CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iedil Dzuhrie 'Cari Makan' Di Indonesia, Malaysia Jadi 'Rumah Kedua'

1-10-2023 03:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8245| Komen: 22

Sejak mendirikan rumah tangga bersama aktres dari seberang, Prisia Nasution pada 2016, aktor yang kini menggunakan nama pentas sebagai Iedil Dzuhrie Alaudin mengambil keputusan berhijrah dan menetap di Jakarta, Indonesia.


Dahulu dikenali sebagai Iedil Putra, aktor Interchange itu punya alasan tersendiri menjadikan tanah tumpah darah sebagai ‘rumah kedua’.



Selain atas faktor si isteri berasal dari Indonesia, dia juga mahu melebarkan sayap kerjayanya sebagai pelakon ke negara ‘garuda’ itu.


Kata Iedil atau nama lengkapnya Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin, isterinya yang dahulu dikenali sebagai pelakon, mula bergiat aktif dalam bidang pengarahan sebagai sutradara.


Sebagai tanda sokongan suami terhadap isteri, Iedil tiada masalah meninggalkan Malaysia untuk berada di sisi isteri tercinta, selain dapat mengembangkan kerjaya lakonannya di sana.


“Saya kini memang sudah menetap di Jakarta. Saya tidak membawa isteri untuk tinggal di Kuala Lumpur kerana bagi saya, peluang di sana lebih ‘baharu’ untuk diri sendiri.


“Lagi pula isteri sekarang sudah aktif dalam pengarahan. Jadi lebih baik jika kami kekal menetap di sana (Jakarta),” ujarnya.


Biarpun dianggap ‘bangsa asing’ yang tinggal di negara orang, Iedil mengakui masih diterima baik pemain industri di sana. Malah, dia menafikan menggunakan pengaruh isteri untuk mendapatkan peluang berlakon filem di Indonesia.


“Walaupun di Indonesia telah dibanjiri ramai pelakon hebat, namun mereka masih terbuka mengalu-alukan pelakon dari Malaysia.


“Alhamdulillah saya masih mendapat tawaran untuk terlibat dengan produksi di sana. Masa awal-awal dahulu agak susah. Tapi lama-kelamaan, kehadiran saya mula disedari.


“Malah, mereka sudah pun anggap saya sebagai pemain industri di sana. Saya tidak dianggap sebagai orang luar. Kalau saya dianggap orang luar sekali pun mungkin kerana perbezaan pasport,” kata Iedil yang juga anak kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid itu.


Sejak berkahwin, Iedil perlu membiasakan diri dengan budaya masyarakat di sana. Walaupun dikatakan serumpun, namun budaya masyarakat di Indonesia banyak perbezaan dengan di Malaysia.


Bahkan, budaya isterinya yang berdarah suku Batak dan Jawa juga memiliki keunikan tersendiri yang dilihat menarik untuk diadaptasi.


“Isteri saya berketurunan separuh Batak dan separuh Jawa. Perkara itu sangat baharu buat saya. Malah, latar belakang isteri juga beragama. Keluarganya beragama Kristian, manakala ibunya pula Muslim.


“Jadi, dia masuk Islam. Tapi kami tetap merayakan Hari Natal (Krismas) dan Aidilfitri. Bagi saya itu adalah keberagaman yang menarik. Itulah antara kebudayaan yang saya perlu pelajari di sana,” katanya.


Ketika disoal tentang cahaya mata, Iedil berkata dia dan isteri masih belum punya rezeki untuk dikurniakan zuriat. Namun perkara itu tidak menjadi masalah besar bagi mereka untuk meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.


“Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Lagi pun kami tidak merancang.


“Kalau ada, adalah. Cuma sekarang masing-masing Tengah sibuk. Isteri pun baru nak berjinak-jinak menjadi sutradara.


“Doa-doakanlah. Umur pun semakin lanjut. Apa-apa pun, kami jenis santai. Keluarga pun tidak pernah bertanyakan soal zuriat,” katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem berjudul My First Love, arahan isterinya sendiri. 



