|
Bintang Hollywood Megan Fox mengejutkan ramai pihak apabila mengeluarkan kenyataan menyamakan karier lakonan sama seperti seorang pelacur. Megan atau Megan Denis Fox, 38, berkata, dia menyamakan dua pekerjaan itu kerana ada pihak seolah-olah cuba memijak maruahnya apabila sanggup membayar sejumlah wang untuk menonton lakonan adegan asmaranya.
Pelakon itu memberitahu dia berasa jijik dan permintaan individu tersebut seolah-olah menjatuhkan maruahnya sebagai anak seni. "Kalau difikirkan kami yang bekerja sebagai pelakon sama sahaja seperti seorang pelacur kerana kami dibayar untuk berpura-pura tertarik terhadap orang lain," katanya menerusi temu bual bersama majalah GQ. Tambah Megan, ada segelintir pihak sanggup mengeluarkan wang yang banyak demi menonton lakonan mereka terutamanya ketika melakukan aksi asmara seperti bercium dan adegan ranjang.
Dalam pada itu, Megan turut menyifatkan industri Hollywood yang memperkenalkan imej wanita liarnya malah kesal sering terpalit dengan pelbagai cerita kontroversi. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.035971 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.