CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beradik Jadi Mangsa Dera Ibu, Teman Lelaki

2-10-2023 09:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9583| Komen: 11

Muar: Dua beradik perempuan diselamatkan selepas disyaki menjadi mangsa dera ibu dan teman lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Meriam di sini, akhir bulan lalu.

Kedua-dua mangsa berusia lima dan enam tahun disyaki didera menggunakan rotan menyebabkan badan mereka lebam hingga meninggalkan kesan.



Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian berlaku antara 16 hingga 26 September lalu disyaki didalangi ibu mangsa berusia 36 tahun serta teman lelakinya berusia 38 tahun.

Beliau berkata, kejadian itu terbongkar apabila bapa kandung mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar mengenai kejadian itu.

"Susulan laporan itu, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Muar bergegas ke rumah pasangan itu dan menahan mereka pada 2.30 petang, 29 September lalu.

"Suspek lelaki adalah warga tempatan manakala ibu mangsa bukan warganegara. Siasatan juga mendapati, suspek wanita tidak lagi tinggal bersama suaminya sebaliknya dengan suspek lelaki," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Raiz Mukhliz berkata, pemeriksaan ke atas dua beradik terbabit menemui kesan lebam dipercayai dipukul menggunakan rotan dengan kejadian itu dipercayai berlaku di rumah ibunya.

Katanya, dua beradik itu kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk rawatan lanjut.

"Kedua-dua suspek sudah direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noah8670 2-10-2023 10:02 PM
"Every child deserves a parent, but not every parent deserves a child."
Quote 3chanceno 2-10-2023 11:19 PM
Makin menjadi kes anak2 didera  mak ada boyfren & tinggal serumah, tapi masih lum bercerai dgn tok laki hhhhmmmm...
Quote cikatilia 3-10-2023 10:21 AM
janda2 / ibu tunggal mcm gini elok kena sula aje sama dgn pakwenya..xde belas ihsan ke kat anak sendirik
Quote rospinki 3-10-2023 10:23 AM
janda2 ni asal belaki kalu tak org igt tak laku tak hot padahal korek tabung sendri nk hidup anak kemurungan dalam diam
Quote KamikuP 3-10-2023 12:33 PM
bangsa apakah?
Quote Sazreena 3-10-2023 01:38 PM
Pentingkan batang drpd keselamatan anak. Sila mampos wahai mak dan boipren!
Quote mejaputih 3-10-2023 02:00 PM

bangsa friska ke?
muar ni ramai cainis.
Quote toynme 3-10-2023 02:03 PM
johor lagi....ape masalah ko ni
Quote tumpanglalu74 3-10-2023 11:19 PM
Berite biase..
Quote dua_chzy 4-10-2023 02:03 AM
mejaputih replied at 3-10-2023 06:00 AM
bangsa friska ke?
muar ni ramai cainis.

Melayu pun merata2 bersepah di sana.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.060549 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top