Sumber: HibGlam



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 1-10-2023 05:09 PM
hensemmnya dia aku suka
Quote Tunakimchi 1-10-2023 06:59 PM
Dia ni penah belajar medic kan?
Quote Ahriman 1-10-2023 07:06 PM
Die ni kan yang hilang aritu..gimik tk menjadi.
Quote slyfynx 1-10-2023 07:50 PM
Poster Interchange yang menyebabkan ramai tergoda dgn Iedil ni dulu
Quote Kurex 1-10-2023 07:55 PM
slyfynx replied at 1-10-2023 07:50 PM
Poster Interchange yang menyebabkan ramai tergoda dgn Iedil ni dulu

Heloknya rangga iols
Quote sharlenetexas 1-10-2023 08:11 PM
Kat sini pun sendu walaupun aku perasan heols berlakon raya tak jadi.

Quote bottombikini 1-10-2023 09:36 PM
slyfynx replied at 1-10-2023 07:50 PM
Poster Interchange yang menyebabkan ramai tergoda dgn Iedil ni dulu

yg mana satu dia?
yg ketet jatuh tu ke
yihhhh


Quote heythere123 1-10-2023 11:07 PM
Kurex replied at 1-10-2023 07:55 PM
Heloknya rangga iols

silalah kurex ke ig rangga, dan baca komen fans heols
Quote heythere123 1-10-2023 11:08 PM
Tunakimchi replied at 1-10-2023 06:59 PM
Dia ni penah belajar medic kan?

haah, tapi tak habis pon rasanya.
Quote Tunakimchi 1-10-2023 11:31 PM
heythere123 replied at 1-10-2023 11:08 PM
haah, tapi tak habis pon rasanya.

Sayangnye. Mase dia kawen dgn artis indo tu i frust sikit. Haha
Quote ilacantik 1-10-2023 11:39 PM
Boleh lah heols ganti tempat arwah asyraff sinclair.
Quote likilu 1-10-2023 11:52 PM
Dia tak tinggi kat malaysia payah nak jadi hero
Reza apa tu pun sama, konon kelas A tapi tak tall dark n hensem sesuai taste gadis malaya
Quote heythere123 2-10-2023 09:43 AM
Tunakimchi replied at 1-10-2023 11:31 PM
Sayangnye. Mase dia kawen dgn artis indo tu i frust sikit. Haha

chuols betul2  minat dia ke

Quote Begbiru 2-10-2023 10:48 AM
baguslah...kalau nak stay kat Malaysia ni genre cite sama je; konon2 horor + lawak bodoh

tak berkembang
Quote Nizleen86 2-10-2023 10:48 AM
Edited by Nizleen86 at 2-10-2023 10:50 AM
likilu: Dia tak tinggi kat malaysia pa ...


Reza Rahadian ke sis? Heols mmg tak hensem banding dgn Nick Saptura tapi acting dia ngams. Nick Saputra overrated sgt. Meanwhile Iedil ni ada rupa tapi nak compete dgn actors from Indo payah la.
Quote rayna_raynes 2-10-2023 10:58 AM
likilu replied at 1-10-2023 11:52 PM
Dia tak tinggi kat malaysia payah nak jadi hero
Reza apa tu pun sama, konon kelas A tapi tak tall da ...

Kalau tall dark and handsome tapi berlakon cam kayu balak tak guna
Reza Rahadian method actor, sebab tu laku kat indo esp kalau buat movie dengan produksi besar


Quote caprisonne 2-10-2023 11:07 AM
Suka dia ni sbb dia jenis pandai, terdidik. Mengharapkan if beliau mengarah/ jadi penerbit, dapatlah keluarkan karya yg bermutu
Quote umbut 2-10-2023 11:07 AM
Kat sini sendu.. buat gimik pun org x peduli
Quote likilu 2-10-2023 11:10 AM
rayna_raynes replied at 2-10-2023 10:58 AM
Kalau tall dark and handsome tapi berlakon cam kayu balak tak guna
Reza Rahadian method actor, seb ...

Siapa tu, bukan kot i maksudkan reza minhat

Dia jarang jarang je berlakon sebab kelas A kan hahaha

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.088403 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top