CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elly Mazlein Tahu Batasan Sebagai Isteri, Tak Bergaul Bebas Dengan Lelaki - "Cuma Kadang-Kadang 'Menggeliat'Sahaja"

3-10-2023 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3477| Komen: 41

Elly Mazlein menjelaskan persona Kak Lina Pom Pom hanya sekadar watak apabila tampil di atas pentas.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, berkata, adakalanya dia juga berasa lelah apabila terpaksa mengekalkan karakter tersebut yang terkenal dengan sikap agresif dan gedik.



Foto: IG

"Kalau 24 jam jadi Kak Lina, Kepom penatlah dik... Apabila habis kerja dengan kawan-kawan atau di rumah saya seperti inilah (menunjukkan aksi lemah lembut).

"Apabila berada di atas pentas saya perlu menjadi pelbagai watak sebab kita buat program hiburan, asalkan saya tahu batas-batasnya," katanya kepada mStar.


Bercakap soal perubahan karakter ditonjolkan pada minggu kedua ASGV, Elly memberitahu dia cuba memberikan dua sisi berbeza yang ada dalam diri seorang 'Elly Mazlein'.

Pun begitu kata Elly, penonton nampaknya lebih memilih dia menjadi Kak Lina Pom Pom bagi meneruskan program realiti berkenaan.



"Saya lakukan perkara ini (perubahan karakter) kerana saya menerima pandangan netizen di luar sana.

"Saya akui tak semestinya apa yang saya buat ini betul, jadi bila terima kritikan dan komen-komen netizen saya terima dan cuba beri dua versi dalam personaliti diri saya.

"Tapi bila saya beri kedua-dua karakter berbeza itu ternyata penonton mahukan Kak Lina Pom Pom dalam ASGV," jelasnya.



Dalam pada itu, Elly memberitahu dia sedar akan status dirinya sebagai isteri orang dan tak pernah melampaui batas dengan bergaul bebas bersama lelaki bukan muhrim di atas pentas.

Bagaimanapun pengacara ini mengakui ada kalanya kelakukannya itu agak berlebihan dan sedia menerima apa sahaja kritikan yang dilemparkan terhadapnya.


"Saya sedar status saya sebagai isteri... Saya pun tak pernah bersentuhan dengan mana-mana lelaki di atas pentas dan masih tahu batasan.

"Saya cuba menjaga batasan itu, cuma 'menggeliat' sahaja. Kadang-kadang saya akui terlebih lepas kelakuan dan apabila netizen tegur kita kena terima," ujarnya.


Sebelum ini, Elly mencuri perhatian ramai apabila pengacara itu tidak muncul sebagai Kak Lina Pom Pom sebaliknya memperkenalkan diri sebagai Elly M.

Bagaimanapun, penonton di Auditorium MBSA bersorak tanda menginginkan pengacara itu menjadi dirinya semula menerusi persona Kak Lina Pom Pom. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 3-10-2023 09:59 AM
Ni bukan menggeliat.
Mengelenjat namenye.
Quote matjerk 3-10-2023 10:38 AM
Baru tgk minggu pertama punya..

Elly, nak bgtau ni,  hang ingat dok buat manja2 ni cute ke....?
This show bukan about hang... org nak tgk peserta.. tp hang ni... mcm nak jadikan hang lebih penting dari segalanya..

Masa mula2 show.. dia kata.. kaklina nak tokram yg panggil... ewwww getikkk weh.... x sanggup aku nak sambung tgk lagi..... boleh x x payah ada dia ni.. jehan n nabil dah cukup
Quote sayurmayur88 3-10-2023 10:45 AM
buat biasa2 udahlah, nt org menyampah
Quote kaseh80 3-10-2023 10:59 AM
More to gediks and mengelenjang
Tak ada rasa . Malu.  An
Less talk and antics
MORE air  time for the performers
Quote Manusiabesa 3-10-2023 11:02 AM
Dh hg tu gatai puki.ngaku saja la bkn susah pon. Nk nafi2 bagai buat pa, mcm la kami buta..mata kmi ni saksi hg tu gatai puki . Ibu apa la gedik sgt smpai xamek kira maruah suami dan anak2. Gilo
Quote missbigrockstar 3-10-2023 11:03 AM
Kalau dia tak buat watak alter ego ni susah dia nak kekal dalam industri. Bakat nyanyi an, lakonan tak seberapa, muka pula renovate. So selagi org terima KLPP dia pun play along lah. One day mesti org boring juga. Begitu aku jujur memberi komen
Quote LadyCarefree 3-10-2023 11:07 AM
Manusiabesa replied at 3-10-2023 10:02 AM
Dh hg tu gatai puki.ngaku saja la bkn susah pon. Nk nafi2 bagai buat pa, mcm la kami buta..mata kmi  ...

