CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disangka Biawak, Rupanya Anak Buaya Gigit Kaki Kiri...

1-10-2023 01:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7438| Komen: 38

Alor Gajah: "Ketika melangkah keluar pintu rumah dalam cuaca gelap, saya terkejut apabila tiba-tiba terasa ada sesuatu menggigit kaki kiri," kata Faridah Abd Ghani,65, yang digigit anak buaya di rumahnya di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini, pagi tadi.


Beliau berkata, kehadiran anak buaya sepanjang lebih 30 sentimeter itu disedari jam 6 pagi tadi ketika hendak mengemas beranda rumahnya.


"Dalam suasana masih awal pagi dan gelap, pada awalnya saya menyangka kaki digigit biawak dan segera memanggil ahli keluarga.

"Bagaimanapun, apabila anak lelaki melihat haiwan itu, barulah kami tahu ia anak buaya yang mengangakan mulutnya," katanya.

Faridah berkata, anaknya kemudian menekup anak buaya itu menggunakan tudung saji sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, kedudukan rumahnya berdekatan pantai dan pernah melihat kelibat buaya berenang di perairan pantai Tanjung Bidara.


"Namun, ini kejadian kali pertama buaya naik ke rumah penduduk dan mujur saya tidak mengalami luka," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Unit Masjid Tanah (UMT), Leftenan (PA) Shahrul Riza Saiful Bahry ketika dihubungi berkata, Pusat Kawalan Operasi UMT menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 6.04 pagi.

Katanya, sepasukan empat anggota bergegas ke lokasi dan berjaya menangkap anak buaya yang dipercayai tersesat daripada habitat asalnya.

"Anak buaya itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

"Kita meminta orang ramai menghubungi APM dan tidak bertindak sendiri dalam mengendalikan haiwan berbisa atau berbahaya bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.


Sumber: BH Online









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 1-10-2023 01:54 PM
Alah alah kecik gitu comel ja rupa. Buat muka garang tayang gigi taring pun nampak kiut.
Quote noor2 1-10-2023 01:58 PM
Mak.dia mesti ada sekitar situ....
Quote delia3003 1-10-2023 02:11 PM
Tengok gambar macam buaya mainan. Kiut je tengok. Kalau mak dia masih hidup habis lah mengamuk hilang anak.
Quote ninja boy 1-10-2023 02:25 PM
Kecik2 dah gigit org
Quote Skuau 1-10-2023 02:39 PM
noor2 replied at 1-10-2023 01:58 PM
Mak.dia mesti ada sekitar situ....

mak antar spy dulu....satgi mai,kena ngap sayot...la gamaknya...
Quote noor2 1-10-2023 02:57 PM
Skuau replied at 1-10-2023 02:39 PM
mak antar spy dulu....satgi mai,kena ngap sayot...la gamaknya...

Rasanya ya...beliau hantar anak...atau mak dia sengaja buang anak sb x mampu kos hidup makin tinggi..hehe
Quote airfilterkotor 1-10-2023 03:18 PM
Ada anak, ada la induknyerrr.
Quote CiliPadiSedap 1-10-2023 04:12 PM
nak buat tali pinggang pun xlepas apatah lagi handbag. baik lepaskan
Quote zuuu 1-10-2023 05:03 PM
X sampai hati pulak nk marah kat anak buaya ni,kesian dia tersesat...
Quote ultra78 1-10-2023 05:28 PM
Apa kata gigit balik anak buaya tu..
Quote Tunakimchi 1-10-2023 07:01 PM
Kecik2 menggigit. Besar nnt baham orang.
Quote B40tastePosh 1-10-2023 08:02 PM
Kecik2 dah perangai cengeh.

Terlepas dari Zoo Melaka kot
Quote Belibis 1-10-2023 08:17 PM
Dasar buaya darat...kecik2 dah tunjuk perangai.[em:3:]
Quote Tinot7 1-10-2023 08:53 PM
Alaaa kensel la nak mandi manda kat tg bidara..
Quote albedah 1-10-2023 10:23 PM
Ermnmm buaya pun buang anak..m dah ngikut pangai manusia ke apa?
Quote darkness 1-10-2023 10:42 PM
Kecik2 menyusahkan org, suda besar makan org
Quote becir 1-10-2023 10:55 PM
dua_chzy replied at 1-10-2023 01:54 PM
Alah alah kecik gitu comel ja rupa. Buat muka garang tayang gigi taring pun nampak kiut.

Kan..macam meme kucing berangan nak jadi singa camtu
Quote supernaturalee 2-10-2023 02:52 AM
It's her nature

Pkl 6 pg lg dh kemas rumah ye org melaka
Nk setting solat kot ye
Quote pengecatbintang 2-10-2023 06:43 AM
Skuau replied at 1-10-2023 02:39 PM
mak antar spy dulu....satgi mai,kena ngap sayot...la gamaknya...


Sukau banyak boya giant size kan

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.200014 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top