CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Rosak Hati Selepas Dihukum Squat 200 Kali

30-9-2023 08:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7369| Komen: 12

Beijing: Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di China dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana mengalami kerosakan hati selepas dihukum ‘squat’ atau bangun duduk sebanyak  200 kali oleh gurunya.


Portal berita South China Morning Post melaporkan, pengalaman pahit pelajar bernama Liu itu dikongsi bapanya di media sosial.

Guru bernama Tao itu menghukum Liu squat 200 kali kerana bercakap dengan rakan sekelas di Sekolah Menengah Quan Tang di wilayah Hunan.

Liu terlantar di hospital akibat mengalami kerosakan tisu otot dan hati. - dimsumdaily

Liu kemudian merasakan ketidakselesaan yang teruk selama beberapa hari selepas hukuman itu.  

Pada hari berikutnya, Liu diarahkan berjalan beberapa pusingan semasa kelas pendidikan jasmani walaupun memberitahu seorang lagi guru bahawa kakinya sakit.


Guru bernama Wen itu menegaskan bahawa jogging perlahan boleh mengurangkan sakit otot dan membantu memulihkannya.

Selepas keadaan Liu bertambah teruk, ibunya membawanya ke Hospital Rakyat Ningxiang di mana dia diagnosis mengalami rhabdomyolysis (tisu otot rosak) dan kerosakan hati.

Apabila keadaan Liu kritikal selepas tiga hari, dia dipindahkan ke ICU di Hospital Xiangya Central South University dan menerima beberapa sesi pertukaran plasma dan dialisis.

Siasatan oleh Biro Pendidikan tempatan mengesahkan bahawa Tao bersalah dalam kes tersebut dan sekolah itu akan menanggung semua perbelanjaan perubatan mangsa. 

Pengetua sekolah dan guru terbabit telah digantung tugas. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 30-9-2023 09:47 PM
Bersenam blh rosakkan badan sampai dialisis?

Biar betul..
Quote rukia2 30-9-2023 10:15 PM
Squat sebabkan kerosakan hati???
Quote zamzam 30-9-2023 10:18 PM
Alamak...aku selalu squat 100x...boleh rosakkan hati ke?
Quote Ahriman 30-9-2023 10:19 PM
Teriangat dulu satu kelas kena denda jalan itik dekat koridor depan kelas sbb tk siap homework.balik sekolah memasing ketar kaki turun tangga..
Quote nurul_akmar 30-9-2023 11:19 PM
zamzam: Alamak...aku selalu squat 100x ...


Mebi ko dh biasa. So bdn leh adapt. Mebi budak tu x biasa, so bdn dia terkejut
Quote Nurul8001 1-10-2023 11:47 AM
Edited by Nurul8001 at 1-10-2023 11:48 AM
nurul_akmar replied at 30-9-2023 11:19 PM
Mebi ko dh biasa. So bdn leh adapt. Mebi budak tu x biasa, so bdn dia terkejut


Tertekan report sorry.
Saya nak reply sebetulnya. Setuju komen awak.

Kalau nak senam pun, mana boleh terus extreme. Tekejut badan. Kena berperingkat.
Ataupun, budak ni dah ada penyakit
Quote shernazz 1-10-2023 11:57 AM
Kesiannya...
Tak.pasal2.rosak.badan.budak.tu..
Mmg kat Sana hukuman dia MCM masuk.askar kan...
Quote lyza2474 1-10-2023 12:39 PM
Eh  biar betul, squat tu mcm mana boleh rosakkan hati
Quote brego 1-10-2023 01:24 PM
labu labi selalu kena ketuk ketampi

ok jer. squat ler tu
Quote B40tastePosh 1-10-2023 08:08 PM
Nurul8001 replied at 1-10-2023 11:47 AM
Tertekan report sorry.
Saya nak reply sebetulnya. Setuju komen awak.


Betul...even nak pergi hiking G7 kena berlatih kat easy trail dahulu.
Quote gideoncross 2-10-2023 11:28 AM
Ni klau typical jejantz Mulayu Melesia bca kat FB, msti ada komen "Lemah, aku dulu kna dnda brlari 1000x, x sakit pun, skrg ni dh jdi mnusia pun. Budak2 skrg lmbik"

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.081671 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top