CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Feeya Iskandar Tertinggal Anak Di Tandas Mall, Mujur Tak Hilang

4-10-2023 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3698| Komen: 13

Feeya Iskandar atauCik Piah tampil menjelaskan situasi sebenar apabila anak lelaki sulungnya, Adam Malique, 6, yang tertinggal di tandas di sebuah pusat beli belah, baru-baru ini.

“Bukan sengaja tinggalkan anak, kalau terjadi sesuatu seperti tinggalkan anak mesti ibu bapa akan disalahkan, cuai lah apa lah.


Foto: IG

“Tetapi waktu kejadian itu, saya bawa anak bongsu saya bersama saya untuk saya mandikan dan tukar lampin. Jadi Adam memang dah terbiasa pergi sendiri tetapi saya juga pesan ‘apa-apa tunggu mummy di depan pintu’.

“Suami saya dengan anak kedua ketika itu pula nak pergi ke parking, Adam ikut saya juga sebab dia nak terkucil. Saya dah selesai siapkan adiknya, ingatkan Adam akan pergi ke bilik tukar lampin bayi tapi tidak.

“Saya kemudian tunggu di luar tandas dan panggil namanya tetapi senyap. Waktu itu team kami sahaja yang ada sebab dah nak tutup. Jadi saya ingatkan Adam dah pergi bersama team kami yang lain,” jelas Feeya kepada XTRA.




Kongsi Feeya, dia ke pusat beli belah tersebut bersama rakan penyampai radio, Sharifah Shahirah.

Akhirnya, Feeya dapat menarik nafas lega apabila anaknya ditemui oleh menantu Sharifah Shahirah, malah mengakui tidak dapat gambarkan perasaan jika Adam hilang.


“Bila sampai di kereta, suami saya tanya ‘mana Adam?’, saya terkejut dan terus berlari semula ke dalam mall, berderau juga sebab semua kedai dah nak tutup.

“Sekali sampai saja di hadapan tandas, menantu Kak Shiera (Sharifah Shahirah) tengah pegang Adam yang dah menangis. Nasib baiklah ada orang di situ. Bukan sengaja nak tinggal.

“Bila nampak muka dia saya rasa lega, gelak-gelak juga. Tak boleh bayangkan kalau anak kita hilang,” ujarnya.


Dalam pada itu, Feeya turut menepis cakap-cakap netizen yang mengatakan dia sengaja meninggalkan anaknya itu. Malah mengakui kesilapannya itu dan akan lebih beri perhatian selepas ini.

“Tak ada niat nak abaikan. Dia tidak ditinggalkan, kalau betul nak tinggalkan, saya masuk kereta terus gerak tau. Alhamdulillah, Adam pun tidak trauma selepas itu.

“Selepas kejadian tersebut, saya set anak memang perlu ada di hadapan, tak boleh di belakang.

“Saya juga ada baca komen-komen netizen, kita ambil yang baik, jadikan pengajaran, jangan nak seronok sangat. Saya akui juga ia kesilapan saya tapi bukan sengaja nak tinggalkan anak. Siapa yang tak sayang anak.



“Semua ini akan jadikan saya supaya tidak cemerkap. Buatkan saya jadi trauma, memang sekarang ni saya akan pastikan semua anak-anak ada bersama."

Terdahulu, Feeya berkongsi klip rakaman yang memaparkan anaknya menangis selepas tertinggal di tandas di sebuah pusat beli belah.

