Kalau melancong mestilah nak rasa makanan negara orang kan? Kalau pergi Korea memang rambang mata tak tahu nak rasa mana dulu. Bukan sahaja sedap malah makanan Korea secara umumnya sangat berkhasiat.
Sebahagian besar masyarakat di Korea mengambil nasi dan hidangan yang kebanyakannya terdiri daripada sayur-sayuran seperti bibimbap, yang dihidangkan dalam satu mangkuk dan ada pelbagai jenis campuran makanan seperti nasi, protien serta pelbagai sayur-sayuran. Ini antara sebab kenapa makanan Korea diiktiraf sebagai hidangan yang memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Makanan ditapai Makanan Korea yang ditapai seperti kimchi, doenjang dan gochujang. Makanan yang ditapai tinggi dengan bakteria berfaedah di mana ia boleh membantu penghadaman serta meningkatkan imuniti dalam badan manusia. Rendah lemak Sebahagian hidangan Korea menggunakan daging tanpa lemak seperti ayam dan makanan laut. Ia juga dimasak dengan sedikit atau kadang-kadang tanpa menggunakan minyak, menjadikannya lebih rendah kandungan lemak berbanding masakan lain. Tinggi serat Makanan Korea tinggi serat kerana penggunaan sayur-sayuran, bijirin dan kekacang dalam kebanyakan hidangannya. Lantaran itu, kesemua bahan ini membantu menggalakkan pencernaan yang sihat dan boleh menurunkan kadar kolesterol yang tinggi dalam badan. Rendah gula Masakan Korea menggunakan gula yang minimum dalam hidangannya. Dengan kurangnya gula dalam masakan, ia boleh membantu mengelakkan lonjakan gula dalam darah dan mengekalkan rasa asli bahan lain. Bernutrisi Banyak hidangan Korea dimasak dengan bahan yang penuh dengan nutrien seperti rumpai laut, cendawan dan ginseng. Kesemua bahan ini sangat tinggi dengan vitamin dan mineral. Rendah natrium Walaupun masakan Korea terkenal dengan rasa yang unik, banyak hidangan menggunakan garam atau kicap secara minimum. Hal ini menjadikannya pilihan yang lebih sihat bagi mereka yang ingin mengawal pengambilan natrium mereka. Secara keseluruhannya, makanan Korea dianggap sebagai sihat oleh pakar makanan kerana tumpuannya pada bahan-bahan segar dan keseluruhan serta pendekatannya yang seimbang untuk memasak. Penekanan pada makanan yang ditapai dan hidangan rendah lemak, rendah gula dan rendah natrium menjadikannya pilihan popular bagi mereka yang mencari pilihan makanan yang sihat tetapi rasanya tetap lazat. -CARI Sumber: KimchiDaily
|