Isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rashid, 26, iaitu Syifa Melvin selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan dekat Johor Bahru, Johor jam 5.28 petang tadi.
Berita gembira itu diumumkan Safawi menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi. Lebih istimewa, Safawi turut berkongsi nama putera pertama mereka yang diberi Saif Sulaiman Muhammad Safawi. "Masya-Allah, Tabarakallah... Saif Sulaiman Muhammad Safawi selamat dilahirkan pada 30 September 2023, jam 5.28 petang," katanya. Dalam pada itu, Syifa menerusi Insta Story miliknya meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata pertama mereka. "Syukur Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang... Saif Sulaiman," katanya. Sebelum itu, Safawi ada memuat naik foto memakai pelitup muka dipercayai sedang berada di hospital dan difahamkan sedang menanti kelahiran anak pertama mereka.
Untuk rekod, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 29, dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu di Kuala Lumpur dalam satu majlis tertutup. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT