CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zainal Abidin Perbaiki Diri, Terbuka Dikutuk Isu Kahwin Dengan Fyna Jebat

2-10-2023 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3293| Komen: 6

 atuk Zainal Abidin Hassan,62 menerima dengan hati terbuka apabila ramai kecam dan beri teguran susulan isu dia berkahwin dua sebelum ini.

Bekas jurulatih bola sepak kebangsaan itu memberitahu teguran tersebut juga diambil bagi memperbaiki diri dalam menjadi seorang insan lebih baik pada masa depan.


"Teguran ada yang baik dan ada pula tidak baik... Yang baik Alhamdulillah kita ambil, tidak baik kita terima untuk perbaiki diri.

"Saya tidak menolak kesemuanya (teguran) tetapi bagaimana kita kendalikan untuk ke arah lebih baik," katanya kepada Melodi.

Foto: IG

Dalam pada itu, Zainal enggan mengulas mengenai penceraian dengan penyanyi Fyna Jebat.

Zainal berkata, ketika ini fokusnya hanya kepada kariernya dan tidak mahu mencampur-adukkan dengan soal peribadi.

"Saya lebih kepada bola sepak (ketika ini). Hal peribadi adalah perkara peribadi. Saya menghormati semua pihak.


"Kerjaya saya bersama pasukan bola sepak. Saya akan menjalankan tugas selagi saya dikehendaki dalam arena sukan ini," katanya.

Sementara itu, Zainal meminta supaya orang ramai sentiasa mendoakannya dan Fyna.

"Kepada semua doakanlah bukan sahaja saya tetapi sesiapa sahaja. Doakan setiap insan ini mendapat kejayaan di dalam kehidupan dan karier masing-masing," ujarnya.

Awal Februari lalu, Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 30, membuat pendedahan dia sudah bergelar isteri kedua kepada Zainal namun tidak menjelaskan butiran perkahwinan mereka.

Bagaimanapun perkahwinan yang dibina itu berakhir dengan penceraian pada Mei lalu.

Zainal dan isteri pertama iaitu Datin Zalina Zaini berkahwin pada 1980 dan hasil perkahwinan selama 43 tahun itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 2-10-2023 11:11 AM
                     
Quote anilanil 2-10-2023 11:21 AM
Tolong baiki sekali anak jantan yg jobless itu supaya bayar nafkah anak & ikut jadual hak penjagaan anak.
Quote chandrahusin 2-10-2023 11:27 AM
Yg penting bisnes jalan terus
Diorg ni semua sibuk cari lubang duit
Netizen yg kutuk2 dapat apa entah
Quote whimsicalmusic 2-10-2023 01:10 PM
atuk [em:4:]
Quote mamajawie 2-10-2023 02:49 PM
anilanil replied at 2-10-2023 11:21 AM
Tolong baiki sekali anak jantan yg jobless itu supaya bayar nafkah anak & ikut jadual hak penjagaan  ...

Ya Allah tepat sangat2..kesian bini dia tu walaupun convert islam tapi tetaplah berhak dalam segi syariah ye..

Quote aemon 3-10-2023 01:48 AM
Botol kicap bertemu susu soya.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.067683 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top