CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Zainuddin Yakin Azal Akan Jadi Suami Yang Baik "Dia Bertanggungjawab Dan Setia"

2-10-2023 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6789| Komen: 59

Zarina Zainuddin kata anaknya, Azal Azrai sebagai lelaki setia yang mampu menjadi seorang suami bertanggungjawab.

“Sebagai ibu, saya memang harap nak tengok Azal kahwin, berumah tangga dan rasa bahagia dengan adanya isteri yang menjaga dan menyayanginya.


“Saya sangat yakin Azal mampu kerana dia bertanggungjawab. Macam mana dia dengan saya, jaga saya. Saya pergi mana-mana pun dia ikut. Dia seorang yang setia.

“Saya rasa bila dia dapat seorang wanita, seorang isteri, dia akan jaga dengan sangat baik sekali,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Foto: Kosmo


Pada masa sama, ibu kepada empat cahaya mata itu berharap Azal atau nama sebenarnya Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan, 27, dipertemukan dengan wanita yang menyayanginya seikhlas hati.

“Saya harapkan adanya seorang wanita yang boleh berikan dia kasih sayang, jaga makan minum dan ikhlas menjaganya.


“Insya-Allah, semoga Allah permudahkan,” luah pelakon berusia 54 tahun itu lagi.

Baru-baru ini Zarina mendedahkan Azal sedang dalam fasa mengenali hati budi seorang wanita asal Indonesia yang dikenali sebagai Rahmah, 26.

Mereka rapat selepas sama-sama terbabit dengan beberapa ekspo perniagaan di Singapura, namun belum ke peringkat lebih serius iaitu perkahwinan.

Menerusi perkongsian satu lagi video semalam, Azal ketika ditanya ibunya menyatakan dia bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.

Selain Azal, Zarina dan suaminya Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar turut dikurniakan Muhammad Razil Azrai yang juga kembar Azal serta Muhammad Naim Azraidan dan Muhammad Adam Azrai.

Kedua-dua kembar terbabit disahkan autisme, tetapi Azal dikategorikan berada pada tahap sederhana dan mampu menguruskan diri sendiri serta bekerja. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 2-10-2023 03:15 PM
ewwwwwwwww
Quote NazRysha 2-10-2023 03:15 PM
habis la kena hempuk pompuan tu nanti
Quote Fly_over 2-10-2023 03:19 PM
kalau ikut kondisi si azal bukan takat setia siap obsess lg.
Quote Buritan 2-10-2023 03:22 PM
Fly_over: kalau ikut kondisi si azal buk ...


Berani indon tuu.. aku tengok azal tuu aku yg tua ni pun seramm
Quote ezacbee 2-10-2023 03:30 PM
Doakan baik2.

Klo jadi apa2 boleh kecam acik zz.

Quote lanacondor 2-10-2023 03:31 PM
Syarat sah nikah berakal Dan mampu zahir batin. Eh tolong la.. jgn aniaya anak org.. sekali anak dia hempuk pmpn tu time ngandung cmne.. xde ustaz2 nk nasihat dia ni ke..
Quote firstlurv 2-10-2023 03:37 PM
lanacondor replied at 2-10-2023 03:31 PM
Syarat sah nikah berakal Dan mampu zahir batin. Eh tolong la.. jgn aniaya anak org.. sekali anak dia ...

Setujuhhh...
Quote cicicumel 2-10-2023 03:38 PM
Mirip Mokkay kwn baik Sajat
Quote HoneyManjer 2-10-2023 03:46 PM
belajo agama tak abeh g acik ZZ
yawnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Quote Dolmat 2-10-2023 03:58 PM
YA RABBIIIIII MAKCIK SERABUT NYOK NI..
Quote primarikey 2-10-2023 04:07 PM
Knape ramai yg takut pompuan tu kena hempuk...azal ni ok la..bole keje lg..yg slalu hempuk2 zz tu kembar azal
Quote lanacondor 2-10-2023 04:18 PM
primarikey replied at 2-10-2023 04:07 PM
Knape ramai yg takut pompuan tu kena hempuk...azal ni ok la..bole keje lg..yg slalu hempuk2 zz tu ke ...


Kalau chuolz selalu tgk video2 dia mmg time azil tu ngamuk lama2 akan berjangkit jugak ke azal. cuma azil tu yg paling teruk. Sb zz ni pnh ckp azal dgn azil ni kembar kongsi 1 uri. Kalau time abg dia ngamuk. Dia pon akan rasa sekali. Dia pon hempuk jugak mak dia. Pnh tgk video si azal g baring kt tgh2 shopping complex? Nasib ada org kenal pakcik zz ni si ridzokumura tu pegi bawak dia balik. Dia xberakal mana boleh kawen. In case la eh dia rakam gmb bini dia bogel upload kt socmed mcm mn? Pnh viral dlo dia d.m sorg artis ni ckp baby die whore ke bitch gitu.
Quote elzy 2-10-2023 04:22 PM
Tengok dia tak relax masa kembar dia tantrum pun seram..
Standby jer laa bini dia nanti.. Apa pun cukup syarat sah nikah ker confident betul si zz ni..  
Quote jiwakacau06 2-10-2023 04:23 PM
primarikey replied at 2-10-2023 04:07 PM
Knape ramai yg takut pompuan tu kena hempuk...azal ni ok la..bole keje lg..yg slalu hempuk2 zz tu ke ...

kja dgn mak dia kn... klau satu hari mak dia dh xda...mcm mna hal kewangan dia....bini nk sara ke...
sbb tu ramai persoalkan....
akal yg sempurna pn naik tgn dkt ank bini....ni kan ada sjrah pukul diri sndri & parents
Quote lanacondor 2-10-2023 04:25 PM
Please la rujuk pakar kesihatan, pakar agama sblm dia buat keputusan nk kawen kan anak dia.

https://iluminasi.com/bm/azil-dan-azal-bergaduh-zarina-zainuddin-terpaksa-panggil-polis.html
Quote lattehazelnut 2-10-2023 04:28 PM
Sanggup kan demi nk anak dpt warganegara msia..
Quote kakakgarang 2-10-2023 04:36 PM
kesian la budak pompuan tu.. ada kang kena hempuk time mekleb.. HHAHAHAHAAHHAA risauuu
Quote airmineral 2-10-2023 04:37 PM
pompuan tu mmg sebatang kara sajakah?
Quote Fly_over 2-10-2023 04:38 PM
Buritan replied at 2-10-2023 03:22 PM
Berani indon tuu.. aku tengok azal tuu aku yg tua ni pun seramm

pilih pmpn indon pn mesti ada sebab khuens

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.151841 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top