Cik Piah mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, Nuh Aryyan, 4, dan Muhammad Zidane, 2. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 4-10-2023 10:29 AM
Sikit pun tak takut JKM, cerita benda ni macam kelakar gelak gelak je

Kalau dalam series omputih ni, dah lama child protection service cekup akak
Quote Burong_Hantuk 4-10-2023 10:34 AM
bimbonya kau dekk
Quote adeqbun 4-10-2023 11:40 AM
likilu replied at 4-10-2023 10:29 AM
Sikit pun tak takut JKM, cerita benda ni macam kelakar gelak gelak je

Kalau dalam series omputih ni ...

die x tgk cite mrs chatterjee vs norway la tu..kalau x mmg dh kene dh ni..tersungkur jatuh pon dh xberguna
Quote KamikuP 4-10-2023 04:15 PM
Bole lagi capai phone buat video konten yaach.. bagus  bagus..
Quote wirazam 4-10-2023 09:55 PM
Siapa nih...who areyuss sgtty
Quote sleepandream 4-10-2023 11:32 PM
budak2 kecik kene ajar hafal no hp mak atau ayah... senang apa2 hal...
Quote anony-mous 5-10-2023 03:07 AM
Bagaknya ank she baru 6 thn besor gitu org pon takut nk ambil
Quote mawardia 5-10-2023 04:25 AM
She kalau on air I tukar channel. Bila bukak mulut auto bodoh, auto bimbo. Byk benda tak tau, uncertain.

Motip kau tinggalkan anak bawah umur sengsorang dpn pintu? Kalau dtg rombongan burqa yg bagak2 tu sauk anak kau dlm jubah no one knows.

Bkn tak penah jadi. Kat genting tu mcm2 org ada lah.
Quote Manusiabesa 5-10-2023 07:44 AM
Bodoh pempuan ni. Hidup xpenah serius. Memanjang ketawa mengilai. Itu yg smpai tetinggai anak. Klu poen boleh tanggal2 rasanya poen pun tetanggal !!
Quote Tunakimchi 5-10-2023 08:47 AM
Suami penah tertinggal x?
Quote Suchi 5-10-2023 09:32 AM
anony-mous replied at 5-10-2023 03:07 AM
Bagaknya ank she baru 6 thn besor gitu org pon takut nk ambil

Iols pun terkejut tgk, mesti org tak sangka tu umur 6 tahun
Anak iols umur 7 tahun selalu disangka umur 4-5 tahun hahah sbb petite je, kalau demam lagi la badan dia nampak kecik jenis sejak lahir sgt mudah nk turun berat.
Beli baju pun saiz lebih kecil kalau beli yg saiz umur dia manjang kena alter.
Tp takpelaa biarlah masa budak2 ni kurus jaa dpd obes nnt tak dapat nak melincah lari sana sini lum lagi kena body shaming ngn kawan2 kt sekolah.
Quote cruz2 5-10-2023 12:10 PM
Kesiannya semua dok salahkan cik piah ni jer. Yg lakinya tu mcm tk nyempat2 nk pegi kat parking kereta. Mmg la dh bwk sorang anak dgn dia. Tp kan cik piah ada ckp yg dia nk tukarkan lampin yg paling kecik.yg sulung lelaki ni pulak nk terkencing.
Bg acik ptt si bapak la yg yg handle kan. Bwk sekali yg no 2 tu.
Yg byk mengecam pon mostly mak2. Eh mcm bagus2 yer semua yg mengecam tu. Tggu la ada nak 3-4 org kecik2 nk kena handle semua sekali gus.
Acik selalu nmpk time bulan puasa even kat mall pon mak2 ni la yg kalut dgn nk shopping bj raya anak2 lg dgn nk bwk anak2 ke toilet bagai lg.
Bukan tk leh komen tp amik la sebagai pengajaran utk kita jugak.

Nota kaki:
Acik tk ada anak kecik dah. Tggu cucu jer lg
Quote anony-mous 5-10-2023 05:18 PM
Suchi replied at 5-10-2023 09:32 AM
Iols pun terkejut tgk, mesti org tak sangka tu umur 6 tahun
Anak iols umur 7 tahun selalu disangka ...

Susah obes dari kecik ni dah besor payah nk turun, kalau turun sng sgt naik balik sbb sel lemak mmg dah ada. I x berapa gemor mak2 biar ank bawah 12thn gemok2

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.190419 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top