CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisar Khaled Sediakan RM100 Ribu, Nak Tolong 100 Pengikut Langsaikan Hutang

2-10-2023 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4418| Komen: 24

Aisar Khaled bermurah hati menyediakan wang tunai RM100,000 untuk membantu 100 individu bertuah bagi melunaskan hutang mereka.

Aisar, 23, berkata, dia ikhlas membantu pengikut media sosialnya yang sedang berdepan masalah hutang kerana menganggap mereka seperti sebuah keluarga.


Foto: IG

"Saya buat keputusan untuk memberikan RM1,000 kepada 100 pengikut bertuah yang memerlukan wang bagi melangsaikan hutang mereka.

"Apa yang penting, niat saya ikhlas dan menganggap pengikut di media sosial sebahagian daripada keluarga.

"Kami akan pilih mereka yang berhak menerima wang tunai itu berdasarkan komen di media sosial selain meminta mereka mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan mereka benar-benar memerlukan," katanya kepada mStar.


Mengulas mengenai segelintir pihak kurang senang dengan tindakannya itu, Aisar memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri dan tidak semua perkara dilakukan perlu dikongsi secara umum.

"Saya tidak mahu ambil pusing dengan komen netizen. Saya buat ini semua atas kehendak saya sendiri.

"Saya juga ada melakukan infaq dan sedekah yang tidak saya tunjukkan di media sosial. Apa yang saya kongsi ini hanya separuh sahaja dalam kehidupan saya.

"Saya ada juga bersedekah yang ramai lagi tidak tahu... Ada benda yang saya buat tetapi saya tidak kongsikan kepada semua," ujarnya.



Aisar turut mengingatkan pengikutnya untuk berhati-hati daripada ditipu oleh scammer yang tidak bertanggungjawab.

Jelas Aisar, bagi memastikan ketelusan pihaknya akan membuat panggilan video kepada penerima bagi mengelakkan sebarang bentuk penipuan.

"Selagi saya tidak buat panggilan video, ia tidak terpakai dan mungkin anda sedang ditipu... Ramai guna nama saya jadi jangan terpedaya.

"Saya minta tolong kepada anda semua agar berjaga-jaga," katanya.


"Saya ada juga bersedekah yang ramai lagi tidak tahu... ada benda yang saya buat tetapi saya tidak kongsikan kepada semua," ujarnya.

Sementara itu, Aisar turut mengingatkan pengikutnya untuk berhati-hati daripada ditipu oleh scamers yang tidak bertanggungjawab.

Jelas Aisar, pihaknya akan membuat panggilan video untuk mengelakkan penipuan berlaku.

"Selagi saya tidak video call, minta tolong semuanya itu adalah menipu... ramai yang menggunakan nama saya... Saya minta tolong kepada korang untuk lebih berjaga-jaga," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 2-10-2023 11:06 AM
Propa lah ko. demi content.. lakonan semata
Quote smeetasmitten 2-10-2023 11:11 AM
Artis ke dia?
Quote slyfynx 2-10-2023 11:11 AM
Jelas Aisar, pihaknya akan membuat panggilan video untuk mengelakkan penipuan berlaku.


Salah ayat ni.
Pihaknya kan membuat video call untuk CONTENT MURAHAN
Quote sayurmayur88 2-10-2023 11:17 AM
banyak sangat duit heolls ni. entah apa keje dia
Quote pembacagosip 2-10-2023 11:33 AM
banyak sgt duit
anak orka ke
misteri sungguh
Quote casper2022 2-10-2023 11:34 AM
1000 xbyk pon. dlu rm50 bole bli 2 brg minyak + beras. skrg bole bli beras je.. baik buat infaq brg keperluan. lg rmi bole dpt manfaat.
Quote ayukpingu 2-10-2023 11:35 AM
dia srh berhati2 dengan scammer padahal taktik marketing dia pun salah satu taktik scammer. kahkahkah

dengar kata bila nama kau menang, dia ambik details, ic bagai pastu register dlm forex. betul ke? hati hati bila share tentang maklumat peribadi. konon free
Quote Perawankota 2-10-2023 12:14 PM
Pi bercuti pon amik economy class.. Tiba2 nak sedekah kat org byk2..

Nak aku husnuzon ke guana
Quote virgo19 2-10-2023 01:50 PM
Kalau keluar cerita pasal dia ni, asyik duit, duit, duit je.. bosan betul. Dah la duit cash pegang byk2 mcm tu buat apa, online banking kan ada
Quote DianaSaksen 2-10-2023 02:12 PM
Salah sorang yg cuci duit
Forex ke mamat ni
Quote Dzahin_poch 2-10-2023 02:17 PM
Tunggu masa je dia ni.. i ols rasa mesti dah ada yg memerhati. Tgu letupa. Berlaku je cam laki helijah n beberapa lg yg acah2 kaya raya n berpangkat tu.
Quote seri_mawr 2-10-2023 02:27 PM
dia buat style mat saleh sana nun kan....follow...dapat duit....follow dapat hadiah....

tiktokers....influencer....apa ke lagi pekerjaan jenis gini.....

semoga dia betul2 membantu la org2 yang terdesak...huhuhu
Quote lilyrosey 2-10-2023 02:30 PM
demi content pape pun boleh
Quote A-Are 2-10-2023 03:03 PM
Content semata
Quote HoneyManjer 2-10-2023 05:23 PM
byk duit heols....
geng forex ke, geng cuci duit nih
Quote naina 2-10-2023 05:27 PM
Duit2 buang2 gitu je eh dia..
Memang betol2 berjaya ke forex dia tu
TMJ pun xpnh buat cmni
Muahahaha
Quote sharlenetexas 2-10-2023 05:38 PM
Mesin basuh samsung?

Quote _blackbird 2-10-2023 05:47 PM
ler.. kalau 100 org tu cuma ada hutang seribu je jadah nya org ni nak minta bantuan. adoilahhhh, org yg tak mampu bayor ni biasa nya hutang dia 3x ganda dari pendapatan

Quote rayna_raynes 2-10-2023 05:48 PM
Jijik tgk dia ni

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.047519 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top