CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Setahun Tiada Tawaran Berlakon, Raja Afiq Kini Pekerja Am Di Bank, Turun Ego Demi Cari Rezeki

2-10-2023 10:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 18367| Komen: 100

Susulan tiada tawaran berlakon sejak awal tahun ini, pelakon Raja Afiq memberitahu dia kini sudah mempunyai pekerjaan sebagai pekerja am di sebuah syarikat perbankan.

Afiq atau Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 29, berkata, dia tidak malu dengan pekerjaannya itu dan sanggup mengenepikan statusnya sebagai pelakon demi mencari nafkah buat keluarganya.



"Masa saya muat naik gambar dan minta tawaran berlakon ramai cakap carilah kerja dan sebenarnya sudah pelbagai pekerjaan saya buat.

"Saya tak harap tawaran berlakon semata-mata, saya berniaga dan sekarang sudah ada kerja tetap di sebuah bank.

"Hidup ini perlu diteruskan sebab kalau tidak ada pendapatan pun susah juga sebenarnya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Afiq berkata, dia turunkan ego demi mencari rezeki buat keluarga walaupun pada awalnya ada perasaan segan untuk bekerja tetap.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 2-10-2023 10:09 PM
Dia ni yg kawin dgn.polis tu kan
i selalu tertukar dgn yg dera bini tu..
Quote RoseLuna 2-10-2023 10:15 PM
Wife dia yg berhenti jadi polis sebab nak jadi artis tu kan?
Quote hanihan16 2-10-2023 10:19 PM
zuriey replied at 2-10-2023 10:09 PM
Dia ni yg kawin dgn.polis tu kan
i selalu tertukar dgn yg dera bini tu..

yang dera bini tu siapa pulak? i pun ingatkan dia ni. salah eh
Quote Lampuled 2-10-2023 10:20 PM
Tak kisah lah keje apa pun yg penting tak tumpang hasil bini. Jd ketua keluarga yg function.
Quote fadzyjemi 2-10-2023 10:27 PM
Tahniah. Ada kwsp dik
Quote 3chanceno 2-10-2023 10:29 PM
Pelik nak rasa segan pulak bila dah ada keje tetap. Bukan nya A-star lister sebagai pelakon. Asal ada keje melalui jln yg halal, apa heran orang nak cakap apa pun
Quote newyork 2-10-2023 10:30 PM
Skrg ni tak kisah dah janji ada kerja tetap. Dgn brg makin naikk
.tensen..hahaha (baru lepas nyopping gr0ceries)
Quote likilu 2-10-2023 10:34 PM
Downgrade ke keje bank?
Bukan upgrade eh? Ke jawatan pekerja am tu minimum wage?
Quote missyL 2-10-2023 10:38 PM
Laah ok la keje bank ade gaji bln2.
Iols rase xde ramai pn  customer bank kenal pn hahah
Quote Whateverr 2-10-2023 10:39 PM
Pekerja am kat bank tu apa? Security ke? Cleaner ke? Opis boy ker?
Quote green~tea 2-10-2023 10:45 PM
Hensem.. tp apsal tak berapa menjadi retis nya
Quote sharlenetexas 2-10-2023 10:47 PM
missyL replied at 2-10-2023 10:38 PM
Laah ok la keje bank ade gaji bln2.
Iols rase xde ramai pn  customer bank kenal pn hahah

Kalau kenal pun pakai je facemask.

Quote noorazurams 2-10-2023 10:50 PM
Janji halal . Tk yah malu
Quote belacan_gurl 2-10-2023 10:57 PM
Bini dia tu rugi..elok2 jadi polis nk jadi artis tp x laku walaupun comel...sayang btoi
Quote DeLuna85 2-10-2023 10:57 PM
Ada rupa. Badan pun sedap. Maybe bukan kaki kipas atau sebab dah kawin??
Quote Suci_Murni 2-10-2023 10:57 PM
hanihan16 replied at 2-10-2023 10:19 PM
yang dera bini tu siapa pulak? i pun ingatkan dia ni. salah eh

Afiq muiz kut... x bf si eina azman
Quote cempakaa 2-10-2023 10:59 PM
Okay je janji ada kwsp kan
Quote lilac85 2-10-2023 11:12 PM
Bini nya da jd pramugari
Quote Zaien 2-10-2023 11:17 PM
xde la nk segan apeee.. keje okay la tuh.. janji bkerja & halal..
muka ko pun dh xde market sgt klau nk jadi hero2 pun..

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.041274 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top