkan juga siapa dia,”katanya.



Dalam pada itu, kata Bad, dia dan kekasihnya bagaimanapun tidak merancang atau terlalu terburu-buru dalam soal mendirikan rumah tangga.

Meskipun sentiasa bersedia, Bad bagaimanapun percaya sekiranya semua urusan dipermudahkan Tuhan, maka berita mengenai perkahwinan mereka itu kelak akan dikongsikan kepada umum.



Untuk rekod, Bad mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 selepas mereka mula rapat ketika bergelar peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Tetapi selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, pasangan itu diduga dengan masalah kesihatan Bad yang menghidap diabetes sehingga perlu memotong semua jari kaki kirinya.




Jodoh tidak panjang, mereka mengesahkan sudah bercerai pada 23 Jun lalu tanpa berkongsi lanjut punca perpisahan tersebut. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Glass_shoes 4-10-2023 11:24 AM
Nak tunggu komen acik porem je
Quote Burong_Hantuk 4-10-2023 11:30 AM
     
Quote wannoorazlina 4-10-2023 11:31 AM
RDM tu apo? Ratu Dari Mimpi ke?
Quote MeowPARSI 4-10-2023 11:32 AM
Mental ke huwaaaaa
Quote deebiz14 4-10-2023 11:39 AM
Ye ye orhhh je diek ni.
Becinta sembunyi-sembunyi tapi berantai gak ko nak justify bagai.


Quote danedzya 4-10-2023 11:43 AM
Halunisasi Pakcik Bad ni... Dia rasa dia sempurna agaknyaa...  tak boleh move onn dgn bekas isteri dia ashira yg dah makin seksindan  dah ada boyfriend mida. sapa boleh korek bagi terbongkar.
Quote Pujangga22 4-10-2023 11:46 AM
geng pak jeriii
Quote MistrezHermanaz 4-10-2023 11:46 AM
yg video kt kedai buku tu..perlu ke nk mention nama penuh bad tu..mcm dibuat2 je..pastu video call dgn anak2 tu mmcm depa selfie je hahahahah
Quote DeLuna85 4-10-2023 11:48 AM
Oversea mana. Singapore ke. Opis dia duduk tu pun mcm meja2 opis Malaysia ja.
Quote Kentot_Wangi 4-10-2023 11:49 AM
Rembat mne la pic prmpn tu. Hahaha
Quote rainbowrainz 4-10-2023 11:51 AM
Bang ko dah kenapa ye..mencari Allah lah sebaik2nya..parohhh dah yinnih...iols Tau Abg sunyikkk...dalam sanaaa lagiiii sunyikkk ditemani ulaqqq besarq kalau jengking kena beduk lagi..ohhhhh noooooo
Quote KikiHadid 4-10-2023 11:52 AM
wannoorazlina replied at 4-10-2023 11:31 AM
RDM tu apo? Ratu Dari Mimpi ke?

Siot la
Quote Nizleen86 4-10-2023 11:53 AM
Ish perempuan tu boleh tahan lawa kot. Ko bior betul pakcik. Nak type lebih lanjut rasa berdosa pulak membunuh impian org tak brp sihat ni.
Quote mamajawie 4-10-2023 11:55 AM
kesian dia ni..jiwa nk berbini nk menutuh tapi tu la realiti x dapek nk nolong so terpaksa la buat cenggini
Quote Diamondmoney 4-10-2023 12:00 PM
Eeuuuwwwwwww
Quote Binodino 4-10-2023 12:11 PM
Pacik, kalau kau kahwin dengan keli betina tu kau mampu ke nak bagi nafkah zahir & batin? Kau ni tolong la berpijak di bumi yang nyata, pacik. Terima je la hakikat kau mmang ditakdirkan takde bini di dunia. Kau banyakkan beramal, pacik. Bidadari kau tunggu kat akhirat sana.
Quote rotiban 4-10-2023 12:20 PM
getik aku tengok pokcik bad ni
Quote shida81 4-10-2023 12:21 PM
Klu ko mampu nk tanggung bini n ank x kisah la ko nk bercinta ke kawen.. Tp klu ko sendiri pun ckp2 mkn.. Sakit lagi.. X yah la susah kan org...
Quote Riz_one 4-10-2023 12:23 PM
amboi cik bad bkn main noh..

Lihat semua komen(157)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.034303 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top