Bekas isteri Nurul Shuhada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memfitnahnya sengaja menggugurkan kandungan pada April lalu. Katanya kali ini dia enggan berkompromi dengan individu yang menyebarkan fitnah melampau dan tidak berasas terhadap dirinya.
“Jarang rasa nak buat tetapi ini sangat melampau. “Saya memang akan ambil tindakan terhadap awak, tunggu surat saman saya sampai. “Sementara itu, tunggu juga saman berganda daripada saya dan pasukan Berry Shape,” katanya seperti dipetik oleh Kosmo.
Kemarahan Shuhada meledak apabila seorang individu meninggalkan komen mendakwa ibu kepada dua anak itu sengaja makan ubat untuk menggugurkan kandungan. “Sudah tahu hamil boleh terima lagi pelawaan jadi duta produk pengilang peralatan asal (OEM) yang tidak boleh minum semasa mengandung. “Buat kenyataan tidak boleh makan ubat hospital tetapi jus OEM? Macam sendiri nak gugurkan bayi pula. “Namun, dia tetap dipuja sebab makin jelita dan kurus,” tulis individu terbabit.
Pada 23 April lalu, Shuhada mengesahkan mengalami keguguran ketika kandungan berusia 14 minggu. Hafidz kemudian bertindak mendakwa Shuhada sengaja menggugurkan kandungan dan membuat dua laporan polis. Reda dengan ketentuan Tuhan, bekas isteri Hafidz itu bagaimanapun menepis tuduhan menggugurkan kandungan semata-mata mahu bercerai. Kemelut rumah tangga pasangan terbabit berakhir selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam memutuskan lafaz cerai talak satu yang dibuat Hafidz terhadap Shuhada secara lisan pada 22 Februari lalu sah dan mengikut hukum syarak. Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, serta Umar berusia dua tahun. – CARI Sumber: Kosmo
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|