Seorang wanita menceritakan pengalamannya berdepan dengan isu faraid dan keluarga mentua. Menurut wanita yang tidak mendedahkan namanya itu, dia dan suaminya bukanlah berasal daripada keluarga senang.
Bagi menyara keluarga kecil mereka, dia dan suami membuka gerai nasi campur di tepi jalan. "Kami mempunyai sebuah kereta Waja second-hand yang dibeli dengan harga RM5,000 daripada kawannya. Rumah pula suami beli semasa bekerja kilang... rumah flat kos rendah. "Alhamdulillah suami jenis merancang juga. Kami ada sedikit saving di Tabung Haji, insurans nyawa aku dan dia, rumah (masih berhutang) dan kereta tanpa hutang. "Suami ada lima adik beradik, dia anak ketiga. Ada dua kakak dan dua adik lelaki. Ibu dan ayah mentua hanya bekerja kampung mengusahakan sawah padi. "Kedua-dua kakaknya sudah berkahwin. Seorang berniaga online dan suaminya adalah seorang guard. Kakak kedua tukang jahit dan suaminya bekerja kilang. Dua adiknya masih belajar."
Takdir menenrukan suaminya ditakdirkan meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya. Pemergian suami secara mengejut itu membuatkan dia tidak bersedia kehilangan tonggak keluarga tambahan pula dua anak perempuan mereka masih kecil. "Selepas arwah meninggal dunia, atas nasihat kawan, aku pun ke sana sini menyelesaikan antaranya KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), hutang rumah dengan bank, ejen insurans, Tabung Haji. "Selepas dikumpulkan, anggaran kasar ada dalam RM70,000 juga jumlah yang bakal difaraidkan kerana aku tiada anak lelaki. "Aku jumpa keluarga mentua. Aku yang minta semua ahli keluarga termasuk adik beradik suami datang ke rumah mentua. Aku ceritakan semuanya dengan detail sebelum proses permohonan sijil faraid," kongsinya. Pada ketika itulah, tanpa disangka-sangka, reaksi setiap ahli keluarga mentuanya membuatkan wanita ini mengalirkan air mata. "Ayah mentua kata 'kamu tak perlu faraid duit tu. Ambil semua untuk kegunaan kamu dan anak-anak. Walaupun kami ada hak, tapi ayah nak halalkan pada kamu'. "Kemudian mak mentua pun angguk. Masa tu terus berlinang air mata. Bukan gembira dapat 'makan seorang' tapi aku sedih, terharu. Kenapa mereka begitu? "Sedangkan ada sesetengah orang, duit faraid ni ibarat durian runtuh kan? Kakak ipar kata 'kalau bahagi-bahagi, nanti berapa je tinggal untuk kau'. "Adik ipar kata 'kami tahu akak susah sama-sama dengan abang. Dengan anak kecil meniaga tepi jalan. Kitorang tak tolong apa-apa. Takkan sekarang bila abang dah tak ada, kita nak ambil duit hasil usaha abang dan kakak'. "Terus meraung aku masa tu... Allah sedihnya. Di saat orang lain yang lebih alim daripada mereka boleh berubah hanya sebab duit, tapi mentuaku yang biasa-biasa ni sangat faham pada menantu mereka yang tiba-tiba jadi balu," kongsinya. Tambah wanita berkenaan, bagi menghargai kebaikan keluarga mentuanya, dia tetap menghulurkan wang dan hadiah buat mereka. Malah dia juga tidak lokek menghulur duit belanja kepada adik-adik iparnya dan anak saudaranya yang masih belajar. "Tiap minggu aku bawa anak-anak jenguk datuk dan nenek. Kebaikan mereka membuatkan aku mahu hubungan ini kekal sampai bila-bila. "Aku dah tak meniaga tepi jalan tapi aku ambil tempahan makanan online. Buat masa ini aku belum terfikir nak cari pengganti. "Doakan aku terus kuat dengan ujian hidup ini. Terima kasih untuk keluarga mentua. Semoga Allah gandakan rezeki untuk kalian," akhirinya. Perkongsian kisah wanita itu mengundang perasaan hiba warga maya dengan rata-ratanya menyifatkan dia sangat bertuah dikurniakan mentua yang baik. "Perikemanusiaan ni lahir daripada hati yang bersih. Orang yang banyak duit pun belum tentu ada kemanusiaan. "Bertakung air mata... baik sungguh mentua awak. Satu dalam seribu. Kasih sayang sampai syurga. "Moga ramai lagi yang lebih mengutamakan keluarga yang ditinggalkan daripada berebut harta yang tak sudah," demikian komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
seri_mawr replied at 4-10-2023 02:19 PM
bergenang lak air mata aku...
ni jenis family in law yang ada otak dan berh ...
Buritan replied at 4-10-2023 04:39 PM
Muliaakann.... yg selalu aku dengooo takkkkk...
seri_mawr replied at 5-10-2023 11:51 AM
kan....sealalu depa yang rebut sekali...
pernah tgk sendiri....
Buritan replied at 5-10-2023 12:54 PM
Sbb tuu aku selalu ckp laki akuu.. jum cpt kita buat hibahh.. ape jd pd saya .. somi dan anak anak ...
seri_mawr replied at 5-10-2023 03:36 PM
tgk kes harta berbillion arwah politician tu sudah..sampai la nii x settle...harta punya pasal...
...
Buritan replied at 5-10-2023 03:49 PM
Satu lg kalo tak amik tak boleh kee . Tk pyh le ikut sgt peraid semua tuu. Aku tgk muka anak bini ...
seri_mawr replied at 6-10-2023 03:17 PM
kalau semua jenis mcm uouls.....xde keje la lawyar2....semua...hahaha
tp iouls pun x sampai hati ...
seri_mawr replied at 4-10-2023 06:19 AM
bergenang lak air mata aku...
ni jenis family in law yang ada otak dan berh ...
Buritan replied at 6-10-2023 04:10 PM
Aku mmg tak minat rete org.. satu lg kalo aku amik aku rasa aku dah penaya depa yg baru saja kehil ...
seri_mawr replied at 6-10-2023 05:59 PM
hukum faraid tu dah betul...yang salah nya depa amik pakai sekerat jah hukum tu...
tu sbb la ada ...