Kak KM enggan berkongsi suami dengan wanita lain. Kak KM berkata hal terbabit tidak akan berlaku sekiranya indvidu yang ‘disondol’ tidak melayan pihak yang cuba menggoda.
“Bila ada isu sebegini, tidak boleh salahkan penyondol semata-mata sebab yang disondol pun silap kerana melayan. “Kalau suami saya kena sondol, saya akan lebih marahkan dia berbanding wanita tersebut sebab melayan. Jangan main-main dengan saya,” katanya. Tambahnya sebagai isteri dia hanya mampu mengingatkan suaminya, Razman Ramli agar sentiasa berhati-hati dan mengelak daripada bermain kayu tiga dengan wanita lain. “Saya hanya ‘sound’ sebagai peringatan supaya dia tidak terlalu selesa dengan kehidupan sekarang. “Apabila ada isu berkaitan penyondol, saya tunjuk kepada dia. “Kalau awak berani kena sondol, kaki saya saiz 11,” ujarnya sebagai amaran kepada suami.
Tegas wanita yang sering terpalit kontroversi itu lagi, biar apapun kata orang, dia tetap berpegang dengan pendirian menolak untuk hidup bermadu. “Orang kata kalau poligami dapat payung emas tetapi jika beri saya, memang siaplah kau. -CARI Sumber: Kosmo
|
MissYouSayang replied at 2-10-2023 04:22 AM
Laki ko nmpk sgt muka terpaksa hidup dgn ko bcuz of duit not ur poki bacin ko
ADVERTISEMENT