Not a fan of KLPP tapi komen hang ni gila betul. Soooo very judgmental. Over mengutuk orang.
Quote LadyCarefree 3-10-2023 11:08 AM
missbigrockstar replied at 3-10-2023 10:03 AM
Kalau dia tak buat watak alter ego ni susah dia nak kekal dalam industri. Bakat nyanyi an, lakonan t ...

Perhaps. Tapi dia ada fanbase juga. Also, selagi laku dan relevan, pulun je lah.
Quote wannoorazlina 3-10-2023 11:12 AM
elly, zaman bila ni dok pakai contact lens jenis anak mata besar butang baju?
boleh sekapal dgn acik helizah lindungan kaabah..
zaman2 giyomi comel2 dah berlalu
Quote Manusiabesa 3-10-2023 11:22 AM
LadyCarefree replied at 3-10-2023 11:07 AM
Not a fan of KLPP tapi komen hang ni gila betul. Soooo very judgmental. Over mengutuk orang.

Hg p la jahanam dgn dia dlm neraka nnt
Quote kuzaime 3-10-2023 11:38 AM
Sikit2 ok lg, berlebih2 orang pun naik menyampah. 1 lagi stoplah berlari2 terkinja2 atas stage tu, dgn heels nya lagi, sekali terpelecok, malu dapat sakit pun dapat
Quote rayna_raynes 3-10-2023 11:45 AM
Dah memang lapar perhatian, bukan 'in character' sangat pun
Quote LadyCarefree 3-10-2023 12:11 PM
Manusiabesa replied at 3-10-2023 10:22 AM
Hg p la jahanam dgn dia dlm neraka nnt

Kami akan berparti sakan dalam neraka. Hang dok tepi kena bakar tengok kami enjoy naaaaaaa
Quote Manusiabesa 3-10-2023 12:56 PM
LadyCarefree replied at 3-10-2023 12:11 PM
Kami akan berparti sakan dalam neraka. Hang dok tepi kena bakar tengok kami enjoy naaaaaaa

Haha lols. Kesah pulak aku dgn masa dpn ngko !!!
Quote laksmanabentan 3-10-2023 01:00 PM
rayna_raynes replied at 3-10-2023 11:45 AM
Dah memang lapar perhatian, bukan 'in character' sangat pun

demi kelangsungan hidup uollss...
banyak installment nak kena settle... hahahaha..
harapkan gaji cikgu berapa sangat uoollss...
Quote DianaSaksen 3-10-2023 01:11 PM
Alter ego Elly mazlein kena kekalkan kak kepom gitu nyah
Nanti takde job tv3 Dan astro ambil
Nak harapkan duit suami
Btw aku suka watak gedik kepom telemovie gitu gitu raya 2017 tu..tiap tahun astro selalu ulang time raya telemovie tu
Quote AWEKSAMURAI 3-10-2023 01:19 PM
slyfynx replied at 3-10-2023 09:59 AM
Ni bukan menggeliat.
Mengelenjat namenye.

Mengelenjat atau mengelitat mana satu?
Quote AWEKSAMURAI 3-10-2023 01:19 PM
laksmanabentan replied at 3-10-2023 01:00 PM
demi kelangsungan hidup uollss...
banyak installment nak kena settle... hahahaha..
harapkan gaji c ...

Kak lina dok kat Glides cyberjaya kan ..
Quote kaseh80 3-10-2023 01:33 PM
Ye la nak maintain lifestyle gitu

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.065419 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top