CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisar Khaled Tak Berdiam, Scammer Guna Nama Tipu Orang Ramai

3-10-2023 08:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1327| Komen: 2

Personaliti media sosial, Aisar Khaled tampil membuat laporan polis selepas namanya kerap digunakan 'scammer' bagi menipu orang ramai.

Menerusi laporan mStar, Aisar membuat laporan tersebut bagi membersihkan namanya yang terjejas selepas dituduh menipu orang ramai.



Pada masa sama, Aisar berharap tidak ada pihak yang tertipu dengan taktik scammer yang mengajak orang ramai membuat pelaburan dengan nilai rendah namun pulangan berganda.

"Saya buat laporan polis sebab saya tengok sekarang ini terlalu ramai orang guna nama saya untuk tipu orang dengan menawarkan servis bayaran RM1,000 dapat pulangan RM60,000. Bayar RM2,000 dapat pulangan RM90,000 dan sebagainya.

"Ini menjejaskan dan memburukan nama saya. Benda ini kalau saya diam tidak akan habis sampai bila-bila. 

"Tahun lepas saya pernah buat laporan, tapi masih ramai yang kena. Jadi, saya buat laporan ini untuk memberikan kesedaran sekali lagi," katanya.


Aisar membuat laporan tersebut pada Isnin lalu.

Dia menganggarkan kira-kira 100 hingga 1,000 orang ditipu oleh skim tersebut.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 4-10-2023 09:06 AM
X pernah nampak pon iklan tu
Quote Riz_one 4-10-2023 12:16 PM
deni bukan king of forex kaa....

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049469 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top