Raja Afiq rindu untuk kembali menghiasi kaca televisyen (TV) semula selepas berdepan pelbagai kontroversi yang menjatuhkan nama sekali gus karier seninya. Dia berharap transformasi baharunya itu akan membuka peluang rezeki dalam kerjaya lakonannya.
“So far ada yang bertanya ‘buat badan ni dapat tawaran ke?’ belum lagi tapi saya ‘prepare’, sediakan payung sebelum hujan “Saya harap dengan ‘look’ yang baru, saya dapat tak kisahlah rezeki saya di drama atau filem ke, mana yang sampai dulu saya ambil.
“Kadang-kadang orang luar tak faham sesetengah artis bukan tak mahu berlakon tapi tawaran yang tiada. Saya faham sekarang ramai artis baru yang muncul, banyak saingan tapi bagi saya saingan yang sihat itu bagus. “Apa yang perlu saya bagi saingan ialah dengan buat badan, kalau saya gemuk macam dulu balik memang tiada tawaran. Cerita drama yang saya buat tak banyak sangat, sebab itu saya rasa belum puas lagi dengan kerjaya dan lakonan saya . Rindu sangat,” katanya ketika ditemubual program hiburan popular TV3, Melodi.
Mengulas mengenai tidak terhitung tempias kontroversi melingkari pelakon bertubuh sasa ini, Raja Afiq menganggap ia sekadar asam garam sebaliknya mahu buktikan di pihak yang benar. “Setiap orang dalam industri ini ada kontroversi, kontroversi yang saya alami hanyalah tempias, itu andaian orang. Kalau orang yang dah bekerja dan kenal saya betul, saya bukan jenis apa yang orang cakapkan.
“Mungkin orang tak ambil saya sebab perkara itu, silaplah kot, itu bukan saya. Kita tak buat, buat apa nak marah. “Karma itu ada, berani kerana benar, salah kerana takut. Saya nak kedepankan diri saya sebab saya benar. Ada manusia buat silap, buat tak tahu saja, mulut orang tak boleh tutup,” ujarnya. Dalam pada itu, pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz ini sudah menyatakan dia sudah bersedia untuk kembali ke set penggambaran kerana merasakan belum puas dalam berkarya.
“Satu saja nak cakap, kita ada ‘family’, dulu saya ada ibu dan adik-beradik, dan sekarang saya kuat sebab adanya isteri saya. “Dulu saya dah pernah kena dah, gosip dan fitnah, saya fikir satu saja, saya ada ibu dan keluarga, saya ada isteri. Dan kuat kerana ada Allah S.W.T. Nabi pun macam-macam kena tohmahan dan fitnah. Apatah lagi kita manusia yang tak seberapa ini. “Pada pengarah dan produser di luar sana, so far sekarang ini saya bersedia untuk ‘comeback’, terimalah kekurangan dan cubalah kembali saya. Sebab saya rasa belum puas lagi berlakon,” harapnya.
Terdahulu, Raja Afiq terpalit dengan dakwaan dia dituduh mengambil barang terlarang untuk kurus. Lebih mengejutkan, Raja Afiq mendedahkan dia juga disihir individu tidak dikenali sehingga berdepan masalah kesihatan. Nama pelakon ini turut hangat pada masa lalu apabila terpalit kontroversi menghamilkan seorang gadis hingga melahirkan bayi hasil hubungan sulit. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|