Ajai tidak berasa terbeban dengan kemelut melanda di antara bekas isterinya Nourul Wahab dan anak perempuannya iaitu Ayu Nazirah. Kata Ajai, salah faham yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga adalah perkara biasa cuma sebagai selebriti perkara itu menjadi tumpuan ramai.
"Saya tidak mahu fikir apa yang berlaku sebagai satu perkara membebankan. Ia biasa terjadi, kalau saya bukan selebriti pun masalah ini tetap berlaku. "Orang bercakap sebab saya selebriti... Nak buat macam mana, kan? Buat baik pun kena, buat tak baik juga sama. "Namun apa yang penting, setiap orang akan bertindak menjaga keluarga," katanya kepada mStar. Buat masa ini dia memberi ruang kepada Ayu dan Nourul mengambil masa bagi memulihkan keadaan yang sedang keruh. Kata Ajai lagi, dia juga tidak mahu masuk campur atas masalah yang terjadi di antara mereka kerana enggan mengeruhkan keadaan.
"Perkara ini akan ambil masa untuk pulih sebab dua-dua ada pendirian masing-masing... Kalau boleh bendung kita cuba lakukan, tak perlu dua-dua menjadi api. "Saya dan Ayu masih baik seperti biasa dan tentang dengan ibunya, saya tak tahu. Orang perempuan kalau berlaku masalah begini mungkin lama sikit rajuknya," ujarnya. Kisah dua beranak ini mula menjadi perhatian apabila Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 46, memuat naik perkongsian di laman sosial memberi gambaran hubungan dia dan Ayu tidak lagi baik seperti dahulu. Malah dalam temu bual bersama mStar, Nourul mengakui berkecil hati namun enggan mengulas punca sebenar mereka berbalah.-CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT