CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

All Stars GV: Cliff Umar, Suki Low Tersingkir

2-10-2023 10:37 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6966| Komen: 37

Dua bintang program All Stars Gegar Vaganza (All Stars GV), Cliff Umar dan Suki Low diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir di minggu kedua program itu, malam tadi.

Cliff yang juga juara GV8 mengucapkan terima kasih kepada juri yang memberi peluang kepadanya untuk beraksi di pentas keramat itu.



"Terima kasih atas pengalaman ini terutamanya kepada juri-juri yang bagi saya, peluang untuk bekerja dengan mereka adalah peluang berharga.

"Kepada peminat-peminat saya, teruskan rock!" katanya.

Sementara itu, Suki Low dipilih masuk menerusi pemilihan kerusi panas (hot seat) berkata, dia agak kecewa dengan persembahannya malam ini.

"Terima kasih kepada yang menyokong. Saya minta maaf kerana tak dapat bawakan seperti jangkaan anda.

"Saya sendiri pun agak kecewa, tapi saya akan terus hiburkan anda," katanya.

Di pentas minggu kedua yang berlangsung malam tadi, Cliff mempersembahkan lagu Laskar Cinta, manakala Suki pula lagu Tak Ingin Usai.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_strangers 2-10-2023 10:39 AM
Cliff ni kl dia dpt lagu omputih mesti x tersingkir.
Quote Perawankota 2-10-2023 12:18 PM
Nasib baik Cliff tak mencarut atas stage.. Tapi smlm kata dorg akan pi be layar dgn kaki jalan Tour kan. Maknanya adalah tu, program Travelogue yg dorg akan host ke apa..
Quote MissYouSayang 2-10-2023 12:26 PM
Toknaz komen clif nyanyi laskar cinte tu dgn nada marah. Clif reply toward the end dia marah dgn diri sendiri..
Komen aku plak ko nyanyi haukk dekkk.
Quote mizruncing 2-10-2023 12:41 PM
elok la tersingkir si cliff tu. tak minat langsung
Quote Prickford 2-10-2023 12:59 PM
MissYouSayang replied at 2-10-2023 04:26 AM
Toknaz komen clif nyanyi laskar cinte tu dgn nada marah. Clif reply toward the end dia marah dgn dir ...

Betul. Hauk hazabedah kelaut dalam. Tok Pinaz elok tayah komen, bg tahu je "Cliff, malam ni awak tarik diri je la".

Quote Dolmat 2-10-2023 01:29 PM
Edited by Dolmat at 2-10-2023 01:49 PM

Bagussss lahhh tersingkir si Cliff.. kalo menang juara punnnn nafkah anak2 pun tak merasaaaa ler budak2 tu..




Yg si Tomok nyanyi memek muka mintak sangat kena baling dgn botol..Aishah suara ke laut.. mana yg nyanyi terjerit2. Adoi..


Quote Kak-Rohana 3-10-2023 12:18 AM
GV ni dah nyawa2 ikahn
Quote AWEKSAMURAI 3-10-2023 01:03 AM
miss_strangers replied at 2-10-2023 10:39 AM
Cliff ni kl dia dpt lagu omputih mesti x tersingkir.

Lagu laskar cinta tu dia sndiri pilih ..aku rasa mmg dia nk singkirkan diri dia awal sbb x sanggup berdepan dgn ex bini nnti asyik merempan dia x bgi duit ja.. mana tau kan?
Quote AWEKSAMURAI 3-10-2023 01:05 AM
Dolmat replied at 2-10-2023 01:29 PM
Bagussss lahhh tersingkir si Cliff.. kalo menang juara punnnn nafkah anak2 pun tak merasaaaa ler bud ...

Aku rasa last Gv dia ada je bagi tp x mencukupi rasanya ... kwn tu mintak separuh 50k yg tu ex dia benggang sbb x dpt .. sesikit dia ada je bagi x silap aku . Cuma x mencukupi
Quote luvcomot87 3-10-2023 01:49 AM
Dolmat replied at 2-10-2023 01:29 PM
Bagussss lahhh tersingkir si Cliff.. kalo menang juara punnnn nafkah anak2 pun tak merasaaaa ler bud ...

Muka abg Tom mmg nak kena baling selipar jepun.. I igt VC Sejarah mungkin berulang cmtu lah muka dia buat time chorus.. Mcm sejenis habit gitu nyanyi kena buat muka giteww
Quote miss_strangers 3-10-2023 05:43 AM
AWEKSAMURAI replied at 3-10-2023 01:03 AM
Lagu laskar cinta tu dia sndiri pilih ..aku rasa mmg dia nk singkirkan diri dia awal sbb x sanggup ...

Haha betul jugak tu?? Aku suka dia bila tengok intebiu baru ni, humble n kelakar yach. Dia jujur je bgtau 100k haritu habis bayar hutang .pastu siap cakap dia masuk kalini sbb isi kuota je, setakat minggu 1&2 tu cukupla , Ala buat2 tanya pulak..korang faham kan...haha kelakar betul cara dia jawap. Terhibur pulak aku
Quote Dolmat 3-10-2023 07:49 AM
luvcomot87 replied at 3-10-2023 01:49 AM
Muka abg Tom mmg nak kena baling selipar jepun.. I igt VC Sejarah mungkin berulang cmtu lah muka d ...

Oh kiraaaa memang dari azali ler nyanyi muka dia auto sememeh.  

Quote Dolmat 3-10-2023 07:50 AM
AWEKSAMURAI replied at 3-10-2023 01:05 AM
Aku rasa last Gv dia ada je bagi tp x mencukupi rasanya ... kwn tu mintak separuh 50k yg tu ex dia ...

Oh kisahnyer ex tak cakap pulok...
Quote AWEKSAMURAI 3-10-2023 08:46 AM
miss_strangers replied at 3-10-2023 05:43 AM
Haha betul jugak tu?? Aku suka dia bila tengok intebiu baru ni, humble n kelakar yach. Dia jujur j ...

Senang straight to the point ...dia pun tau kemampuan dia setakat mana ..
Quote AWEKSAMURAI 3-10-2023 08:47 AM
Dolmat replied at 3-10-2023 07:50 AM
Oh kisahnyer ex tak cakap pulok...

Kang ckp org x side dia plak org side cliff ..harus lah ckp benda yg buruk2 je ..
Quote Dolmat 3-10-2023 10:29 AM
AWEKSAMURAI replied at 3-10-2023 08:47 AM
Kang ckp org x side dia plak org side cliff ..harus lah ckp benda yg buruk2 je ..

Yg pelik...perempuan2 dah terdesak ke sampai bleh selera dgn Cliff ni..

#donejarijahat

Quote naina 3-10-2023 10:39 AM
miss_strangers replied at 3-10-2023 05:43 AM
Haha betul jugak tu?? Aku suka dia bila tengok intebiu baru ni, humble n kelakar yach. Dia jujur j ...

Dia menang 100k gv ke? Biar betikkk. Nampak tidak menyerlah pun bakatnya
Quote naina 3-10-2023 10:41 AM
Dalam2 banyak2 peserta tu aku paling menyampah dengan Tomok. Elok sangat bonda Hetty dgn tok RAM tegur dia. Melebih2 tunjukkan emosi. Letih aku tengok. Meleweh2 dan merepek. Ko nak nyanyi ke ko nak tunjuk emosi sgt. Dari gv lepas lagi aku menyampah. Ehhhh masuk lagi gv tahun ni. Belum part lidah terjilat2 tu. Ehh
Quote AWEKSAMURAI 3-10-2023 11:34 AM
Dolmat replied at 3-10-2023 10:29 AM
Yg pelik...perempuan2 dah terdesak ke sampai bleh selera dgn Cliff ni..

#donejarijahat


Weh ko x tau zaman cliff mendonia dlu kat club .. pompuan menggila weh kat dia .. ko tgok dia skrg ko x tgok zaman dia bru menang RENTAK JUARA RTM masa tu dgn big band ..hensem nak mampos weh mana pompuan x gila sanggup serah kan segala weh . Sampai bergaduh tarik rambut pun penah berebut cliff .. aku penah tgok dia live tahun 2009/2010 dlu .. tasty weh .

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.138089 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top